-->

13 Okt 2017

What Happen To Uday Chopra?

Uday Chopra, Handsome, Berbadan Sado, Gemuk, Obesiti, Uday Chopra Obesiti, Mohabbatein, Dhoom, Dhoom 2, Dhoom 3, Mujhse Dosti Karoge, Mere Yaar Ki Shaadi Hai, Pelakon, Penerbit, Penolong Pengarah, Penulis Skrip,
What Happen To Uday Chopra?

Minggu ini agak viral dengan kisah dan gambar pelakon Bollywood iaitu Uday Chopra, rasanya ramai yang kenal Uday Chopra ni kan. Aku gerenti ramai yang terkejut dengan gambar dan penampilan Uday Chopra sekarang. Yela dia dulu kan terkenal dengan aksi lakonannya yang happy go lucky serta berbadan sado, tiba - tiba gambarnya yang terkini menjadi viral, dimana dirinya kelihatan agak berisi serta kelihatan sedikit berusia. Aku masa mula - mula tengok gambar tu macam tak percaya jugak sebab nampak lain betul Uday Chopra sekarang ni. Plus Uday Chopra sekarang dah jarang berlakon, kali terakhir dia berlakon adalah dalam filem Dhoom 3 pada tahun 2013, selepas itu nampak dia banyak bekerja di belakang tabir dan menjadi penerbit / produser filem - filem Hollywood pula. Rindu pula nak tengok Uday Chopra ni berlakon semula, hope dalam Dhoom 4 wataknya masih adalah kan, lagipun keluarga Uday Chopra ini adalah orang kuat industri Bollywood yang menghasilkan filem - filem Bollywood yang best dan Box Office. 
Uday Chopra, Handsome, Berbadan Sado, Gemuk, Obesiti, Uday Chopra Obesiti, Mohabbatein, Dhoom, Dhoom 2, Dhoom 3, Mujhse Dosti Karoge, Mere Yaar Ki Shaadi Hai, Pelakon, Penerbit, Penolong Pengarah, Penulis Skrip,
Jadi anytime je dia boleh buat comeback kan, plus dia juga ada syarikat sendiri gitu, Aku rasa dia juga tak akan ada masalah nak kuruskan badan seperti dulu, kalau dia naklah kan hahaha. Selain berlakon, Uday Chopra juga mempunyai pengalaman menjadi Assistant Director, Producer dan Penulis Skrip. Antara filem lakonannya yang aku suka mestilah Filem Mohabbatein kan, filem legend tu hahahaha, selain itu aku juga suka lakonannya sebagai Ali dalam filem Dhoom, Dhoom 2 dan Dhoom 3. Begitu juga dengan filem Mere Yaar Ki Shaadi Hai dan Mujhse Dosti Karoge. Bagi yang belum tahu, Uday Chopra ini juga adalah adik ipar kepada pelakon Rani Mukerji yang berkahwin dengan abangnya iaitu Aditya Chopra. Selain itu Uday Chopra juga digosipkan bercinta dengan pelakon dan model Jelita Nargis Fakhri. Apa pun aku tertanya - tanya juga, adakah Uday Chopra dah tak nak berlakon dah? atau mungkin dia hendak fokus dalam penerbitan filem iaitu di belakang tabir saja?. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. diorang nak matikan watak Ali dalam Dhoom 4 so nope, dia dah takde dah dalam Dhoom franchise. & maybe watak Abhishek pun akan dibuang

    BalasPadam
  2. tula ada terbaca gak, yang untuk Dhoom 4, watak Uday dan Abhishek akan dimatikan. Diorang akan amik Ranveer Singh jadi polis kot dan Salman Khan jadi Villain..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017