-->

3 Feb 2016

Sinopsis Drama Isteri vs Tunang (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Isteri vs Tunang akan mula disiarkan di Astro Ria mulai 1 Feb ini, menggantikan drama Sha & Shah yang telah tamat episodnya. Drama Isteri vs Tunang dilakonkan oeh Scha Alyahya, Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Lia Natalia, Fahad Iman dan ramai lagi. Cite ini diarahkan oleh Michael Ang. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Isteri VS Tunang karya Aesya Azahar. Dari sinopsis cite ni memang nampak menarik jer drama ni, jalan ceritanya simple dan senang difahami. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Isteri vs Tunang
Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran ituApabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluargaSetelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang yang manakah akhirnya menjadi pilihan?“Ketentuan yang tidak pasti... itulah meresahkan hati.”

1 ulasan:

  1. Macam best je cite ni..tapi saya kurang minat kat sharifah sakinah tu..ermmmmm..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017