-->

2 Okt 2017

Sufi, Shahir & Amir - Bottom Three AF Megastar Minggu Ke -5

AF MEGASTAR, Akademi Fantasia Megastar, Minggu Ke -5, Tema Mahakarya, Sufi Tersingkir, Amir, Shahir, Bottom Three, Top 8 AF Megastar, Amir Jahari, Syamel, Indah, Idayu, Marsha, Bob,
Sufi Tersingkir Di Konsert Ke - 5 AF Megastar

Assalammualaikum..
Konsert kelima Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar) telah pun selesai dan bertemakan Mahakarya. Faizal Tahir turut menjadi juri jemputan untuk minggu ini dan seperti biasa semua peserta memberikan persembahan yang terbaik dari mereka. Setelah beberapa minggu berada di bottom three, Sufi tersingkir di minggu kelima AF Megastar ini. Selain Sufi, Amir dan juga Shahir turut berada di kedudukan bottom three. Lebih ironinya apabila Sufi, Amir dan Shahir adalah Juara - Juara AF. Bagi aku suara Sufi sedap cuma dia salah pilih lagu kot sebab lagu Kaer itu tak begitu sesuai dengan suara dia. Manakala bagi Amir pula, dia buat persembahan penutup dan aku tak jangka pula dia boleh masuk bottom three, sebab persembahan dia dipuji juri. Bagi Shahir pula, memang dah boleh jangka dia masuk bottom three sebab lagu Pencuri Hati itu tak begitu mencabar vokal Shahir. 
AF MEGASTAR, Akademi Fantasia Megastar, Minggu Ke -5, Tema Mahakarya, Sufi Tersingkir, Amir, Shahir, Bottom Three, Top 8 AF Megastar, Amir Jahari, Syamel, Indah, Idayu, Marsha, Bob,
Tapi seronok tengok Shahir keluar dari zon selesa dia, siap menari semua, walaupun dia macam malu - malu sikit. Lepas Sufi tersingkir, suspen pula tengok lampu - lampu atas pentas tu sebab memang harap tak ada penyingkiran buat kali kedua untuk minggu ini. Tapi nasiblah minggu ini hanya ada satu penyingkiran, jadi Shahir dan Amir terselamat untuk minggu kelima ini. Aku jangkakan minggu depan iaitu minggu ke- 6, kemungkinan besar akan ada 2 penyingkiran kot, tapi aku harap tak ada peserta favorite aku yang tersingkir nanti. Peserta pilihan aku untuk minggu ini adalah Bob, Syamel, Indah dan Shahir. Amir Jahari pun best juga, cuma aku tak begitu suka dengan lagu yang dipilih oleh Amir dan Idayu untuk dinyanyikan sebab lagu tu bukan lagu favorite aku hahaha.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017