-->

9 Okt 2017

AFMegastar - Indah Tersingkir Di Minggu Suku Akhir

AF MEGASTAR, Akademi Fantasia, AF, Bintang AF, Senarai Peserta, Tersingkir, Indah, Indah Ruhaila, Indah AF2013, Minggu Suku Akhir, Tema Ikon, Shahir, Syamel, Amir, Amir Jahari, Bob, Marsha, Idayu,
Indah Tersingkir Di Minggu Suku Akhir AF MEGASTAR

Assalammualaikum..
Agak tak sangka juga Indah / Indah Ruhaila tersingkir di Minggu Suku Akhir (Minggu Ke-6) Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar). Selain Indah, Shahir dan juga Syamel turut berada di bottom three. Tak sangka juga Syamel boleh berada di bottom three minggu ini, sememangya persaingan semakin sengit. Tapi aku tak begitu terkejut sangat Shahir berada di bottom three sebab komen juri pun tidak begitu memuaskan untuknya tapi aku suka je tengok Shahir nyanyi lagu P.Ramlee tu. Tema minggu ke - 6 ini adalah Ikon dan Indah telah memilih untuk menyanyikan lagu - lagu dari Saloma iaitu lagu Gelora, Bila Larut Malam dan Mari Jalan Bersama. Aku rasa best dan sedap je Indah nyanyi semua lagu tersebut. Syamel juga mengambil langkah berani dengan menyanyikan lagu Dato Ahmad Jais dan aku rasa Syamel pun berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik. Tapi aku paling suka bila Paknil panggil Haziq AF4 datang naik ke pentas dan nyanyi sikit lagu - lagi Dato Ahmad Jais itu, terbaik, sedap betul suara Haziq nyanyi lagu - lagu tu semua.
Amir membuat persembahan pembukaan dan menyanyikan lagu - lagu Ella, dan aku memang suka dengan pemilihan lagu tersebut tapi aku rasa macam lagu Ella tu tak sesuai dengan Amir pula. Star Of The Week minggu ini menjadi milik Amir Jahari yang menyanyikan lagu - lagu dari Zainal Abidin yang ternyata memang best. Marsha memilih untuk menyanyikan lagu dari Anita Sarawak iaitu gabungan lagu Seksis dan Akhirnya Kini Pasti. Manakala Bob membuat persembahan penutup dengan menyanyikan lagu dari Dato Siti Nurhaliza iaitu lagu Balqis dan Nirmala. Seperti biasa persembahan Bob memang terbaik dan best giler hehehe. Idayu pula tetap maintain best dengan menyanyikan lagu dari Ziana Zain. Pendek katanya semua peserta pun best - best belaka memang susah nak pilih sebab semuanya pun all out. Aku ingatkan Indah akan dapat ke Semi Final AF Megastar ini tapi nak buat macam mana kan, tak ada rezeki kan. Apa pun Good Luck untuk semua peserta.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017