-->

5 Dis 2017

Drama Korea Bulan November 2017

Drama Korea Bulan November 2017

Ada 4 Drama Korea yang aku dah habis tengok di bulan November 2017 ini, walaubagaimanapun ianya tidak bermaksud, dalam sebulan tu aku habis tengok 4 drama di bawah ini. Ikutkan ada drama di bawah ini yang aku tengok dari bulan Ogos lagi, tapi bulan November baru habis tengok kesemua episodnya. So kat bawah ini adalah senarai Drama Korea yang aku tengok dah lama, tapi baru bulan November aku habis tengok semua episod, so jangan keliru okey. Apa pun jom tengok senarai 4 drama Korea tersebut di bawah ini.

1) Bad Thief, Good Thief
Pelakon - Ji Hyun Woo, Seohyun (Girl's Generation), Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang dll.
Drama Korea Bad Thief, Good Thief, Korean Drama, Review By Miss Banu, Senarai, Pelakon Drama Korea Bad Thief, Good Thief, Ji Hyun Woo, Seohyun (Girl's Generation), Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang,
Drama Korea Bad Thief, Good Thief ini mempunyai 50 episod, dan aku tengok drama ini start dari bulan Jun dan bulan November baru drama ini habis disiarkan. Jalan cerita drama ini memang best, ceritanya bermula dari diorang kecil sampailah besar dan memang tak rugi layan drama ini sebab semua pelakon pun best - best belaka. Apa pun nantikan review drama ini ye.

2. While You Were Sleeping
Pelakon - Lee Jong Suk, Bae Suzy, Lee Sang Yeob, Go Sung Hee, Jung Hae In, Kim Won Hae dll.
Korean Drama While You Were Sleeping, 2017, Drama Korea, Popular Drama, Pelakon Drama While You Were Sleeping, Lee Jong Suk, Bae Suzy, Lee Sang Yeob, Go Sung Hee, Jung Hae In, Kim Won Hae
Korean Drama While You Were Sleeping ini memang sangat popular, jadi aku yakin ramai yang dah menonton drama ini juga. Mempunyai 32 episod dan aku enjoy menonton drama ini. Jalan ceritanya juga suspen dan best serta dibarisi oleh pelakon terkenal dan popular. Apa pun nantikan reviewnya..

3. Go Back Couple
Pelakon - Jang Na Ra, Son Ho Jun, Heo Jeong Min, Han Bo Reum, Chang Ki Young dll.
Korean Drama Go Back Couple, Drama Korea, Poster, Pelakon Drama Korea Go Back Couple, Jang Na Ra, Son Ho Jun, Heo Jeong Min, Han Bo Reum, Chang Ki Young,
Drama Go Back Couple ini mempunyai 12 episod saja dan mempunyai jalan cerita yang menarik dan penuh pengajaran. Unik juga jalan ceritanya, apabila pasangan suami isteri yang dah bercerai, tiba - tiba dapat kembali semula ke zaman universiti, sewaktu mereka mula - mula bercinta dulu. Banyak kejadian lucu yang akan berlaku serta terselit juga pengajaran yang berguna dalam drama ini. Apa pun drama - drama lakonan Jang Na Ra memang selalunya best kan. Nantikan Reviewnya

4. The Package
Pelakon - Lee Yeon Hee, Jung Yong Hwa (CN BLUE), Choi Woo Sik, Yoon Park, Ha Shi Eun, Lee Ji Hyun dll.
Korean Drama, Drama Korea The Package, 2017, France, Perancis, Pelakon Drama The Package, Drama Korea The Package, Tourist, Tour, Pemandu Pelancong,
Drama Korea The Package ini juga mempunyai 12 episod saja, dan sinematografi drama ini memang cantik habis sebab shooting di France gitu. Lagi pun dah lama tak nampak Jung Yong Hwa ini berlakon kan. Aku rasa drama ini unik habis, sebab lari dari kebiasaan drama korea yang lain dan Drama The Package ini berkisarkan tentang beberapa pelancong yang bercuti di France serta kisah hidup mereka di sebalik percutian masing - masing ini. Aku suka watak Jung Yong Hwa dalam drama ini sebab macam awkward dan kelakar. Apa pun nantikan reviewnya.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. Husniey suka layan 2 dan 3 tu

    Btw WYWS memang best.. 👍
    Jalan cerita yang terbaik
    Suka cara mereka nak selesaikan masalah.. 😍

    BalasPadam
  2. waiting for ur review on Black please..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tgh habiskan menonton drama Black untuk episod 17 dan 18 dan saya akan buat review Black selepas selesai menonton. Thank You sebab sudi baca review yg saya buat.. :)

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017