-->

10 Feb 2016

Review Running Man Episod 285

Assalammualaikum..
Lama tak sembang pasal Running Man ni, diam tak diam dah masuk episod ke 285 dah. Kadang2 bila rasa rajin macam sekarang ni aku buatla review untuk mana2 episod latest yang aku suka, tapi kalau rasa malas tu memang tak buat la jawabnyer hehe. Kalau dulu nak tengok online Running Man kena tunggu sampai hari Selasa baru la dapat tengok episod lengkap beserta english subtitle nyer sekali, tapi sekarang ni makin awal pulak, RM disiarkan pada waktu petang hari Ahad di Korea dan Isnin pagi dah boleh tengok dah secara online, lengkap dengan subtitle sekali tu, cepat betul. Dalam banyak2 program Variety Show Korea ni aku just layan Running Man jer n kadang2 terlayan 2 Days 1 Night. Berbalik pada RM episod 285 ni, memang seronok tengok episod ni, asyik ketawa jer, walaupun takde artis jemputan pun dah rasa best sangat. Lebih best dari episod2 lepas yang banyak benar guestnyer.
Aku suka tengok first mission diorang bila diorang kena fokus dan berhati-hati dengan persekitaran dan orang sekeliling mereka. Diorang kena protect nametag diorang dari dikoyakkan/ditarik dari sesiapa pun. Part ni memang lawak giler bila diorang start suspicious dengan semua orang dan reaksi diorang sangat best dan lawak. Aku berulang kali tengok first mission mereka ni, semua rasa tak selamat n suspicious terhadap semua orang, tak leh blah krew2, jurukamera, manager diorang sendiri pun jadi dalang n terlibat sama dan tunggu peluang jer nak singkirkan diorang dengan koyakkan nametag diorang masing2. Reaction dan kelakuan HaHa yang paling lawak giler kot, Kwang Soo pun sama, pendek kata semuanya lawak. Result untuk first mission, Ji Hyo dan HaHa berada di kedudukan tertinggi. Manakala Ji Suk Jin berada di tangga terbawah, kemudian Suk Jin dibawa ke sebuah bilik lain untuk diuji lagi.
Lawak gak part ni, bila Suk Jin x perasan langsung yang doktor dihadapannya tu kerap bertukar-tukar ketika Suk Jin leka mengisi borang soal selidik ke ape ntah. Die langsung x perasan yang doktor dihadapannya tu adalah 2 individu berbeza. Member RM lain memerhati gelagat Suk Jin dari monitor yang terletak di bilik lain sambil ketawa giler2 melihatkan gelagatnya. Kemudian diorang bertujuh dibawa ke suatu bilik lain untuk diuji kebolehan dan kekuatan masing2. Kali ini keberanian diorang pula diuji dengan perlu memasukan tangan mencari bola kaca dalam beberapa kotak yang dalamnya terdapat sesuatu yang tidak diketahui. Masing2 membayangkan macam2 binatang yang mengelikan dan menakutkan berada dalam kotak2 tersebut. Memang lawak gak part ni bila setiap sorang ketakutan, geli dan menjerit-jerit mahupun berguling atas lantai hahaha. Kim Jong Kook yang start dulu untuk cabaran ni, die berani, laju jer tapi stil menjerit-jerit gak die ni hahaha.
Lepas Jong Kook, Gary pula start memasukkan tangannya dalam kotak2 tersebut, reaksi Gary juga lawak, menjerit tu tak payah cakaplah kan, tapi takut2 Gary tu pun die berjaya habiskan cabaran tu. Paling best bila die dah tengok benda sebenar yang terdapat dalam kotak tu, rupa-rupanya benda biasa2 jer, langsung tak menakutkan pun, reaksi die masa ni pun lawak, macam menyesal pun ade gak sebab takut sangat masa buat cabaran tu hehehe. Kemudian Kwang Soo punya giliran pulak, macam biase die pun takut habis, reaction die mmg lawak habis, sampai Kim Jong Kook kena paksa dan pegang tangan die tu, tapi memang lawak laa, Jong Kook dan Gary yang jadi penonton pun asyik ketawa giler2. Suk Jin pun takut2 tapi die agak berani la jugak sebab berjaya ambil beberapa bola kaca dari kotak2 tersebut. Jae Suk dan HaHa pula 2x5 jer hehehe, lawak betul diorang ni.
Ji Hyo yang last sekali untuk cabaran tersebut, game ni memang kelemahan Ji Hyo, die sangat tak suka game2 yang macam ni, nampak die cuak, risau, takut, geli untuk masukkan tangan die tu. Sampai menangis Ji Hyo tu sebab sangat takut, Kwang Soo dan Jong Kook cuba bantu die, manakala yang lain2 try bagi semangat kat die. Namun die x berjaya selesaikan cabaran ni, tapi bukan die sorang jer, Jaesuk, Haha pun x dapat nak selesaikan cabaran ni. Kemudian kekuatan diorang pula diuji dan menyaksikan Jong Kook berada di kedudukan teratas diikuti Jaesuk, Kwang Soo, Gary dan seterusnya.
Last game yang diorang main mestilah game Ripping Nametang tu. Kali ni kekuatan masing2 diseimbangkan, dan kelihatan Suk Jin, HaHa dan Kwang Soo ada peluang untuk menang disebabkan member RM yang lain mempunyai beberapa kekurangan seperti mempunyai nametag yang sangat besar, ada loceng di kasut dan sebagainya. Ganjaran untuk pemenang episod ini adalah lawatan ke London.
Masa last game ni kelihatan Suk Jin sangat yakin untuk menang, manakala HaHa, Gary dan Ji Hyo membantu Suk Jin menyingkirkan Kwang Soo, Kemudian Jong Kook tersingkir n then HaHa betray Suk Jin dan singkirkan die pulak hihi. Bila tinggal bertiga ni HaHa mula konpius nak geng dengan Ji Hyo mahupun Gary. Nampak macam Gary berpihak pada Ji Hyo tapi malangnya die tersingkir dan HaHa menang disebabkan nametag Ji Hyo agak besar juga. So pemenang RM untuk episod 285 ini adalah HaHa. Apapun episod kali ini memang best, lawak dan seronok ditonton. 

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017