Aku dah habis menonton drama Korea Reply 1988, episod akhir cite ni telah pun disiarkan pada 16 Januari 2016 yang lalu. Drama ini merupakan siri ketiga selepas drama Reply 1997 dan Reply 1994, dan ketiga-tiga jalan cerita drama tersebut memang berbeza sama sekali. Aku sendiri tak pernah tengok ke semua episod dalam Reply 1997 dan 1994, walaupun aku ada gak try tengok 1 episod untuk kedua-dua siri tersebut, tapi aku rasa macam bosan jer hahaha, so aku pun mulanya teragak-agak sama ada nak tengok ke tidak cite Reply 1988 ni, n aku layan gak episod pertama cite tu n guess what memang best la plak hihi walaupun suasana cite tu berdasarkan tahun 1980-an iaitu lebih tepat lagi pada tahun 1988 hingga 1994, manakala tahun 1995 adalah perkahwinan salah satu watak dalam cite ni. Manakala tahun 2015/2016 adalah versi diorang yang telah dewasa dan mengimbau kembali zaman2 diorang remaja gitu hehe. Antara keunikan drama Reply 1988 ni sama juga dengan siri2 sebelum ni apabila para penonton akan cuba meneka-neka siapakah suami heroin dalam cite ni, semuanya menjadi misteri dan penonton akan mula menyokong mana2 hero yang diorang suka hahaha.
Dalam cite ni heroinnyer iaitu Sung Deok Sun yang dilakonkan oleh Lee Hyeri mempunyai 4 kawan baik yang kesemuanya lelaki iaitu Sung Sun Woo yang dilakonkan oleh (Go Kyung Pyo), Choi Taek (Park Bo Gum), Kim Jung Hwan (Ryu Jun Yeol) dan Ryu Dong Ryong (Lee Dong Hwi). Kelima-lima mereka ini bersahabat baik sejak dari kecil lagi dan tinggal berjiran. Ibu Bapa diorang semua juga berkawan baik dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Selalunya kelima-lima mereka ni akan lepak di rumah Choi Taek atau secara spesifiknya di biliknya. Diorang ni buat bilik Taek ni macam rumah diorang sendiri, slumber masuk keluar bilik Taek hehe. Di awal episod aku tengok watak Taek ni macam kanak-kanak jer hehe berbanding kawan-kawannya yang lebih aktif. Tapi lama2 nampakla kematangannya dan tak sangka die ni pun suka Duk Seon. Walaubagaimanapun drama ni tak memfokuskan tentang hal percintaan jer semata-mata sebaliknya turut memfokuskan tentang hal keluarga masing2, iaitu tentang masalah yang dihadapi dalam keluarga mereka serta bagaimana mereka mengatasinya.
Dari awal2 episod lagi, para penonton telah dibuai dengan scene2 sweet antara Jung Hwan dan D.Sun. Jung Hwan sentiasa memerhati dan mengambil berat pasal D.S dalam diam. Selepas diberitahu oleh kawan2 nya barulah D.S macam syak yang Jung Hwan ada hati dengannya. Namun sikap JungHwan yang teragak-agak nak luahkan perasaan die pada D.S membuatkan D.S jadi x pasti mengenai Jung Hwan dan menganggap takde siapa yang sukakan die. Kemudian Choi Taek buat kejutan yang tetiba bagitau kat kawan2 yg lain kecuali D.S yang dirinya sukakan D.S juga.
Bila Jung Hwan dengar pengakuan Taek tu membuatkan dirinya makin serba salah dan tak sanggup nak rampas D.S dari Taek lalu cuba jauhkan diri dari D.S. Masa ni kesian juga kat Jung Hwan, die makan hati jer hahaha tapi diorang ni memang lembut hati sikit dengan Taek dan tak sanggup tengok Taek tu bersedih. Kemudian Taek cuba untuk beranikan diri nak luahkan perasaannya pada D.S namun tak jadi, sebab dari pemerhatiannya Jung Hwan juga sukakan D.S dan kali ni Taek pula serba salah dan last2 dua-dua pun just pendamkan perasaan diorang pada D.S.
Lama juga diorang pendamkan perasaan tu, dari diorang masih bersekolah sampaila masing2 dah bekerja. Dari komen2 yang aku baca memang penonton dah berpecah jadi dua dah masa ni, satu Team Taek iaitu pada yang suka Taek dan Duk Seon dan satu lagi Team Jung Hwan. Masing-masing buat spekulasi siapa yang sesuai dan berpotensi untuk jadi suami D.S. Aku awalnya suka gak tengok D.S dengan Jung Hwan tu, sweet jer walaupun diorang kerap bergaduh, tapi aku frust gak dengan sikap Jung Hwan yang terlalu banyak berfikir dan teragak-agak serta mengambil masa yang lama untuk bertindak, last2 memang melepas laa jawabnya. Bila aku tengok D.S dengan Taek pun comel gak hahaha especially masa diorang sembunyikan hubungan diorang dari pengetahuan keluarga sebab keluarga diorang dah kecoh dengan Sun Woo yang nak kahwin dengan Bora tu. Diorang gi dating pun senyap2 hahaha. Bermula episod 18 memang penonton dah boleh agak yang Jung Hwan gagal untuk mendapatkan Deok Sun. Tema episod 18 pun adalah Goodbye My First Love, memang episod khas tentang Jung Hwan yang cintanya tidak kesampaian.

So lepas dari episod 18 tu, memang Taek laa yang jadi suami D.S diakhirnya, selepas episod 18 memang die tunjuk sweet moment D.S dengan Taek jer la dan kemudian jalan cerita dah memfokuskan tentang masalah perkahwinan kakak D.S iaitu Bora yang nak kahwin dengan Sun Woo, keluarga diorang masing2 menghalang percintaan Bora ngan Sunwoo tu, sampai aku pun heran sape plak yg jadi heroin cite ni haha sebab di akhir2 cerita drama ni lebih memfokuskan pasal Bora jer hahaha. Namun last2 diorang kahwin gak, siap tunjuk majlis perkahwinan diorang semua.
Ending die aku kurang puas hati gak sebab die just tunjuk perkahwinan Bora jer, patutnya tunjuk jugak lah kan perkahwinan D.S dengan Taek tu kan. Manakala ending untuk watak Jung Hwan juga tak jelas, adakah die bertemu pengganti D.S atau tidak, semua jadi tergantung, watak Jung Hwan tetiba hilang di akhir2 cerita, macam x penting plak watak die sedangkan di awal2 cerita, wataknya memainkan peranan penting juga. Begitu juga dengan watak Dong Ryong tidak dijelaskan dengan lebih mendalam apa yang berlaku pada persahabatan mereka selepas itu.
Selain kisah percintaan dan persahabatan, drama ini juga turut memfokuskan tentang isu hubungan adik beradik, contohnya macam hubungan D.S dengan Bora, walaupun diorang sering bergaduh, tapi diorang saling menyayangi sebenarnya, tak leh blah part D.S asyik menangis bila tengok kakaknya kahwin tu hihi. Hubungan baik Jung Hwan (J.H) dengan abangnya iaitu Jung Bong tu turut menyentuh hati. J.H sanggup korbankan impiannya demi menunaikan impian abangnya yang tak kesampaian.
Semangat Kejiranan yang kuat turut ditunjukkan dalam drama ni, bila ada yang susah, ramai2 akan datang tolong gitu. Lagu tema / OST drama ni banyak diambil dari lagu2 lama dan di remake semula. Aku teringat satu scene dimana J.H, Sun Woo dan Dong Ryong masuk pertandingan menari bagi pihak D.S, bukan main lagi diorang menari hehe, pergerakan menari tu cantik dan sama jer n diorang menang dan hadiah kemenangan tu diorang bagi D.S yg sememangnya teringin sgt nak memiliki Walkman hehe. Satu lagi keunikkan drama ini apabila ada jer scene2 yang lawak, maka akan ada sound effect bunyi kambing hehehe, kiranya bunyi kambing tu memang popularlah tiap kali ada scene2 lawak dlm cite ni. Apapun memang berbaloi layann cite ni dan aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama Reply 1988 ni. Maaf sebab review kali ini agak panjang berjela-jela hahaha, pening korang nak membaca, apapun selamat membaca yer lalalala...
Jom Baca ni jugak --> 11 Benda Busuk Yang Mungkin Bagi Kita Bau Yang Biasa..
best ke..huhu..hero tak minatlah..hehe
BalasPadam@Yana Libra mestilah best, fenomena cite ni hehe
BalasPadamsy stop tgk cerita ni bila sampai je ep 19 hahaha sbb tak sanggup nak habiskan. rasa macam rindu pulak nnti kalau drama ni dh hbs tgk. huhu. :')
BalasPadamYupppp cite ni mmg best gilerrr. Tapi mmg frust lah sebb deoksun tak kawin ngan junghwannn. Kalau diorg kawin mesti diorg ni couple yg bongok kannnnn. Huhu
BalasPadam