-->

18 Dis 2017

Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Keempat

Juara Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4 Milik Aishah, Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Keempat, GV4, Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Gegar Vaganza 2017, Final Gegar Vaganza 2017, Finalis Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Aishah, Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman, Tia Jinbara, Lagu Best, Penyanyi, Juara, Pemenang, Review By Miss Banu, My Favorite, Astro Ria,
Juara Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4 Milik Aishah

Akhirnya selepas persaingan sengit selama 8 minggu, Aishah dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza Musim Keempat. Selain Aishah, antara finalis lain yang turut berentap di Final Gegar Vaganza Musim Ke- 4 ini adalah Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman dan Tia Jinbara. Semua Finalis GV4 perlu melakukan dua lagu tugasan satu lagu solo dan satu lagi lagu battle. Liza Hanim mendapat tempat kedua, manakala Lan Solo mendapat tempat ketiga, Hazami di tempat keempat, Firman di tempat kelima dan Tia Jinbara mendapat tempat ke - 6. Sebelum Final GV4 berlangsung, ramai yang meramalkan Aishah dan Hazami mampu untuk menjadi juara berdasarkan prestasi mereka yang sentiasa konsisten tiap minggu. Apa pun semuanya rezeki kan, tak sangka juga Lan masuk top 3 dan aku suka tengok pusingan battle tu. First battle adalah Firman VS Tia Jinbara dan aku suka cara Firman menyanyikan lagu Tepi Sikit itu berbanding Tia Jinbara, tapi Tia menyerlah dalam lagu solonya iaitu Roman Cinta. Battle kedua adalah antara Hazami VS Lan Solo dan aku rasa Lan lebih menyerlah dalam lagu Amboi ini, tapi Hazami pun best juga.
Juara Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4 Milik Aishah, Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Keempat, GV4, Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Gegar Vaganza 2017, Final Gegar Vaganza 2017, Finalis Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Aishah, Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman, Tia Jinbara, Lagu Best, Penyanyi, Juara, Pemenang, Review By Miss Banu, My Favorite, Astro Ria,
Battle ketiga adalah antara Aishah VS Liza Hanim, mereka akan battle menyanyikan lagu Supergirl dari DeFam. Aku rasa dalam battle antara diorang ini, aku lebih sukakan Liza Hanim. Tapi Aishah sangat menyerlah dalam lagu All By Myself  nyanyian asal Celine Dion itu. Best betul part Aishah tarik tinggi tu, terbaik sampai juri Hetty Koes Endang pun menangis. Lepas lagu All By Myself itu aku memang dah yakin Aishah akan menang GV4 ini hehehe. Selain itu Aqasha, Haida, Syura dan Raja Azura turut membuat persembahan di pentas final Gegar Vanza 2017 ini. Cuma pelik pula bila Ferhad dan Elyana tak buat persembahan pula, ramai yang rindu nak tengok diorang ini menyanyi especially Elyana. TV dekat rumah aku rosak, jadi tak dapat tengok GV4 dekat TV, tapi nasib baiklah aku menonton Final Gegar Vaganza Musim ke - 4 ini secara online di laman web Astro Gempak mahu pun di Youtube Astro Gempak. Line internet pun okey, cuma sesekali ada terputus sekejap linenya hahaha sambil tengok GV4 online, aku boleh baca juga komen - komen dekat ruangan chat itu yang begitu laju hahaha. Apa pun tahniah Aishah dan juga semua finalis, lepas ini rindulah dengan Gegar Vaganza ini. Tahun depan artis mana pula yang akan join GV5 nanti kan?.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

6 ulasan:

  1. minggu lepas lepas ingatkan hazami dah menang..rupanya rezeki aishah juara gv4 ni..

    BalasPadam
  2. Orang lama masih ada aura berbiasa

    Dah lama tak dengar perkembangan aisyah ni

    BalasPadam
  3. Memang sokong Aishah jadi juara. hee

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017