Keputusan itu juga menjelaskan bahawa sesuatu perlu dilakukan sebelum masyarakat lupa sejarah bangsanya sendiri. Apatah lagi akhir-akhir ini, ada kumpulan tertentu yang mempersoalkan fakta sejarah negara, walaupun ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kumpulan ini berani mencabar hak dan keistimewaan orang Melayu, institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Persoalannya, kenapa mereka mempertikaikannya sama ada secara sedar atau tidak. Semuanya kerana mereka buta sejarah, pada masa sama cuba mengangguk di air keruh menghasut rakyat mempercayai apa yang mereka bangkitkan demi kepentingan politik sempit mereka. Sejarah adalah satu subjek penting bagi membolehkan setiap individu mengetahui asal usul bangsa mereka. Sistem pendidikan hari ini yang lebih mengutamakan mata pelajaran berteraskan sains menyebabkan minat dalam subjek Sejarah diabaikan sehingga ia dianggap tidak penting.
Mata pelajaran Sejarah ketika ini hanya subjek teras pada peringkat sekolah menengah yang wajib diambil, tetapi tidak wajib lulus. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai pelajar tidak menguasai subjek itu. Pengajaran subjek Sejarah perlu diubah dan tidak hanya di dalam kelas menggunakan buku teks, tetapi perlu dilaksanakan dengan pendekatan menyeronokkan. Ketegasan kerajaan melaksanakan wajib lulus subjek Sejarah perlu disokong semua pihak, terutama ibu bapa. Kita tidak mahu ada memandang mudah perkara itu dengan menganggap mata pelajaran lain lebih penting dan menolak subjek Sejarah dijadikan wajib lulus. Justeru, kerajaan perlu tegas melaksanakannya dengan tidak membenarkan mana-mana pelajar atau sekolah terkecuali mempelajarinya. Pada masa sama, kerajaan tidak wajar terlalu akomodatif atas desakan pihak tertentu untuk mengubah fakta sejarah bagi memenuhi kepentingan mereka.
Sejarah adalah fakta dan hakikatnya, tiada sesiapa boleh mengubahnya. Jika dulu kita mempelajari sejarah Inggeris dan Barat bagi kepentingan politik penjajah British, sudah sampai masa kita kembali mempelajari sejarah bangsa dan negara sendiri. Memahami sejarah tempatan dapat meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat memupuk perpaduan dan semangat patriotisme generasi muda. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak dapat memahami semangat dan roh gagasan 1Malaysia dan pentingnya perpaduan antara kaum. Kita akui langkah ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan, tetapi masih belum terlambat demi kelangsungan keamanan untuk generasi akan datang.
I LUV HISTORY =)
waaa mase skolah kan.. x suke sgt sejarah.. tgk buku sejarah pun leh ngantuk.. cikgu yg ngajor pun ngantuk.. huhuhu...
BalasPadamhehe..kebanyakan cikgu sej mengajar mang mengantuk dan membosankan..kite walaupun minat sej pernah je trtido dlm kelas sej..cikgu sej tu pun uat derk jer..mcm x peduli lau student tu tdo..jnji jgn uat bising dh..haha mantap x cukgu sej kiteorg hehe..nasib sej x kantoii..hehe..luv u laa cikgu harjit singh hehehe..
BalasPadam