-->

12 Sep 2017

Top 12 Konsert AF Megastar Homecoming

Top 12, AFMEGASTAR, Konsert AF Megastar Homecoming 1 & 2, AF Megastar, Top 12 AF Megastar, Syamel (AF2015), Indah (AF2013), Bob (AF2), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Amir Jahari (AF9), Adira (AF8), Shahir (AF8), Amir (AF2016), Sufi (AF2015), Ewal (AF2014),  Azhar (AF2013),
Top 12 Konsert AF Megastar Homecoming dan Pilihan Aku

Assalammualaikum
Berakhirnya Konsert AF Megastar Homecoming yang berlangsung selama 2 minggu yang menampilkan ke semua 24 peserta yang terpilih. Dari 24 Peserta yang terpilih dari awal, cuma 12 peserta saja yang akan dipilih oleh juri profesional yang terdiri dari Dato Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Ziana Zain untuk ke berentap peringkat seterusnya. Peserta yang terpilih ke Top 12 akan berentap lagi selama 6 minggu dan setiap minggu tersebut akan ada yang tesingkir. Agaknya siapa yang akan ke final nanti kan?, malah undian untuk konsert AFMegastar seterusnya akan dicampur iaitu 60 peratus dari juri dan lagi 40 peratus dari penonton dan peminat. Ikutkan aku tak sempat menonton kesemua persembahan bintang - bintang AF di Konsert AF Megastar Homecoming 1 sebab kat rumah aku hujan masa tu hahaha, jadi sempat menonton persembahan Idayu, Amir Jahari, Azhar dan Marsha saja. Apa pun persembahan Idayu memang best, manakala Marsha pula mengejutkan semua dengan kekuatan vokalnya yang padu, jadi tak hairanlah kalau diorang terpilih ke Top 12. Manakala untuk Konsert AF Megastar Homecoming 2 pula, aku sempat menonton kesemua persembahan bintang - bintang AF ini.
Top 12, AFMEGASTAR, Konsert AF Megastar Homecoming 1 & 2, AF Megastar, Top 12 AF Megastar, Syamel (AF2015), Indah (AF2013), Bob (AF2), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Amir Jahari (AF9), Adira (AF8), Shahir (AF8), Amir (AF2016), Sufi (AF2015), Ewal (AF2014),  Azhar (AF2013),
Antara peserta yang aku suka nyanyiannya adalah Syamel, Amir (AF2016), Adira, Shahir dan Faizal. Nyanyian Syamel untuk lagu Diari Hatimu tu memang terbaik, patutlah nombor satu gitu kan, Aku rasa Faizul dah salah pilih lagu, ikutkan suara dia memang sedap, tapi lagu tu tak best pula, tapi memang nampak jelas kekecewaan di muka dia tu. Adira dan Shahir nyanyi lagu sendiri tapi masing - masing ada buat sedikit kesalahan tapi nasiblah diorang lepas ke top 12 kan. Selain itu, aku juga sukakan suara Amylea, tapi aku rasa dia patut pilih lagu lain berbanding lagunya sendiri. Faizal (AF4) agak mengejutkan aku dengan nyanyiannya untuk lagu Sejati, aku suka dengan suara dia bila dia menyanyikan lagu Sejati tu, memang sedap je dengar, sayangnya dia juga ada buat kesalahan ketika menyampaikan lagu tersebut dan tak terpilih ke top 12. Aku rasa diorang patut buat Top 14 dan bukannya Top 12 saja, sebab kesian pada yang lain sebab dah bersungguh - sungguh dan all out. Aku ingatkan Mila atau pun Ara boleh terpilih ke peringkat seterusnya, tapi tak ada rezeki pula.

Berikut adalah 12 Peserta yang layak ke peringkat seterusnya dalam Pertandingan AF Megastar ini.
1. Syamel (AF2015)
2. Indah (AF2013)
3. Bob (AF2)
4. Idayu (AF3)
5. Marsha (AF3)
6. Amir Jahari (AF9)
7. Adira (AF8)
8. Shahir (AF8)
9. Amir (AF2016)
10. Sufi (AF2015)
11. Ewal (AF2014)
12. Azhar (AF2013)
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017