-->

16 Okt 2017

Top 5 Akademi Fantasia Megastar 2017

Top 5, Finalis AF Megastar, 2017, Akademi Fantasia Megastar, Amir, Amir Jahari, Tersingkir, Semi Final, Konsert, Separuh Akhir, Bintang AF, Nyanyian, Penyanyi, Astro, Lagu Best, Lagu Solo, Lagu Duet, Idayu, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Guest Artist, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Azharina, Black Hanifah, Awi Rafael,
Top 5 dan Finalis AF Megastar

Assalammualaikum..
Selesai sudah Konsert Separuh Akhir AF Megastar ini dan keputusan mengenai Finalis / Top 5 turut diketahui umum serta menyaksikan Amir dan Amir Jahari tersingkir. Finalis AF MEGASTAR 2017 adalah Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir. Separuh Akhir Konsert AF Megastar berlangsung dengan meriah dan diserikan dengan kehadiran penyanyi hebat seperti Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Dayang Nurfaizah, Azharina, Awi Rafael, Black Hanifah dan ramai lagi yang akan berduet dengan para peserta. Ada 2 lagu tugasan untuk peserta iaitu lagu solo dan lagu duet manakala Dato M.Nasir menjadi juri jemputan untuk minggu ini. Antara kejutan yang berlaku di minggu semi final ini adalah apabila Dato Ramli M.S dan Dato M.Nasir memberikan standing ovation pada Idayu selepas selesai membuat persembahan untuk lagu duet. Malah Idayu juga disuruh oleh Dato Ramli MS untuk menyanyikan lagu Raya Dato M. Nasir untuk menguji Idayu dan selepas itu Idayu mendapat standing ovation. Apa pun memang sedap suara Idayu nyanyi lagu raya tu hehehe, masa final nanti konform lagi sengit ni. Bob juga turut mendapat komen positif dan pujian dari Dato Ramli MS dan Dato M.Nasir. Tapi bila Bob berduet dengan Dayang Nurfaizah tu, nampak suara Bob tenggelam sikit sebab suara Dayang sangat powerful

Minggu lalu dan minggu ini nampak Syamel sedikit tenggelam tapi suara Syamel tetap sedap manakala Amir dan Amir Jahari seperti salah pilih lagu dah. Marsha seperti biasa sentiasa konsisten manakala Shahir pula buat pertama kalinya menyanyikan lagu english secara berduet dengan Awi Rafael. Di minggu suku akhir yang lalu, kelihatan Bob mendapat markah tertinggi namun di pusingan separuh akhir ini, Idayu pula yang mendapat markah tertinggi. Manakala Marsha dan Syamel juga pernah mendapat markah tertinggi. Kelihatan persaingan untuk merebut gelaran juara AF Megastar sangat sengit okey, sebab siapa - siapa saja akan menang. Apa - apa pun untuk minggu semi final ini kelihatan Idayu dan Bob memang all out. Aku harap di konsert akhir AF Megastar ini nanti, semua peserta akan pilih lagu yang tepat serta all out. Agak - agak korang siapa yang akan jadi juara AF Megastar nanti??. Pilihan aku mestilah Bob dan Idayu.

Keputusan Markah Juri dan Undian Di Konsert Separuh Akhir AF Megastar
Keputusan, Result, Markah Juri, Undian Peminat, Konsert Separuh Akhir AF Megastar, Top 5, Finalis AF Megastar, 2017, Akademi Fantasia Megastar, Amir, Amir Jahari, Tersingkir, Semi Final, Konsert, Separuh Akhir, Bintang AF, Nyanyian, Penyanyi, Astro, Lagu Best, Lagu Solo, Lagu Duet, Idayu, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Guest Artist, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Azharina, Black Hanifah, Awi Rafael,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. dah nak final dah? tak layan sangat...on and off

    BalasPadam
  2. wahhh.. tak berapa nak layan juga ni... tak sempat tengok...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017