-->

24 Jan 2012

The Sweet TeaCher in My School ^_^


Assalammualaikum..

Guru itu Seorang Wanita,

Orangnya kecil2 saja,
mukanya bulat,kecil dan comel,
bermata sepek sedikit, becermin mata,
berjubah labuh dan bertudung labuh,
ketinggiannya biasa saja,kurus orangnya,
berpendidikan tinggi,lulusan luar negara
sudah berumahtangga,
mempunyai 2 orang anak..

Itulah serba sedikit gambaran seorang guru yg pernah mengajar aku ketika di form 4-5 sekolah menengah..siapa orangnya,x perlulah aku sebut..biar rahsia..

aku kagum dengannya,melihat dedikasinya dengan tugasnya sebagai seorang guru..dia menganggap anak muridnya macam anaknya sendiri..dia awalnya mengajar satu matapelajaran teras untuk kelas aku..dan selalunya aku mmg scor utk paper yg die ajar..jodoh kelas kami dengan die berpanjangan apabila masuk form 5 dia jadi guru kelas kami..maka makin kenal la die dgn kami semua..Dalam mengajar die menilai setiap perwatakkan anak muridnya..malangnya sebahagian dari pelajar kelas aku tuh mempunyai banyak masalah disiplin..pendek kata suke buat hal..dalam kelas tuh dah ada dua kumpulan satu geng budak2 baik dan satu lagi sebaliknya..maka selalunya banyak la guru2 lain suka komplen macam2 pasal kelas kami..dan guru kami yg mengibaratkan dirinya seperti ibu kepada kami semua turut terasa dengan sindiran dan komplen2 berkenaan..die berasa marah juga bila ada guru2 yg kutuk2 kelas kami..die rasa mcm nak menangis dengar tu semua..maka die pun dtg ke kelas kami dan menasihati..die kelihatan sebak gitu..kesian pada die..


Dia ni suka berceloteh..cerita pasal family die pasal kenangan2 masa die belajat kt luar negara dulu..tabik dgn die sbb die belajar kat luar negara kt negara org putih nun..namun die x hilang jati diri die..balik Malaysia tetap bertudung dan sama seperti dirinya yg asal..die ni selalu juga jadi pengacara utk majlis2 yg diadakan di sekolah kami..ketika peperiksaan SPM hampir menjelang..sekolah adakan majlis bacaan yassin n bila majlis tamat dah jadi majlis airmata pula kerana lepas tuh semua pelajar bersalam-salaman dgn guru masing2 dan pelajar minta maaf pd guru msing2..ketika inilah guru kami x dpt nk bendung perasaan die..die menangis dan memeluk serta mencium setiap daripada pelajarnya iaitu kami semua dan memberi kata2 semangat..dari sini nampak la die anggap kami mcm anak die sendiri..guru2 lain kt situ nmpk releks jer.Die juga selalu memantau para pelajar die..untuk pelajar2 yg byk masalah disiplin dia akan slow talk dgn mereka sume..pastu kalau ada pelajar yg menunjukkan petanda2 mcm ada masalah,dia akan panggil mak bapak diorang dtg sekolah utk menyelesaikn msalah..

Aku ingat lagi masa nak last day sekolah kot..dia iaitu cikgu kami ada memberikan gambar dirinya dan dibelakang gambar tersebut tertulis kata2 semangat n signature die kepada setiap dripada kami..untuk dibuat kenang-kenangan..aku simpan gambar tuh dalam album..

"you can do it" itulah kata2 nya yg ditulis dlm gmbr tersebut..kemudian die juga ada memberikan numbor telefon handphonenya kepada kami semua siap tulis kat papan hitam lagi..dia x pernah membeza-bezakan para pelajarnya yg pandai ke,yg kurang pandai ke,die layan sama je..setiap apa yg diberikan pada kami adalah adil...dan batch kami adalah batch terakhir yg dia ajar di sekolah tuh kerana selepas batch kami dia pun bertukar sekolah ke sekolah lain..lepas tuh aku pun x dengar khabar dari die..ntah apa khabar berita x tahu la aku..aku try juga search nama die kat facebook tapi xde..mmg dh agak dh die knform x layan laman web sosial ni semua..lepas result Spm kuar aku ada contact die cakap dalam telefon dgnnya..Die ada bertanya perihal kawan2 yg lain..selepas tuh masa berlalu dan loss contact huhuhu..tapi apapun kenangan tu tetap dalam ingatan...
Rasanya kat sekolah2 lain maybe ada guru2 yg lebih baik dri apa yg diceritakan diatas nih..tpi x kisahla sape pun gurunya,kat sekolah mana die mengajar,sesungguhnya bukan mudah nak menjadi seorang guru,jasa mrk besar byk masa tenaga dan tumpuan kena dikorbankan untuk membentuk anak didiknya.Love ur teacher..
P/S-Aku hampir2 bergelar warga pendidik tapi atas sebab tertentu terpaksa dilupakan sementara waktu..sedih tuh sedih tapi ada hikmah disebaliknya..harap rezeki sentiasa ada dimana-mana..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017