-->

12 Ogo 2015

Sinopis Drama Plan Cinta Tak Jadi Astro Ria

Assalammualaikum..
Drama terbaru di Astro Ria yang bertajuk Plan Cinta Tak Jadi telah pun mula menemui penonton bermula 10 Ogos yang lalu. Drama Plan Cinta Tak Jadi ni dilakonkan oleh Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam dan ramai lagi. Ini kali kedua Fathia dan Fatah digandingkan selepas drama Bencinta. Drama ni akan bersiaran pada setiap Isnin jam 10 malam. Apapun Jom layannnn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopis Plan Cinta Tak Jadi 
Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina (Fathia Latiff) yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici (Ramona Zam Zam) setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz (Mark Adam). Cici telah lama menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Fariz namun hampa apabila Fariz mahu memutuskan hubungan cinta mereka. Cici sangat sedih kerana ini merupakan kali ke-24 dia putus cinta. Bagi Cici, bercinta dan berkahwin adalah perkara yang terbaik dan cita-citanya hanyalah untuk berkahwin dengan jejaka idamannya, namun dia telah dikecewakan oleh Fariz.
Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian (Arja Lee). Melina juga meminta bantuan Anaz (Fattah Amin) untuk menjayakan plannya. Adakah plan cinta Melina itu menjadi atau sebaliknya?



9 ulasan:

  1. tak menjadiiii.. tukar plan.. heeeeee~ ^_^ lawak cerita ni.. best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni yang hang awat gila.best kut citer ni kut ang tak mendalami citer ni boleh tahan afrika.aq rasa ang ni budak sekolah gi tak tau pasal cinta.adik pi belajar dulu.

      Padam
  2. wahh..cam best je.. kena tengok ni.. hihi

    BalasPadam
  3. Baru start tengok minggu ni.. baru tau kelakar & fun.. Lakonan Fattah Amin pun dah improved a lot! :)

    BalasPadam
  4. @IrdaBay Lakonan Fattah Amin best kan! Kita pun baru tengok Isnin last week. Sukaaa gila. Tak awkward dah tengok Fattah Amin berlakon

    BalasPadam
  5. Tak best langsung, macam cerita budak sekolah, sakit jiwa tgk nya

    BalasPadam
  6. Wahhhhh ceritanya bagus .... so good . Sye ska crte ni ....

    BalasPadam
  7. best gile citer ni lagi lagi mel ngan anaz romantik gile

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017