-->

10 Feb 2012

RevieW JoZaN@Lawak Ke Der!?di IstaNa Budaya

Assalammualaikum...okey ni entry khas untuk peminat2 JoZan hahaa..skrg kan mmg tgh heboh pasal show diorang dan prlawak2 lain buat show kat Istana Budaya..ramai juga yg berharap agar show Lawak Ke Der akan ditayangkan kat Astro First..tpi x tahu ada ke xde..kalau ade sure laku haha..
semua org dok membayangkan bagaimana agaknya bentuk persembahan diorang kat I.B tuh kan..lawak ke x?so aku terjumpa satu blog yg menulis pasal review Jozan kat Istana Budaya ni..Review die agak lengkap dan menyeluruh,bila baca review tuh pun aku dh rasa nk ketawa sikit2 tuh belum tgk show lgi baru baca review..so aku dh mintak izin dari tuan punye belog iaitu Miss Savvy Lara~ http://savvylara.blogspot.com utk share review beliau kat blog aku nih..senang2 korang singgah kat blog beliau nih ye..
JOZAN is so tremendous in Lawak Ke Der! They'd evolved..combining all the crucial elements in performance. Total chemistry & talent ♥

SEGMEN PERTAMA
WATAK:
1) JOHAN: Kin Chin - Seorang remaja lelaki Cina nerd yang selalu dibuli di sekolah, baru habis SPM.
2) ZIZAN: Ismail HarunDin - Seorang kaki buli sekolah yang berminat pada seorang pelajar perempuan bernama Siu Mei.
LOKASI:
Tingkat teratas sebuah bangunan
SINOPSIS:
Seorang remaja lelaki kegembiraan kerana baru selesai SPM (dan akhirnya dapat melepaskan diri dari dibuli di sekolahnya) lepak di atas sebuah bangunan...hanya untuk kembali berjumpa dengan pembulinya selama ini (Ismail). Kin Chin disuruh menyiapkan kertas soalan Ismail seperti biasa, sebelum dihantar pada gurunya (dalam bentuk roket) dibawah bangunan. Situasi berubah bila pelajar perempuan pujaan Ismail rupa-rupanya sepupu kepada Kin Chin. Kedua-duanya berbaik. Kin Chin memberi bantuan kepada Ismail (yang selama ini 'lost' dalam hal menulis ayat-ayat cinta) untuk menulis surat cinta kepada Siu Mei. Kedua-duanya berjanji untuk berjumpa kembali selepas 10 tahun.

SEGMEN KEDUA
WATAK: 1) JOHAN: Ah Cai, Siu Mei, Lelaki Tua Buta
2) ZIZAN: Mail Lambung, Ibu Ah Cai, Pemiutang Pada Ah Cai (yang kena potong kaki)
LOKASI: Tingkat teratas sebuah bangunan
SINOPSIS: Ah Cai, gangster pemungut hutang yang digeruni serata KL bertemu the famous Mail Lambung di tingkat atas bangunan.. hanya untuk mendapati bahawa merekalah sahabat yang berjanji untuk bertemu 10 tahun kemudian. Kedua-duanya bertukar cerita tentang pengalaman mereka sepanjang tempoh 10 tahun tersebut, seperti apa yang berlaku pada perhubungan Mail & Siu Mei...juga asal-usul bagaimana Kin Cin yang 'ulat buku' dan bercita-cita murni menjadi akauntan boleh terjebak dalam dunia jenayah, menjadi gangster yang digeruni. Adegan-adegan flashback menyaksikan kedua-dua JOZAN memainkan pelbagai watak dalam situasi-situasi yang menggelikan hati.

ASPEK PERSEMBAHAN
Persembahan yang terbaik dari JOZAN! Nampaknya pengalaman dalam Maharaja Lawak telah dipergunakan mereka ke tahap maksimas. Kombinasi aspek-aspek penting dalam sebuah seni persembahan (performing arts) yang pernah dilakukan mereka sebelum ini...seperti penggunaan lighting dari Minggu ke-4, kepakaran penggunaan props seperti Minggu ke-11, set yang nampak profesional seperti minggu 11 & Final, skor muzik bersesuaian yang mengiringi setiap langkah...sama ada dalam mode santai mahupun dramatik, segalanya diadun dan dipersembahkan dengan baik dalam satu episod yang penuh lawak jenaka. Selain aspek luaran, JOZAN juga kreatif menggunakan hampir kesemua bakat yang sedia ada (selain melawak & lakonan) dan dikenali ramai seperti kelebihan nyanyian, rapping, tarian, melakonkan pelbagai watak sekaligus..malah pandai memanipulasi keadaan sekeliling (suara penonton dikatakan 'burung-burung berterbangan') dengan dialog-dialog spontan. Skrip dan jalan cerita simple namun menarik..ada lawak dari segi lisan dan body language, ada running gag, ada mesej, ada keseimbangan dalam aspek sedar ruang dan pelbagai lagi. Penggunaan watak-watak yang telah sedia dikenali dan digemari peminat adalah langkah bijak. Mereka juga seperti biasa sangat pandai 'coverline' bila ada yang tersasul atau tak dapat tahan gelak.
Oleh kerana ini show JOZAN yang pertama, maka beberapa masalah teknikal (walaupun dah rehearsal sebelum ini) dah tentu tak dapat dielakkan, namun yang penting Jozan tetap profesional dalam menangani hal-hal tersebut contohnya selitkan dalam dialog/nyanyian secara melawak "Lighting bukan kat aku....kat dia.." (bila sepatutnya area Zizan yang gelap dari spotlight) dan beberapa kali juga iols dapat rasakan perkara tu ditangani mereka secara spontan dan tenang.'Bonus point' bagi mereka juga kerana sanggup bertemu pegawai-pegawai di DBP bagi mendapatkan nasihat dan panduan bagi mempelajari perkataan yang lebih sopan untuk menjaga sensitiviti dan taraf Istana Budaya ketika pementasan, kerana persembahan mereka akan turut ditonton oleh golongan kanak-kanak dan VIP (sumber:
MyNewsHub) . Mungkin gak pengalaman dan kes Johan semasa mengacarakan FFM turut jadi iktibar bagi mereka ke arah memperbaiki mutu performance masing-masing kali ini. So..syabas bagi duo ini!
CHEMISTRY
JOZAN juga bukanlah 'JOZAN' kalau tidak disebut aspek chemistry yang mereka ada. Ya, dua orang pelawak ini mempunyai chemistry antara yang terbaik di Malaysia. Rasanya tak perlu lagi disebut betapa diorang saling melengkapi lawak satu sama lain sejak zaman sebagai student Raja Lawak 1 lagi. Tak kira Johan dalam watak yang membuli, Zizan yang inesen (seperti dalam Chapalrela) ataupun Johan yang dibuli oleh Zizan (seperti sketsa penarik kereta ML minggu ke-5)..duo ini memang fleksibel dalam interaksi permainan watak masing-masing. Pada malam itu, role mereka bermula sebagai pembuli dan 'yang dibuli'... Zizan jadi watak 'ganas' dan Masya-Allah, Johan betapa 'inesen'nya! (cth: "Jangan buli laaa.." *ngan muka dan suara sedih*) Dengan rambut belah tengah, baju kemeja sekolah dibutang sampai ke kolar...berbeza ngan Zizan (Ismail) yang memang berpakaian cam budak nakal kelas belakang.
Banyak part dialog yang rasanya di ad-lib secara spontan oleh dua orang budak ni..dan bila itu terjadi, dua-dua orang ni sure tak dapat tahan gelak (macam biasa). Banyak props yang 'berguna' dalam cover muka masing-masing bila itu terjadi..batang paip, beg sekolah, kertas suratkhabar (yang anehnya ada bahagian lubang yang digunting siap-siap untuk tonjolkan hidung Zizan, haha), kertas pamplet, dll. Rasanya susah gak bagi Zizan nak maintain air muka serius-garang bila tengok muka 'poyo'-inesen Johan time tu yang kadang-kadang main bantai je tokok-tambah dialog! haha..Terdapat juga adegan-adegan touchy-feely yang sudahpun diketahui dan diterima umum sebagai kemesraan Jozan Brothers tanpa apa-apa problem... seperti peluk-peluk 'sahabat', pegang tangan-belai muka (masa Johan memainkan watak 'Siu Mei') dan yang paling sweet menarik dah tentu masa diorang sama-sama tak tahan gelak dengan lawak/tengok muka masing-masing! Ada sekali Zizan leh siap tolong coverkan muka Johan lagi. Pernah sekali lawak mereka 'tergendala'lebih kurang 1,2 minit sebab dah tak mampu berkata-kata. Kita yang tengok ni pun hampir keras perut nak terburai tali pusat dengan lawak masing-masing, apatah lagi diorang sendiri yang kat situ kan? :D

 ANTARA LAWAK MENARIK:
1) Time Kin Chin (Johan) tolong tuliskan surat untuk Ismail (Zizan). Kin Chin tolong tuliskan versi yang lebih 'lembut' untuk ayat-ayat Ismail yang hanya reti mengeluarkan kata-kata berunsur keganasan. Teka apa yang terjadi dengan hasil surat tersebut, hehe.
2) Lawak 'X' & 'Y' dalam soalan algebra.
3) Semua scene yang melibatkan diorang jadi watak lain-lain dalam flashback: Ah Cai-Mama, Mail-Pakcik Buta, Ah-Cai-Pemiutang, Mail-Siu Mei
4) Bila diorang tak tahan gelak (dan cuba cover muka) dengan dialog ad-lib spontan masing-masing
5) Setiap kali Ismail yang garang terus jadi 'baik' dan peluk Kin Chin "Halloooo..." bila diingatkan yang dia sepupu Siu Mei (it's a running gag thing)

p/s-hehehe dapat baca review pun jadilah kan dri x de apa2 langsung.

3 ulasan:

  1. tak layan sgt lawak depa nih.. so memang blur jer kalo org bersembang pasal depa ni.. ;)

    BalasPadam
  2. luv them so much!!! bestnya klo dpt tgk....tringin sgt...

    BalasPadam
  3. kak yong kalau tgok show diorg, mesti gelak gile2 la..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017