-->

26 Sep 2015

Sinopsis Filem Girlfriend Kontrak Lakonan Keith Foo

Assalammualaikum..
Filem Girlfriend Kontrak lakonan Keith Foo, Nur Risteena Munim akan mula ditayangkan di pawagam bermula 24 September ini. Selain itu filem ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Fara Fauzana, Azad Jasmin, Dayana Roza dan ramai lagi. Filem Girlfriend Kontrak ini bergenre Romantik Komedi dan diarahkan oleh Virginia Kennedy. Jom layan sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Girlfriend Kontrak
Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisa lakonan Risteena Munim. Dia mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah projek pembangunan. Projek tersebut dimiliki oleh seorang jutawan bernama Umar, lakonan Keith Foo. Umar ini jenis lelaki buaya darat.
Hendak dijadikan cerita, berlakunya satu konflik di mana Alisa terpaksa menjadi teman wanita kontrak kepada Umar dan dia menerima bayaran upah RM3,000 seminggu.
Apa akan jadi seterusnya? Berjayakah Alisa dalam misi menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya?

1 ulasan:

  1. mesti best citer ni kan..xsabar nak tengok...hihi..done follow #2587

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017