Sinopsis Drama Pakistan Zindagi Gulzar Hai (TV3)
Assalammualaikum..
Drama Zindagi Gulzar Hai adalah drama terbaru yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 Petang di TV3. Awalnya aku ingatkan drama ini adalah drama dari India seperti drama Razia Sultan. Tak sangka pula drama ini adalah drama Pakistan tapi bahasa diorang sama saja macam Hindustan atau Bollywood hehe beza negara saja. Pelakon Drama Zindagi Gulzar Hai ini terdiri daripada Fawad Afzal Khan atau lebih dikenali dengan nama Fawad Khan, Sanam Saeed, Ayesha Omer, Mehreen Raheel, Sheheryar Munawar Siddiqui, Samina Peerzada, Waseem Abbas, Javed Shaikh, Hina Khawaja Bayat, Behroze Sabzwari, Mansha Pasha, Sana Sarfaras dan ramai lagi. Drama Zindagi Gulzar Hai ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Sultana Siddiqui. Selain itu drama ini juga telah disiarkan di Pakistan pada tahun 2012 - 2013 dan telah memenangi banyak anugerah, malah drama ini juga telah disiarkan di banyak negara lain seperti negara Arab, Eropah dan juga India. Hero drama ini iaitu Fawad Khan juga telah debut di Bollywood dan telah berlakon beberapa filem Bollywood popular seperti Filem Khoobsurat bersama dengan Sonam Kapoor, filem Kapoor & Sons dan juga filem Ae Dil Hai Mushkil. Apa pun jom layan sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Zindagi Gulzar Hai (TV3)
Mengisahkan tentang kehidupan Kashaf Murtaza dan Zaroon Junaid yang jauh berbeza, Kashaf berasal dari keluarga sederhana manakala Zaroon pula merupakan anak orang kaya. Kashaf tinggal bersama ibunya Rafia dan juga dua adik perempuannya iaitu Sidra dan Shehila. Ibu Kashaf iaitu Rafia telah berpisah daripada suaminya Murtaza atas sebab dia tidak dapat memberikan anak lelaki. Murtaza kemudiannya telah berkahwin lain dan tidak begitu mempedulikan Rafia dan anak - anaknya iaitu Kashaf, Sidra dan Shehila. Kashaf kemudiannya berjaya mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti terkemuka. Walaubagaimanapun Murtaza tidak begitu suka melihat Kashaf masuk universiti dan sebaliknya menginginkan Kashaf supaya segera bernikah. Di univesiti itu, Kashaf bertemu dengan Zaroon, namun mereka selalu bergaduh dan tidak sehaluan. Walaubagaimanapun Zaroon cuba untuk berbaik - baik dengan Kashaf, namun usahanya itu sia - sia kerana Kashaf langsung tidak mempedulikannya. Zaroon mempunyai 2 orang kawan baik iaitu Asmara dan Osama namun Zaroon tidak mengetahui yang Asmara sebenarnya mencintainya. Namun akhirnya Zaroon dan Asmara bertunang tapi putus.
Zaroon menyedari Kashaf mempunyai ciri - ciri seorang isteri yang diinginkannya, Zaroon kemudiannya bertemu dengan Kashaf sekali lagi dan mula untuk cuba berkawan dengannya namun Kashaf tetap menolak untuk berkawan dengan Zaroon. Bagi pandangan Kashaf, Zaroon merupakan seorang playboy serta tidak tahu erti tanggungjawab sama seperti dulu. Kawan Zaroon iaitu Osama tiba- tiba melamar Kashaf namun Kashaf telah menolak lamarannya itu. Kashaf juga turut menolak lamaran dari Zaroon, Namun tak lama lepas itu, Kashaf mula lembut hati apabila melihat Zaroon cuba menyelamatkannya dari melecur akibat terkena teh panas. Kashaf kemudiannya menerima lamaran Zaroon dan berkahwin dengannya. Selepas berkahwin, Zaroon dan Kashaf baru mula bercinta, mereka kemudianya mula bergaduh apabila Zaroon mengetahui yang kawannya Osama pernah melamar Kashaf sebelum ini. Namun mereka berdua berbaik semula selepas Kashaf mengandung. Kemudian Kashaf mengetahui yang Zaroon masih berhubung dengan bekas tunangnya iaitu Asmara secara senyap - senyap. Hal ini membuatkan Kashaf marah dan merajuk lalu keluar dari rumahnya dan tinggal di rumah ibunya.
Kashaf kemudiannya mula merindui Zaroon dan turut bermimpi yang Zaroon menceraikannya. Kashaf sedar yang dirinya benar - benar mencintai Zaroon dan akhirnya dirinya menelefon Zaroon. Setelah Zaroon mengetahui yang Kashaf mengandung anak kembar perempuan, dia gembira dan pergi menemui Kashaf dan mereka berbaik semula. Beberapa bulan kemudian, Kashaf melahirkan anak dan anak tersebut melengkapkan keluarga mereka. Ending Drama Zindagi Gulzar Hai ini memang happy ending gitu..
tak sabar nak tengok sebab ada fawad khan!!
BalasPadamOwh.. Pakistan eh.. Ingatkan hindustan..
BalasPadambest drama ni
BalasPadamDah tgk terus terjatuh cinta dgn drama ni...hihihihi
BalasPadamBestnyaa
BalasPadamTeringat cerita kosis......tapi yg ni lg best.....
BalasPadamHabisla.. Dh tjebak ni😍😍
BalasPadamMemang best sgt cite ni..trying episode awal...ada x blog yg rakam cite ni Masa tv3 tayangkn....
BalasPadamMemang best sgt cite ni..trying episode awal...ada x blog yg rakam cite ni Masa tv3 tayangkn....
BalasPadamTu laa ingt kn Hindi rupanya Pakistani..mmg best lyn..tk penah missed lg mcm sy missed citer Ttian Cinta
BalasPadamBest gile film nie.tp sedih la esok last episode.blh x mnt tv 3 tayang blk siaran ulangan film nie best sgt2.xda ka musim 2
PadamBest gile
PadamBest gile film nie xsabar nk tgg esok.last episode.hrp2 tv 3 akan tayang blk siaran ulang film nie.ataupun tayang musim 2 pula
PadamNak juga tgok drama ni kat mana² blog.. Ada sapa yg tahu.. Byk scene yg terlepas kat tv 3..huhu..
BalasPadamJom kita suruh tv 3 ulang blk siaran nie..ataupun suruh trbit musim 2.best gile la film nie
BalasPadamBoleh tgok kt netflix ataupun tune.pak ke apa nama website dia
BalasPadamEntah episod keberapa ntah baru perasan drama ini asal Pakistan bila ada disebut Karachi, Islamabad dan Lahore...memang best jalan ceritanya x boring...den start tengok x pernah mis sampai habis episod
BalasPadam