-->

30 Okt 2017

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 4 Minggu Kedua

Peserta Gegar Vaganza Musim Ke  4, Gegar Vaganza 2017, Gegar Vaganza 4, GV4, Senarai Peserta, Penyanyi, Artis, Lagu Best, Senarai Peserta GV4, Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman, Ferhad, Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2017,
Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Musim Ke - 4 Minggu Kedua

Tiada peserta yang disingkirkan di konsert pertama Gegar Vaganza Musim Ke -4 (GV4) ini, semuanya layak ke peringkat seterusnya. Di konsert pertama, semua peserta menyanyikan lagu sendiri. Antara peserta Gegar Vaganza musim ke -4 ini terdiri daripada Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman dan Ferhad. Manakala juri tetap untuk GV4 ini adalah Dato Ramli M.S dan juga Hetty Koes Endang, juri jemputan untuk minggu pertama ini pula adalah Dato Prof. Chef Wan. Semua bintang GV4 ini masih menyengat gitu, Liza Hanim membuat persembahan pembukaan manakala Aishah pula membuat persembahan penutup hehehe. Vokal Aishah memang tak berubah langsung, tetap sama macam dulu - dulu. Liza Hanim pun sama, suara stil merdu macam dulu, Elyana tetap maintain, siap kekalkan trademarknya tak pakai kasut masa menyanyi hehe. 
Peserta Gegar Vaganza Musim Ke  4, Gegar Vaganza 2017, Gegar Vaganza 4, GV4, Senarai Peserta, Penyanyi, Artis, Lagu Best, Senarai Peserta GV4, Aishah, Liza Hanim, Raja Azura, Haida, Syura, Elyana, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Aqasha, Firman, Ferhad, Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2017,
Ramai juga yang puji Syura yang kelihatan cantik dan manis, sesuai dengan lagu Nazam Berkasih tu haha. Hazami juga best, Firman pun sedap gila menyanyi tu, memang memberi saingan sengit tu. Aqasha pun okey cuma nampak dia struggle sikit part nada tinggi tu, tapi aku memang suka lagu Embun tu, sedap je dengar. Tia Jinbara pula, memang wow bila dia tarik part tinggi tu, Lagu Seragam Hitam dari Lan Kristal tu memang buat aku menyanyi sekali hahaha. Suara Ferhad pun sama macam dulu, tapi aku teringin nak tengok Ferhad ni nyanyi lagu Rock hehe. Boleh tahan juga suara Raja Azura ni, tapi aku macam tak setuju pula dengan pemilihan lagunya untuk minggu depan, sebab saingan sengit kan, jadi tak boleh salah pilih lagu. Apa pun good luck untuk semua peserta Gegar Vaganza Musim Ke-4 ini. Jom tengok lagu apa yang diorang dapat untuk Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke- 4 ini di bawah.

Aishah ➤ Dingin (Ziana Zain)
Firman ➤ Rindu Serindu - Rindunya (Spoon)
Hazami ➤Setengah Mati Merindu (Judika)
Liza Hanim ➤ Aku Hanya Pendatang (Fransisca Peter)
Lan Kristal ➤ Karam (Zabarjad)
Tia Jinbara ➤ Cenderawasih (Kris)
Elyana ➤ Masih Cinta (Kotak)
Syura ➤ Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim)
Ferhad ➤ Harus Terpisah (Cakra Khan)
Aqasha ➤ Aku (Jamal Abdillah)
Haida ➤ Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
Raja Azura ➤ Apa Yang Ku Cari (Endang S. Taurina)
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

5 ulasan:

  1. Selamat pagi isnin dari Mama

    Salam blog walking

    Jemput singgah ya

    BalasPadam
  2. Ibu ucapkan salam ziarah

    Semoga silaturahim murahkan rezeki

    BalasPadam
  3. tak sangka suara aqasha sedap. Harap dia boleh pergi jauh lepasni

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017