-->

25 Sep 2017

Ewal Tersingkir Di Konsert AF Megastar Minggu Ke - 4

AFMEGASTAR, Akademi Fantasia Megastar, Peserta, Bintang AF, Tersingkir, Azhar, Adira, Ewal, Lagu, Potret, Astro, Persembahan, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Ranking, Bottom Three, Star Of The Week, Top 9 AF Megastar, Bob, Syamel, Shahir, Amir, Amir Jahari, Indah, Idayu, Marsha, Sufi,
Ewal Tersingkir Di Konsert AF Megastar Minggu Ke - 4

Assalammualaikum..
Selepas Azhar dan Adira tersingkir di minggu ketiga, kini giliran Ewal pula tersingkir di minggu ke - 4 AFMegastar. Minggu yang bertemakan Rock itu menyaksikan Ewal menyanyikan lagu Potret dan merupakan peserta pertama yang membuat persembahan. Selain Ewal, Sufi dan Amir Jahari turut berada di bottom three. Sufi turut memenangi Star Of The Week untuk konsert AF Megastar yang bertemakan Rock ini. Minggu ini cuma ada satu penyingkiran dan 9 Bintang AF yang lain berjaya meneruskan perjuangan mereka ke peringkat yang seterusnya. Aku rasa Ewal menyanyikan lagu Potret itu dengan baik tapi rezeki tak memihak padanya. Tema Rock ini best juga sebab semua lagu yang slow pun boleh dirockkan hahaha, tapi ada sesetengah peserta yang mengubah lagu asal menjadi kurang best pula. Contohnya seperti lagu Salam Untuk kekasih yang dinyanyikan oleh Marsha. Tapi aku stil suka dengan persembahan Marsha yang memang nampak rock tapi lagunya saja yang dah ditukar sikit menjadikan lagu Salam Untuk Kekasih itu jadi berbeza sangat dari yang asal. 
AFMEGASTAR, Akademi Fantasia Megastar, Peserta, Bintang AF, Tersingkir, Azhar, Adira, Ewal, Lagu, Potret, Astro, Persembahan, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Ranking, Bottom Three, Star Of The Week, Top 9 AF Megastar, Bob, Syamel, Shahir, Amir, Amir Jahari, Indah, Idayu, Marsha, Sufi,
Bob dan Syamel seperti biasa, memang best dan konsisten manakala Shahir pula membuat kejutan dari segi makeupnya dan perwatakkannya, malah gaya persembahannya untuk lagu Jampi itu juga menarik, unik dan bestSelain itu, Indah dan Idayu juga best serta nyanyian mereka juga sedap didengar. Berikut adalah persembahan kegemaran aku iaitu Bob, Syamel, Shahir, Sufi, Indah dan Idayu. Minggu demi minggu persaingan semakin sengit sebab semua peserta akan memberikan yang terbaik kerana tidak mahu tersingkir. Apa pun Good Luck untuk semua peserta.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017