-->

26 Sep 2018

Sinopsis Drama Vila Ghazara (Akasia TV3)

Vila Ghazara, Drama Vila Ghazara, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu, Kisah Kekeluargaan, Sinopsis Vila Ghazara, Poster Drama Vila Ghazara, Vila Ghazara Cast, Pelakon Drama Vila Ghazara, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Rafasya, Riena Diana, Cik Maggis, Qaralyana, Meor Mohd Afif, Zaryn Min, Sophia Liana, Hamizul Hafeez, Zuraini Kassim, Qazem Nor, Senarai Pelakon, Watak Pelakon, 2018, Konflik Dalam Vila Ghazara, OST Vila Ghazara, Ending Drama Vila Ghazara, 40 Episod,
Sinopsis Drama Vila Ghazara Slot Akasia TV3

Drama Vila Ghazara adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama Cinta Bukan Kristal yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula disiarkan di TV3 bermula 17 September yang lalu dan mempunyai 40 episod. Antara pelakon drama Vila Ghazara ini adalah Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Rafasya, Riena Diana, Cik Maggis, Qaralyana, Meor Mohd Afif, Zaryn Min, Sophia Liana, Hamizul Hafeez, Zuraini Kassim, Qazem Nor dan ramai lagi. Selain itu drama Vila Ghazara ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd. Wah ada ramai pelakon best dalam drama ini, plus ini kali pertama drama slot Akasia mempunyai episod yang panjang iaitu sampai 40 episod gitu. Kalau tengok sinopsis drama ini, ianya berkisarkan tentang sebuah keluarga besar yang tinggal di Vila Ghazara itu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ya..
Vila Ghazara, Drama Vila Ghazara, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu, Kisah Kekeluargaan, Sinopsis Vila Ghazara, Poster Drama Vila Ghazara, Vila Ghazara Cast, Pelakon Drama Vila Ghazara, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Rafasya, Riena Diana, Cik Maggis, Qaralyana, Meor Mohd Afif, Zaryn Min, Sophia Liana, Hamizul Hafeez, Zuraini Kassim, Qazem Nor, Senarai Pelakon, Watak Pelakon, 2018, Konflik Dalam Vila Ghazara, OST Vila Ghazara, Ending Drama Vila Ghazara, 40 Episod,

Vila Ghazara teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka. Kejayaan Dr. Ghaz (Mustapha Kamal) sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Vila Ghazara, Drama Vila Ghazara, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu, Kisah Kekeluargaan, Sinopsis Vila Ghazara, Poster Drama Vila Ghazara, Vila Ghazara Cast, Pelakon Drama Vila Ghazara, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Rafasya, Riena Diana, Cik Maggis, Qaralyana, Meor Mohd Afif, Zaryn Min, Sophia Liana, Hamizul Hafeez, Zuraini Kassim, Qazem Nor, Senarai Pelakon, Watak Pelakon, 2018, Konflik Dalam Vila Ghazara, OST Vila Ghazara, Ending Drama Vila Ghazara, 40 Episod,

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain. Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alia yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. 



Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia. Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Ariana (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Ariana dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Ariana kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham. Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta? 

Lagu Tema / OST Vila Ghazara
➔ Tenung nyanyian Ebba
➔ Hanya Dunia nyanyian Adam Malik
➔ Kalimat Kita nyanyian Parasit
➔ Bila Nanti nyanyian Elica
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

  1. salam singgah. tak sabarnya. selalunya time siaran ni anak2 conquer tengok ceria. kadang tu time maghrib tv ditutup. jadi nya time lunch hour kat tempat keja ja la kak layan tengok kat tonton :D

    BalasPadam
  2. kaella suka tengok cerita bila syukri yahya ada dalam lakonan rasa macam kalau syukri berlakon kompom jadi cerita tu hehe #teamsyukriyahya hihi

    BalasPadam
  3. Saya rasa ini drama paling boring pernah saya tengok. Macam tak ada topik langsung. Sangat-sangat tidak menarik. Tak tau macamana boleh dapat slot Akasia sebab selalunya drama di slot ini menarik. Tak sabar nak tunggu habis dan mula drama baru

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017