-->

6 Okt 2017

Drama Korea Bulan September 2017

Drama Korea Yang Dah Habis Tonton (September 2017)

Sebelum ini aku dah pernah senaraikan Drama Korea yang aku dah habis tengok pada bulan Ogos yang lalu, korang boleh Klik ➔ SiNi..untuk baca okey. Manakala untuk bulan September pula, aku dah senaraikan dibawah ini. Ketiga - tiga Korean Drama di bawah ini memang best, jalan ceritanya yang suspen dan lakonan yang terbaik. Bagi sesiapa yang tercari - cari drama Korea yang best untuk ditonton, bolehlah try menonton drama yang aku senaraikan di bawah ini.

1) DUEL
                    Drama Korea, Duel, Korean Drama, Pelakon, Yang Se Jong, Sains Fiksyen, Klon, Teknologi, Suspen, Simple Review, Senarai, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea Duel ini memang menarik, pelakon Yang Se Jong membawakan 2 watak yang merupakan watak baik dan jahat. Walaupun drama ini bergenre Sains Fiksyen, Misteri dan juga Jenayah, tapi jalan ceritanya maintain suspen hingga ke akhirnya. Drama ini mempunyai 16 episod dan memang awsome. Ending drama ini sedih sikit tapi stil best. Boleh baca Review Drama Duel ini ➔ Di SiNi!..

2) Reunited Worlds
                Reunited Worlds, Korean Drama, Drama Korea, Sinopsis, Pelakon, Yeo Jin Goo, Simple Review, Unik, Misteri, Suspen, Sedih, Review By Miss Banu, Senarai, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea Reunited Worlds ini juga sangat menarik, mempunyai 40 episod dan episod ke 39 drama ini berjaya membuatkan aku sedih hahaha. Selepas sukses dengan drama Circle, pelakon Yeo Jin Goo kembali dengan drama ini, yang jalan ceritanya juga suspen dan misteri gitu. Selepas 12 tahun, Sung Hae Sung yang telah mati di zaman sekolah, kembali hidup semula dan mula mencari siapa pembunuhnya serta menyelesaikan segala misteri kematiannya. Memang unik betul, jalan ceritanya, endingnya agak sedih tapi best dan aku suka dengan semua pelakon drama ini kecuali heroinnya saja hahaha sebab tak berkenan pula aku dengan gaya rambutnya itu. Baca Review Drama Reunited Worlds ini ➔ Di SiNi!..

3) Save Me
             Save Me, Drama Korea Save Me, Korean Drama, Suspen, Best, Ajaran Sesat, Gereja, Sang Mi, Obses, Religion, Cult, Pelakon Drama Save Me, So Ye Ji, Taecyeon, Woo Do Hwan, Sinopsis, Simple Review, Senarai, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea Save Me ini juga sangat best, mempunyai 16 episod dan sangat suspen okey. Drama ini juga akan membuat korang rasa geram gila - gila dengan sesetengah watak jahat dalam drama ini hahaha tapi memang berbaloi tengok drama ini. Ending drama ini memang sangat memuaskan hati, dilakonkan oleh ramai pelakon best seperti So Ye Ji, Taecyeon, Woo Do Hwan dan ramai lagi. Mengisahkan tentang 4 sahabat yang cuba menyelamatkan rakan mereka iaitu Sang Mi yang terperangkap dalam kegiatan dan kumpulan ajaran sesat. Memang sangat kesian dengan Sang Mi kerana terpaksa bersabar bertahun - tahun lamanya ketika berada dalam kumpulan itu. Sang Mi dikawal rapi menyebabkan dia sukar nak melarikan diri dan mengharapkan pertolongan rakan - rakannya itu saja. Apa pun drama ini memang seronok untuk ditonton. Best!. Baca Review Drama Save Me ini ➔Di SiNi!..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

6 ulasan:

  1. Fuhhh 3 drama. Akak nak habiskan 1 pun mengah

    BalasPadam
  2. save me tu mmg best! reunited world tu tgk setengah je tapi skrg baru hbs tgk sbb drama ni panjang sgt haha

    BalasPadam
  3. Yg reunited world pon menyampah tgk rambut dia.. Awal aWal tu dh cantik dhhh taapppiiii. 😒😒😒😒 i suggest tgk while you were sleeping ngn temperature of love

    BalasPadam
  4. Sangat menarik sekali semua ceritanya.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017