-->

26 Okt 2017

Sinopsis Drama Red Velvet (Astro)

Drama Melayu, Astro, Drama Red Velvet, Baca Online, Novel Red Velvet, Drama Adaptasi Novel, Drama Red Velvet, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Watak, Izzat, Helena, Suhaila, Fareeq, Pelakon Drama Red Velvet, Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera, OST Red Velvet, Sinopsis Drama Red Velvet, Ending Red Velvet,
Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Neelofa & Alif Satar

Assalammualaikum..
Drama Red Velvet yang menggandingkan Neelofa dan Alif Satar sudah mula disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria dan Ria HD bermula 23 Oktober 2017 yang lalu. Drama Red Velvet ini disiarkan bagi menggantikan Drama Awak Suka Saya Tak yang telah tamat episodnya. Pelakon Drama Red Velvet ini terdiri daripada Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Fatin Afeefa, Nadya Syahera, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Red Velvet karya Novelis Acik Lana dan drama ini mempunyai 20 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Nampak menarik juga drama ini, plus watak Izzat itu memang sesuai dengan Alif Satar tu. Manakala watak Helena lakonan Neelofa itu memang unik sikit dan lain dari yang lain. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Drama Melayu, Astro, Drama Red Velvet, Baca Online, Novel Red Velvet, Drama Adaptasi Novel, Drama Red Velvet, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Watak, Izzat, Helena, Suhaila, Fareeq, Pelakon Drama Red Velvet, Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera, OST Red Velvet, Sinopsis Drama Red Velvet, Ending Red Velvet,
Sinopsis Drama Red Velvet

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, iaitu suami kepada Suhaila. Suhaila sendiri telah berjumpa Helena dan meminta Helena supaya tidak menggangu suaminya lagi, namun Helena langsung tidak mengendahkan permintaan Suhaila itu. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati. 
Drama Melayu, Astro, Drama Red Velvet, Baca Online, Novel Red Velvet, Drama Adaptasi Novel, Drama Red Velvet, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Watak, Izzat, Helena, Suhaila, Fareeq, Pelakon Drama Red Velvet, Neelofa, Alif Satar, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Nadya Syahera, OST Red Velvet, Sinopsis Drama Red Velvet, Ending Red Velvet,
Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik bercinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah hubungan cinta Izzat dan Helena bertaut semula?.

Lagu Tema / OST Red Velvet
➔ Sesungguhnya Aku Nyanyian Alif Satar

Baca ni jugak ➔ Baca Online Novel Red Velvet

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. br masuk episod ke3...blm dtg spark lagi between them...tapi liez suka alif dan neelofa tu..

    BalasPadam
  2. suka alif, neelofa macam kurang sikit

    BalasPadam
  3. macam best drama ni tapi neelofa la pulakkkkk

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017