-->

10 Jun 2018

List Filem Bollywood Bulan Mei 2018

List Filem Bollywood Bulan Mei 2018

Sepanjang bulan Mei 2018 yang lalu, aku sempat layan 4 Bollywood Movie, dua daripada movie tersebut bergenre seram, so jom tengok 4 movie tersebut di bawah ini okey..
Hichki, Bollywood Movie, Hindi Movie, Movie, Filem Bollywood Hichki, Filem India, Filem, Pendidikan, Guru, Tourette Syndrome, Hindustan, 2018, Filem Baru Rani Mukerji, Pelakon Filem Hichki, Rani Mukerji, Shivkumar Subramaniam, Neeraj Kabi, Harsh Mayar, Hussain Dalal, Simple Review, My Favorite, My Opinion, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, List Filem Bollywood Bulan Mei 2018,
Hichki (2018)

Pelakon: Rani Mukerji, Shivkumar Subramaniam, Neeraj Kabi, Harsh Mayar, Hussain Dalal dan ramai lagi.
Filem Hichki ini mengisahkan tentang seorang guru yang mengalami Tourette Syndrome yang harus membuktikan dirinya layak menjadi seorang guru dengan perlu mengajar  sekumpulan pelajar yang mempunyai masalah disiplin serta berasal dari keluarga yang miskin. Filem ini berdasarkan daripada buku Brad Cohen’s autobiography yang bertajuk Front of the Class : How Tourette Syndrome Made Me The Teacher I Never Had. Apa pun aku suka dengan filem Hichki ini, tambah – tambah bila Rani Mukerji yang berlakon kan dan movie ini ada banyak pengajarannya serta seronok untuk ditonton.
Hindi Movie, Filem India, Bollywood Movie, Movie, Bollywood Movie The House Next Door, Aval, 2017, Seram, My Favorite, My Opinion, Simple Review, Review By Miss Banu, Plot Twist, Filem, Pelakon Filem Bollywood The House Next Door,  Siddharth, Andrea Jeremiah, Anisha Angelina Victor, Atul Kulkarni, Suresh, Prakash Belawadi, Avinash Raghudevan, Horror Movie, List Filem Bollywood Bulan Mei 2018, Mistik, Misteri, Hantu, Ghost Story,
The House Next Door (2017)

Pelakon: Siddharth, Andrea Jeremiah, Anisha Angelina Victor, Atul Kulkarni, Suresh, Prakash Belawadi, Avinash Raghudevan dan ramai lagi.
Filem The House Next Door ini bergenre seram dan jalan cerita filem ini menarik, senang nak faham dan unik. Biasanya kebanyakan filem seram yang lain memang senang untuk menjadi klisye dan mudah untuk dijangka jalan ceritanya. Walaubagaimanapun filem ini kurang unsur - unsur klisye dan jalan ceritanya juga suspen, malah  penonton  susah nak jangka apa yang akan berlaku seterusnya. Paling best terdapat plot twist dalam filem ini yang memang kita tak jangka dari awal, aku juga suka dengan perkaitaan antara orang Cina dan India yang dikaitkan melalui rumah tersebut. Ikutkan aku tak begitu kenal dengan pelakon filem ini, aku cuma kenal dengan Atul Kulkarni saja yang mana aku pernah menonton lakonannya dalam movie – movie lain.
List Filem Bollywood Bulan Mei 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Movie, Filem, Filem Bollywood, My Favorite, My Opinion, Simple Review, 2018, Padmaavat, Padmaavati, Kisah Raja - raja, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Hindustan, Filem Sanjay Leela Bhansali, Filem Kontroversi Padmaavat, Filem India, Hindustan, Pelakon Filem Padmaavat, Deepika Padukone, Ranveer Singh, Shahid Kapoor, Aditi Rao Hydari, Jim Sarbh, Raza Murad, Anupriya Goenka, Padmaavat Cast,
Padmaavat (2018)

Pelakon: Deepika Padukone, Ranveer Singh, Shahid Kapoor, Aditi Rao Hydari, Jim Sarbh, Raza Murad, Anupriya Goenka dan ramai lagi.
Dari aspek sinematografi, costume dan sebagainya memang nampak indah dan cantik gitu, lakonan para pelakon pun memang best. Tak silap aku Shah Rukh Khan turut ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini, tapi dia menolak mungkin atas sebab bayaran mahu pun sebab lain. Walaubagaimanapun jalan cerita filem ini memang bercanggah dengan fakta sejarah serta melibatkan agama yang membuatkan filem ini menjadi kontroversi. Malah filem Padmaavat ini juga tidak dibenarkan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia disebabkan jalan ceritanya yang memburukkan agama Islam.
List Filem Bollywood Bulan Mei 2018, Bollywood Movie, Hindi Movie, Movie, Filem, Filem Bollywood, My Favorite, My Opinion, Simple Review, 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Seram, Misteri, Mistik, Hindustan, Filem India, Pari Cast, Pelakon Filem Pari : Not A Fairytale, Pari, Anushka Sharma, Parambrata Chatterjee, Rajat Kapoor, Ritabhari Chakraborty,
Pari (2018) / Pari : Not a Fairytale

Pelakon: Anushka Sharma, Parambrata Chatterjee, Rajat Kapoor, Ritabhari Chakraborty dan ramai lagi.
Filem Pari ini bergenre seram namun ada scene – scene dalam filem ini yang aku rasa agak keterlaluan sikit, terutamanya tentang asal usul dan siapa sebenarnya Rukhsana (lakonan Anushka Sharma) tu. Di permulaan cerita memang agak keliru sikit tentang kenapa ada orang yang memburu Rukhsana ini.  Lakonan Anushka Sharma memang terbaik dan menyakinkan cuma aku nak tergelak bila dengar nama watak hero filem ini iaitu “Arnab” hehehe.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

5 ulasan:

  1. banyak jugak tu 4 movie

    jemput join : http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html

    BalasPadam
  2. jom join https://shahirah-lee.blogspot.com/2018/06/sudden-comeback-with-segment.html

    BalasPadam
  3. Salam 26 ramadhan, Maznee singgah blog walking.

    BalasPadam
  4. Pari dengan The House Next Door tu tak tengok lagi. Nak tengok Pari tapi takut hahaha

    BalasPadam
  5. i love bollywood. its really helpful. Thanks for your sharing <3

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017