-->
Memaparkan catatan dengan label GV4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GV4. Papar semua catatan

18 Dis 2017

Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Keempat

Juara Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4 Milik Aishah, Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Keempat, GV4, Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Gegar Vaganza 2017, Final Gegar Vaganza 2017, Finalis Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Aishah, Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman, Tia Jinbara, Lagu Best, Penyanyi, Juara, Pemenang, Review By Miss Banu, My Favorite, Astro Ria,
Juara Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4 Milik Aishah

Akhirnya selepas persaingan sengit selama 8 minggu, Aishah dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza Musim Keempat. Selain Aishah, antara finalis lain yang turut berentap di Final Gegar Vaganza Musim Ke- 4 ini adalah Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman dan Tia Jinbara. Semua Finalis GV4 perlu melakukan dua lagu tugasan satu lagu solo dan satu lagi lagu battle. Liza Hanim mendapat tempat kedua, manakala Lan Solo mendapat tempat ketiga, Hazami di tempat keempat, Firman di tempat kelima dan Tia Jinbara mendapat tempat ke - 6. Sebelum Final GV4 berlangsung, ramai yang meramalkan Aishah dan Hazami mampu untuk menjadi juara berdasarkan prestasi mereka yang sentiasa konsisten tiap minggu. Apa pun semuanya rezeki kan, tak sangka juga Lan masuk top 3 dan aku suka tengok pusingan battle tu. First battle adalah Firman VS Tia Jinbara dan aku suka cara Firman menyanyikan lagu Tepi Sikit itu berbanding Tia Jinbara, tapi Tia menyerlah dalam lagu solonya iaitu Roman Cinta. Battle kedua adalah antara Hazami VS Lan Solo dan aku rasa Lan lebih menyerlah dalam lagu Amboi ini, tapi Hazami pun best juga.
Juara Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4 Milik Aishah, Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Keempat, GV4, Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Gegar Vaganza 2017, Final Gegar Vaganza 2017, Finalis Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Aishah, Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman, Tia Jinbara, Lagu Best, Penyanyi, Juara, Pemenang, Review By Miss Banu, My Favorite, Astro Ria,
Battle ketiga adalah antara Aishah VS Liza Hanim, mereka akan battle menyanyikan lagu Supergirl dari DeFam. Aku rasa dalam battle antara diorang ini, aku lebih sukakan Liza Hanim. Tapi Aishah sangat menyerlah dalam lagu All By Myself  nyanyian asal Celine Dion itu. Best betul part Aishah tarik tinggi tu, terbaik sampai juri Hetty Koes Endang pun menangis. Lepas lagu All By Myself itu aku memang dah yakin Aishah akan menang GV4 ini hehehe. Selain itu Aqasha, Haida, Syura dan Raja Azura turut membuat persembahan di pentas final Gegar Vanza 2017 ini. Cuma pelik pula bila Ferhad dan Elyana tak buat persembahan pula, ramai yang rindu nak tengok diorang ini menyanyi especially Elyana. TV dekat rumah aku rosak, jadi tak dapat tengok GV4 dekat TV, tapi nasib baiklah aku menonton Final Gegar Vaganza Musim ke - 4 ini secara online di laman web Astro Gempak mahu pun di Youtube Astro Gempak. Line internet pun okey, cuma sesekali ada terputus sekejap linenya hahaha sambil tengok GV4 online, aku boleh baca juga komen - komen dekat ruangan chat itu yang begitu laju hahaha. Apa pun tahniah Aishah dan juga semua finalis, lepas ini rindulah dengan Gegar Vaganza ini. Tahun depan artis mana pula yang akan join GV5 nanti kan?.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

28 Nov 2017

Kejutan Elyana Semasa Penyingkirannya Di GV4

Kejutan Elyana Semasa Penyingkirannya Di Minggu Kelima Gegar Vaganza Musim Ke-4, Elyana Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Pesakit Cancer Stage 4, Penyanyi, GV4, Astro, Gegar Vaganza, 2017, Pray For Elyana, Elyana Tersingkir,
Kejutan Elyana Semasa Penyingkirannya Di Minggu Kelima Gegar Vaganza Musim Ke-4

Rata - Rata yang menonton Konsert Ke-5 Gegar Vaganza Musim Keempat terkejut dengan pengumuman Elyana semasa penyingkirannya, bahawa dia merupakan Pesakit Kanser Tahap 4. Terkejut betul dan tak sangka sebab nampak dia ceria saja di GV4 itu, memang kuat semangat Elyana ini, sebab masih sanggup berjuang di Pentas Gegar Vaganza demi peminat, walaupun menderita dengan penyakitnya itu. Rupa - rupanya, Elyana dah 7 tahun menghidap Kanser Limfoma ini, dia disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu. Di Twitter dan juga di Instagram Elyana sendiri, dibanjiri dengan kesedihan peminat serta kata - kata semangat buat Elyana. Malah nama Elyana juga kini trending di Twitter, wartawan yang menginterview Elyana selepas tamat konsert Gegar Vaganza tu pun sebak je. 7 tahun dia sembunyikan penyakitnya dari pengetahuan peminat, malah ada rakan artis yang turut bertanding dalam GV4 pun tak tahu akan penyakit Elyana ini. Dia memang fighterlah, tak semua orang boleh sekuat Elyana ini. #PrayForElyana semoga cepat sembuh Elyana

Apa pun jom tengok senarai Lagu - Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke- 6 dengan tema Jangan Kata Tak Tahu dibawah ini.

1) Aisyah  -  Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

2) Hazami - Jampi (Hael Husaini)

3) Firman - Terakhir (Sufian Suhaimi)

4) Liza Hanim - Warkah Untuk Ku (Ara)
5) Lan - Pahit Akan Manis Akhirnya (Ukay's)
6) Syura - Kau Tetap Dalam Angan Ku (Azie)
7) Aqasha - Thats Why You Go Away (MLTR)
8) Tia Jinbara - Bayang (Khai Bahar)

Jom Baca ini juga --> How To Tell If Someone Is Lying To You, According To Experts!!

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

14 Nov 2017

Senarai Lagu Konsert Ke - 4 Gegar Vaganza 2017

Senarai Lagu Konsert Keempat Gegar Vaganza 2017, Raja Azura Tersingkir, GV4, Gegar Vaganza 2017, Tema Minggu Ke -4, Berdua Lebih Baik, Senarai Lagu Duet, Liza Hanim, Firman, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aishah, Syura, Haida, Aqasha, Elyana, Hos GV4, Nabil, Jihan Muse,
Senarai Lagu Konsert Keempat Gegar Vaganza 2017

Di minggu ketiga Konsert Gegar Vaganza Musim Keempat menyaksikan Raja Azura tersingkir selepas Ferhad yang tersingkir pada Konsert Kedua GV4 ini. Manakala Top 3 Konsert Ketiga Gegar Vaganza 2017 ini menjadi milik Liza Hanim, Firman dan Lan Kristal. Tema untuk minggu keempat untuk Konsert Gegar Vaganza 2017 ini nanti adalah Berdua Lebih Baik, yang bermaksud para peserta akan berduet dengan artis lain seperti Siti Nordiana, Azharina, Misha Omar, Tomok, Ezad Lazim, Hafiz Suip, Sam Innuendo, Bob AF, Aweera dan Epul Drama Band. Apa pun jom tengok Senarai Lagu Duet Minggu Keempat Gegar Vaganza 2017 di bawah ini ye.
Senarai Lagu Konsert Keempat Gegar Vaganza 2017, Raja Azura Tersingkir, GV4, Gegar Vaganza 2017, Tema Minggu Ke -4, Berdua Lebih Baik, Senarai Lagu Duet, Liza Hanim, Firman, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aishah, Syura, Haida, Aqasha, Elyana, Hos GV4, Nabil, Jihan Muse,
Senarai Lagu Konsert Ke - 4 Gegar Vaganza 2017

1. Dirgahayu - Liza Hanim dan Hafiz Suip
2. Biar Menjadi Kenangan - Firman dan Misha Omar
3. Naluri Cinta - Lan Kristal dan Siti Nordiana
4. Jangan Pisahkan - Hazami dan Azharina
5. Arjuna Mencari Cinta - Tia Jinbara dan Aweera
6. Ceritera Cinta - Aishah dan Sam Innuendo
7. Selasih Ku Sayang - Syura dan Bob
8. Memori Daun Pisang - Haida dan Ezad Lazim
9. Cinta Ini Membunuhku - Aqasha dan Tomok
10. Aku Yang Tersakiti - Elyana dan Epul
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

30 Okt 2017

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 4 Minggu Kedua

Peserta Gegar Vaganza Musim Ke  4, Gegar Vaganza 2017, Gegar Vaganza 4, GV4, Senarai Peserta, Penyanyi, Artis, Lagu Best, Senarai Peserta GV4, Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman, Ferhad, Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2017,
Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Musim Ke - 4 Minggu Kedua

Tiada peserta yang disingkirkan di konsert pertama Gegar Vaganza Musim Ke -4 (GV4) ini, semuanya layak ke peringkat seterusnya. Di konsert pertama, semua peserta menyanyikan lagu sendiri. Antara peserta Gegar Vaganza musim ke -4 ini terdiri daripada Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman dan Ferhad. Manakala juri tetap untuk GV4 ini adalah Dato Ramli M.S dan juga Hetty Koes Endang, juri jemputan untuk minggu pertama ini pula adalah Dato Prof. Chef Wan. Semua bintang GV4 ini masih menyengat gitu, Liza Hanim membuat persembahan pembukaan manakala Aishah pula membuat persembahan penutup hehehe. Vokal Aishah memang tak berubah langsung, tetap sama macam dulu - dulu. Liza Hanim pun sama, suara stil merdu macam dulu, Elyana tetap maintain, siap kekalkan trademarknya tak pakai kasut masa menyanyi hehe. 
Peserta Gegar Vaganza Musim Ke  4, Gegar Vaganza 2017, Gegar Vaganza 4, GV4, Senarai Peserta, Penyanyi, Artis, Lagu Best, Senarai Peserta GV4, Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman, Ferhad, Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2017,
Ramai juga yang puji Syura yang kelihatan cantik dan manis, sesuai dengan lagu Nazam Berkasih tu haha. Hazami juga best, Firman pun sedap gila menyanyi tu, memang memberi saingan sengit tu. Aqasha pun okey cuma nampak dia struggle sikit part nada tinggi tu, tapi aku memang suka lagu Embun tu, sedap je dengar. Tia Jinbara pula, memang wow bila dia tarik part tinggi tu, Lagu Seragam Hitam dari Lan Kristal tu memang buat aku menyanyi sekali hahaha. Suara Ferhad pun sama macam dulu, tapi aku teringin nak tengok Ferhad ni nyanyi lagu Rock hehe. Boleh tahan juga suara Raja Azura ni, tapi aku macam tak setuju pula dengan pemilihan lagunya untuk minggu depan, sebab saingan sengit kan, jadi tak boleh salah pilih lagu. Apa pun good luck untuk semua peserta Gegar Vaganza Musim Ke-4 ini. Jom tengok lagu apa yang diorang dapat untuk Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke- 4 ini di bawah.

Aishah ➤ Dingin (Ziana Zain)
Firman ➤ Rindu Serindu - Rindunya (Spoon)
Hazami ➤Setengah Mati Merindu (Judika)
Liza Hanim ➤ Aku Hanya Pendatang (Fransisca Peter)
Lan Kristal ➤ Karam (Zabarjad)
Tia Jinbara ➤ Cenderawasih (Kris)
Elyana ➤ Masih Cinta (Kotak)
Syura ➤ Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim)
Ferhad ➤ Harus Terpisah (Cakra Khan)
Aqasha ➤ Aku (Jamal Abdillah)
Haida ➤ Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
Raja Azura ➤ Apa Yang Ku Cari (Endang S. Taurina)
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017