-->

11 Okt 2014

Review Running Man Episod 215 With Shin Min Ah



Assalammualaikum..
Sape dah tengok Running Man episod 215 yang guestnyer Shin Min Ah dan Jo Jung Suk. Best episod ni sampai aku pun terdorong untuk buat review episod ni hehehe. Actually aku memang lama dok tunggu Shin Min Ah jadi guest dalam Running Man ni akhirnya dapat gak aku tengok Shin Min Ah yg cute tu jadi guest hehee. Tambahan lagi Shin Min Ah ni mmg jarang join mana2 variety show di Korea tu. Sape boleh lupa aksi comelnya dalam drama top My Girlfriend Is A Gumiho.. serta Arang And The Magistrate... Ahli2 Running Man sendiri juga tidak menyangka yang Shin Min Ah adalah guest pada hari itu. Lihat saja muka terkejut diorang serta betapa excitednya diorang bila Shin Min Ah muncul di depan diorang.

Episod 215 ini berkonsepkan pengantin dan perkahwinan, yang mana S.Min Ah akan jadi pengantin perempuan manakala Jae suk, Suk Jin, Ji Hyo dan Kwang Soo akan jadi keluarga di sebelah pihak pengantin perempuan yang bermaksud diorang ni dalam team S.Min Ah. Gary terpilih menjadi Pengantin lelaki dan membuatkan ahli yang lain rasa jealous jer hehehe. Kim Jong Kook, HaHa, dan Jo Jung Suk akan jadi family di sebelah pengantin lelaki yang mana diorang ni adalah team Gary. Part awal2 lagi dua2 family ni sakan bergaduh dan tak restu perkahwinan Gary dan S.Min Ah. Lawak betul, Kwang Soo pulak jadi Abang Kembar pada S.Min Ah mmg lagi lawak laa. Shin Min Ah sempat membawa kipas kecil yg digantung di lehernya, bila die panas die halakan kipas tu ke mukanya. Cute jer.
Game pertama yang diorang main adalah ripping nametag, yang mana Gary dan Min Ah akan mencari semua ahli Running Man yg bersembunyi lalu mengeluarkan mereka dgn rip nametag diorang. Gary yang blurr tu boleh terlupa yg die belum keluarkan Kwang Soo sedangkan LKS ada kat depan die yg berpura-pura macam dah tersingkir hehe. Part diorang nk keluarkan Jong Kook tu pun lawak gak, Gary dah putus asa nak outkan Jong Kook lalu ajak S.Min Ah utk cari ahli yg lain dulu. Tapi S.M.Ah tetap nak keluarkan Jong Kook sampailaa last2 Jong Kook mengalah hehehe. HaHa pula bersembunyi di tempat yg strategik tapi kantoi bila Gary dah nampak die hehe. Akhirnya Gary dan Min Ah menang dan dikahwinkan konon2 nya lah hehe. Bukan main happy Gary masa ni.
Game seterusnya diorang main beberapa game dan bermain sebagai satu pasukan untuk mendapatkan hadiah wang tunai. Antara game yg diorang main adalah Pepero Kiss, game Karaoke dan satu lagi apa ntah namanya tak ingat dah. Paling syok tengok diorang main game karaoke, happy betul semuanya, menyanyi dan menari. Shin Min Ah start menyanyi dulu pastu bergilir-gilir dgn yg lain, Jong Kook, Ji Hyo, Kwang Soo pun turut menyanyi. Kelihatan Ji Hyo sangat suka menyanyi, seronok tgk muka die menyanyi comel jer. Manakala yang lain sibuk menari sakan siap ikut step semua. Memang terbaiklah, diorang sempat karaoke beberapa lagu. Ceria sungguh kesemuanya berkaraoke dan menari.

Last..Game ni diorang kena berebut cari barang2 keperluan rumah yang telah dipilih lebih awal oleh Gary dan S.Min Ah. Untuk game ini Gary dan Shin Min Ah akan berada dengan team masing2 dan merebut hadiah wang tunai. Mereka kena ingat semula senarai barang2 yg telah mereka pilih bersama mengikut turutan. Memang banyak aksi kelakar masa ni, kedua-dua team saling berebut barang2, aksi kejar mengejar, rampas-merampas, tipu menipu dan macam2 lagi. Memang syok tengok gelagat diorang ni. Aku tak boleh cerita details sbb terlampau byk sangat aksi2 kelakar diorang, korang kena tengok sendiri. Episod ini antara salah satu episod yang terbaik dalam Running Man. Dari awal sampai habis memang happening jer.
Semua mmg all out untuk last game ni, kelihatan semua agak penat selepas sakan berlari, kejar mengejar dan sebagainya. Ada satu part yg Gary tertipu dengan S.Min Ah yang mana S.Min Ah sengaja mengalih perhatian Gary dengan menarik Gary ke tempat lain untuk memudahkan Kwang Soo membawa dan melarikan barang disitu. Lepas Gary tertipu tu terus muncul lagu Lee Seung Gi yg merupakan OST drama My Gf Is A Gumiho. Sweet+lawak betul masa ni. Akhirnya team Gary menang dan Gary boleh memilih untuk berkongsi duit tersebut dengan ahli kumpulannya, ataupun tidak berkongsi dengan sesiapa, ataupun berkongsi dengan Shin Min Ah.
Gary akhirnya memilih untuk berkongsi duit tersebut dengan Shin Min Ah dan menyebabkan ahli kumpulannya marah2 manja hehehe. Episod ini memang wajib download okey hehe. Next episod ahli Running Man jadi super hero lah hehehe, ada yang jadi Super Man, Wonder Woman, Avatar, X-Men dan lain2 lagi, macam best jugak ni. 

2 ulasan:

  1. Baru tengok sampai episod 214. Keras perut gelak tengok gelagat diaorang ni. ..

    BalasPadam
  2. rajinnya review..

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017