-->

27 Jan 2014

Kumpulan SYJ Tersingkir Di Minggu Ke-11 Maharaja Lawak Mega 2013


Assalammualaikum..
Minggu ke 11 MLM2013 telah pun berlalu dan menyaksikan kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Syuk, Yassin dan Jihan tersingkir. Awalnya aku ingat takde penyingkiran di minggu ke-11 ni tapi rupenyer ade. Minggu ke 11 MLM2013 berlangsung di Kedah dan mempunyai 2 tema iaitu Silent Komedi dan Karoot Komedia. Shuib Sepahtu berjaya memenangi "Man Of The Match" untuk minggu ke-11 dan minggu ke-12 akan berlangsung pula di Johor manakala minggu ke-13 adalah Final MLM2013. Sabri Yunus dan Kump Dikir Barat turut menjadi tetamu jemputan untuk membantu para peserta bagi tema Karoot Komedia. Di akhir rancangan Kump Sepahtu, SYJ dan Bocey mendapat kedudukan bottom three.
Kumpulan Sepahtu membuat persembahan pembukaan dengan tema Silent Komedi. Mereka mendapat 3 bintang dari juri Datuk Yusof Haslam. Untuk persembahan kedua bagi tema Karoot Komedia, Sepahtu membuat sketsa tentang kereta yang mereka menangi telah dibawa lari oleh Rahim. Lawak gak bila Shuib asyik memintak nak menang Man Of The Match tu n last2 betul2 dapat hehe. Maybe ramai terkejut Rahim tercalon dlm top 5 ABPH sampai Shuib pun ada mention pasal die x tersenarai dlm top 5. Apapun diorang semua memang dah popular gitu. Cuma Sepahtu agak kurang menggunakan kumpulan Dikir Barat tu berbanding peserta lain.
Kumpulan Bocey pula membuat sketsa ttg situasi mereka tengah main Sepak Takraw untuk tema Silent Komedi manakala untuk tema Karoot Komedia diorang buat sketsa tentang askar kot kalau x silap. Persembahan kump Bocey masih kelakar cuma x sekelakar minggu2 sebelumnya. Kelihatan kump Bocey sangat suka membuat lawak yang berkaitan fizikal Abam patutnya diorang kena cari idea yang baru tanpa melibatkan soal fizikal yang besar atau yg kurus.
Persembahan SYJ agak kureng best untuk minggu ke-11 ni especially untuk tema Silent Komedi. Agak mengejutkan kerana sebelum ini kump SYJ sangat kreatif n banyak idea tapi entah kenapa sketsa mereka kurang kelakar untuk minggu ini. Diorang memilih utk buat sketsa tentang binatang2, maybe sketsa tu sukar difahami sedikit sehingga menyebabkan mereka mendapat 2 bintang dari juri. Untuk tema Karoot Komedia, agak sedikit kelakar dan diorang pandai menyebut nama2 jalan dan tempat yang popular di Kedah hingga menyebabkan penonton Kedah bersorak. Namun mereka masih menyelitkan unsur2 double meaning dlm sketsa kedua mereka ini.
Nabil agak cemerlang minggu ini. Untuk Silent Komedi, Nabil buat tentang situasi yang berlaku ketika dia di Perpustakaan, pasang lagu terkuat lah, HP berbunyilah pastu kentut berbunyilah hehe last2 siap baling laptop tu ketepi. Macam patah jer laptop tu lepas Nabil baling hehe konform rosak dah laptop tu hehe. Manakala untuk tema Karoot Komedia pula, Nabil jadi Salesman yang mana die nak menjual geng2 Dikir tu hehe. Nabil memanfaatkan semua yang ada atas pentas tu untuk dijadikan bahan lawaknya. Ahmad Khasan dan penari yang lain pun digunakan oleh Nabil sepenuhnya dan memang menjadi lawak Nabil untuk minggu ini.
Kumpulan Shiro pula membuat sketsa tentang situasi yang berlaku ketika mereka tengah memancing ikan. Shahrol sengaja pasang lagu kuat2 dan membuatkan Ajak marah last2 boleh plak berdancing berdua gitu hehe. Kump Shiro memang sentiasa konsisten dan banyak idea. Untuk tema K.Komedia, mereka membuat sketsa ttg pesakit dan doktor. Shiro juga turut menggunakan geng2 dikir tu sebagai pesakit hehe. Ketika di awal rancangan kump Shiro berada dalam kedudukan teratas untuk carta undian.
Kumpulan Jambu memang sangat cemerlang untuk minggu ke-11 ini. Diorang menebus kembali apa yang berlaku di minggu sebelumnya. Kump Jambu cemerlang dalam kedua-dua tema yang diberikan. Silent Komedi sememangnya makanan Jambu. Diorang membuat sketsa yang simple tetapi sangat kelakar. Manakala untuk tema Karoot Komedia, Jambu berjaya membuatkan penonton ketawa giler2. Diorang membuat sketsa tentang dua datuk yang tengah main golf  dan akan berbesan tak lama lagi. Jambu turut membabitkan para juri dlm sketsa mereka yang mana Nora Danish menjadi anak Yus yg bernama Siti Nor Enjoy dan Sheikh Haikel menjadi anak Tauke. Manakala Luna Maya menjadi bini Tauke dan paling best Datuk Yusof Haslam jadi Driver Yus hahaha memang lawak part ni.

Tak pasti pula sama ada di minggu ke-12 MLM2013 ada penyingkiran atau tidak, rasanya mungkin takde penyingkiran. Gambar2 diatas credit to FB Maharaja Lawak.

4 ulasan:

  1. Mmg x brp.minat..sbb kdg2 over sgt lawaknya..

    BalasPadam
  2. mmg dah agak syj tersingkir.. sbb xde pilihan lain lagi dah.. jambu mmg terbaik bikin deqla gelak sampai sakit2 perot mlm tu tau.. sepahtu plak deqla x tgk la..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017