-->

25 Feb 2012

Me and Desi Boyz!!


Assalammualaikum..
haha mesti ade yg tertanya sape plak Desi Boyz nih plak??
xde sape pun..Desi Boyz tuh actually tajuk filem laa...
sekarang ni mood nk tgk cite korea dah hilaNG plak..cite korea baru yg best apa yer??last drama korea yg aku tgk dan belum buat review lagi adalah City Hunter dan Lie To Me..City Hunter mmg best la..suspen giler...nanti bila rajin aku uat review k..sekarang ni mood nk tgk cite hindustan dah kembali plak..haha..the latest film yg aku tgk adalah filem BodyGuard lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoor..best gak..aku dh terberkenan dgn satu lagu yg sgt best dlm filem nih yg bertajuk Teri Meri..sedap giler..first time dgr terus suke n terus aku cari lagu n lirik lgu tu tu kt tenet dan download hehehe..tpi hari nih nak cite filem Desi Boyz yg aku dh tgk sebelum nih..lakonan Akshay Kumar,John Abraham dan Deepika Padukone..filrm ni bergenre romantik Komedi gitu..Akshay dan John nih dah pernah bergandingan daLam filem Garam Masala sebelum ini yg mmg sgt kelakar..

Cerita ni berkisar mengenai 2 sahabat baik yg tggl serumah..John ni bercinta ngan deepika manakala Akshay pula amat sayangkan anak sedara die.Konflik bermula apabila mereka berdua dibuang kerja disebabkn kegawatan ekonomi..John mengalami masalah untuk memenuhi keperluan deepika yg agak materialistik pda awalnya..manakala Akshay mengalami masalah mengenai hak penjagaan anak sedaranya yg akan ditarik balik sbb dia x bekerja n x mampu nk menanggung anak sedaranya itu..dan jika akshay msih juga x bekerja,anak sedaranya akan diserahkn kpd keluarga angkat..kedua-dua mrk terdesak nk cari duit..satu hari tuh diorang menerima satu tawaran yg pelik drp 1 agensi nih yg bergelar Desi Boyz..kerja mereka ialah kena menghiburkan dan mengembirakan wanita2 yg memanggil mereka..kirenyer diorang kena temankan wanita yg nakkan mereka contohnya teman gi makan,tgk wayang,bersembang ngan diorang dan mcm2 lain..kirenyer wanita tuh akan tepon agensi tuh dan membayar jumlah harga mereka dan agensi akan hantar diorang la..kirenye ala2 Anak Ikan gitu..bezanya cuma ada agensi khas yg uruskan mereka haha..

Awalnya John Abraham menolak sekeras-kerasnya tawaran itu kerana bertentangan dgn prinsip hidupnya..Manakala Akshay nak terima tawaran itu sebab die terdesak dan boleh buat apa saja untuk menyelamatkan anak sedara die dari berpisah dgnnya..Namun disebabkan John Abraham kesian pada Akshay dan anak sedaranya die pun terima kerja tuh sebab nak teman dan Bantu Akshay..x lama pastu dua2 jadi popular dan glamour..akhirnya kekasih John iaitu deepika dh tahu mengenai kerja terbaru mereka maka die amat marah dan putuskan hubungan dgn John..maka bermula konflik yg seterusnya apabila John marahkan Akshay kerana menjadi penyebab putusnya hbngannya dgn Deepika dan seterusnya menghalau Akshay dari rumah mereka..mereka kini bergaduh dan putus kawan sekejap..kedua-duanya mula hidup berasingan.John mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan kemaafan dari deepika tuh..Manakala Akshay pula menyambung pelajarannya yg separuh jalan dulu yakni untuk mendapatkan ijazah..Anak sedara Akshay kini dh diserahkan kepada keluarga angkat..haha so apa terjadi seterusnya?adakah Akshay dan John akan berbaik semula?korang kena la tgk sendiri cite nih..nasib baik cite nih ada english subtitle..senang kit nk paham heheh..

2 ulasan:

  1. da lame copy citer bodyguard tu tpi xtgok2 lagi..hee.

    BalasPadam
  2. hehehe best cite BodyGuard nih...berbaloii menontonnya..jalan cite die best..cer la tengok...best tau.. =)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017