-->

6 Sep 2017

Sinopsis Telemovie Mahram (TV9)

Sinopsis Telemovie Mahram (TV9)

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, sebuah telemovie bertajuk Mahram telah disiarkan di slot skrin di 9, TV9 pada 4 September 2017 yang lalu. Telemovie Mahram ini dilakonkan oleh Izreen Azminda, Fauzi Nawawi, Tania Hudson, Ashraf Muslim, Lisdawati dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Aku suka dengan jalan cerita telemovie ini, ending cerita ini pun sweet dan best, ada pengajaran lagi. Plus semua pelakonnya juga best, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye..

Sinopsis Telemovie Mahram TV9

Mengisahkan tentang Saleha yang teringin benar untuk untuk menunaikan umrah / haji di Mekah. Saleha merupakan anak yatim piatu, dia hanya mempunyai Zamarul saja yang merupakan suaminya dan juga mahramnya. Saleha menyimpan duit sedikit demi sedikit untuk pergi ke tanah suci itu, walaubagaimanapun Zamarul enggan untuk pergi menunaikan umrah itu walau sudah beberapa kali diajak Saleha. Tanpa Zamarul, Saleha tidak dapat pergi ke tanah suci memandangkan Zamarul merupakan mahramnya. Keadaan bertambah buruk apabila Zamarul telah berjumpa semula dengan bekas kekasihnya yang bernama Amyra, malah Amyra juga merupakan boss di tempat kerja Zamarul itu. Mereka berdua kemudiannya menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan Saleha, Amyra juga tidak mengetahui yang Zamarul sudah mempunyai isteri. Setelah Saleha mendapat tahu tentang hubungan cinta suaminya itu, Saleha berjumpa dengan Amyra dan meminta Amyra supaya tidak menggangu suaminya lagi. Walaubagaimanapun, Zamarul dan Amyra tidak dapat dipisahkan lagi dan menyebabkan Zamarul dan Saleha akhirnya bercerai.

Penceraian tersebut turut memusnahkan impian Saleha untuk menunaikan umrah bersama mahramnya itu. Saleha kemudiannya tetap meneruskan aktivitinya untuk pergi ke kursus umrah / haji itu, di sana dia akhirnya berjumpa semula dengan kawan lamanya yang bernama Ashraf dan juga anak perempuannya. Ashraf pernah menyimpan perasaan pada Saleha di zaman persekolahan mereka. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017