-->

21 Ogo 2015

Sinopsis Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Mencintaimu adalah drama terbaru Slot Akasia yang akan mula disiarkan pada 19 Ogos ini menggantikan drama Syurga Nur. Drama Mencintaimu ini dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Niezam Zaidi, Sasqia Dahuri dan ramai lagi. Ini kali pertama nampak Sharnaaz Ahmad jadi hero drama untuk Slot Akasia. Apapun drama ni pastinya akan mencetuskan fenomenanya yang tersendiri dan drama ni juga bukanlah adaptasi daripada mana-mana novel. Apapun jom layan Sinopsis drama Mencintaimu kat bawah ni k..

Sinopsis Mencintaimu

Mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja untuk menyambung pengajiannya di Universiti setelah 2 tahun dia bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajiannya. Semasa hari pertama sesi suai kenal di kolej, Anissa mula jatuh hati dengan Hisham Dato Hanafi. Hisham dan kawan baiknya, Helmi sering membuli Anissa. Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk keluar bersama Anissa. Namun Anissa menolak pelawaan tersebut kerana tidak suka dengan sikap Hisham yang suka berfoya-foya, malas, ponteng kelas dan banyak lagi. Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, Ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Kehidupan Anissa selepas itu terus gelap dan dibuang Universiti. Selepas beberapa tahun, Anissa berubah penampilan. Dia bekerja di syarikat keluarga Hisham. Pelbagai rintangan di antara mereka akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad. Dalam masa yang sama, Asyikin (tunang Hisham semenjak kecil) berterusan mengejar cinta Hisham dan sering menggugat perhubungan Anissa dan Hisham.

3 ulasan:

  1. Oh ganti drama syurga nur rupanya :-)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum :)
    Drop by while blog walking.
    Salam ziarah, dik...
    Akak tak follow sangat siri ni sebab busy masak plus x berapa minat Sharnaz hehe
    Tapi cam selalu kalau nanti dah masuk siri-siri last baru sebok nak tengok n scroll over kat tonton.com huhu

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017