-->

30 Sep 2017

Sinopsis Telemovie Kismet (Cerekarama TV3)

Telemovie, Telefilem, Sinopsis, Kismet, Cerekarama, TV3, Plot, Telemovie Kismet, Pelakon Telemovie Kismet, Eman Manan, Vanidah Imran, Miera Liyana, Dato Jalaluddin Hassan,
Sinopsis Telemovie Kismet Cerekarama TV3

Telemovie Kismet akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 30 September 2017 ini, manakala pelakon telemovie Kismet ini semuanya hebat - hebat belaka iaitu Eman Manan, Vanidah Imran, Miera Liyana, Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis telemovie Kismet ini juga nampak menarik kan, apa pun jom baca sinopsis telemovie ini di bawah ye. 

Sinopsis Telemovie Kismet Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Shahrom yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya dan mempunyai isteri bernama Farah dan seorang anak perempuan Rania yang berusia 12 tahun. Hubungan suami isteri yang dulunya terisi dengan kasih sayang mula pudar apabila Sharom mengenali Nora. Shahrom menyuarakan hasratnya untuk menceraikan Farah. Walaupun pedih dan terluka, Farah cuba untuk bertahan demi Rania. Farah meminta kepada Shahrom untuk berpura - pura bhawa rumah tangga mereka masih lagi bahagia supaya fikiran Rania tidak terganggu kerana hanya sebulan saja lagi, Rania akan menduduki peperiksaan UPSR. 
Telemovie, Telefilem, Sinopsis, Kismet, Cerekarama, TV3, Plot, Telemovie Kismet, Pelakon Telemovie Kismet, Eman Manan, Vanidah Imran, Miera Liyana, Dato Jalaluddin Hassan,
Farah mahu Shahrom menjalankan tangggungjawabnya sepertimana yang pernah dilakukannya dahulu, iaitu seorang ayah dan suami yang penyayang terhadap Farah dan juga Rania. Dalam kepura - puraan itu ternyata kembali membuka ruangan hati Shahrom pada kenangan lalu sewaktu mereka masih bahagia. Shahrom mula merasakan kembali bahagia yang sudah lama tidak dirasai, cukup berbeza dengan rasa bahagia ketika bersama Nora. Disebalik ketabahan Farah, ada satu rahsia yang disimpan kemas. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah ego Shahrom dapat dipecahkan sebelum semuanya terlambat.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017