-->

14 Okt 2018

Filem Bollywood & Drama Korea Bulan September 2018


Sepanjang bulan September 2018 yang lalu, aku sempat menonton 2 drama Korea dan juga 2 filem hindustan hehehe. 2 Drama Korea tersebut mempunyai genre yang berbeza tapi best, begitu juga dengan filem Bollywood itu. Walaubagaimanapun 2 filem Bollywood tu aku hanya menonton di tv saja, manakala drama Korea tersebut aku tonton secara online saja. So jom tengok tajuk drama dan filem tersebut serta para pelakonnya juga di bawah ini okey.

1) Sketch 
Pelakon: Rain, Lee Sun Bin, Lee Dong Gun, Lee Seung Joo, Jung Jin Young dan ramai lagi
Sketch, 2018, Korean Drama, Drama Korea Sketch, Drama Korea Bulan September 2018, Sinopsis Drama Korea Sketch, Sketch Poster, Sketch Cast, Pelakon Drama Korea Sketch, Rain, Lee Sun Bin, Lee Dong Gun, Lee Seung Joo, Jung Jin Young, Polis, Jenayah, Fantasi, Suspen, Plot Twist,
Tarikan utama drama ini adalah jalan cerita yang unik, suspen dan plot twist yang menarik serta para pelakonnya yang best dan popular gitu. Pendek katanya drama Korea Sketch ini best dan drama ini menepati citarasa aku gitu. Mengisahkan Yoon Shi Hyun yang ada kebolehan luar biasa untuk melihat masa depan 3 hari lebih awal sebelum kejadian sebenar dan kemudian dia akan melukis semua yang dia nampak diatas sebuah buku lukisan. Kemudian dia dan kumpulannya akan meneliti lukisan tersebut dan mereka cuba menghalang sebarang jenayah dari berlaku. Ketika cuba menghalang jenayah dari berlaku, dia bertemu dengan Kang Dong Soo yang merupakan tunang kepada mangsa jenayah tersebut. Nantikan review penuh drama ini..

2) Parting Left / Goodbye to Goodbye
Pelakon: Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Jun, Lee Sung Jae, Jung Hye Young, Jung Woong In dan ramai lagi.
Korean Drama, Goodbye To Goodbye, Parting Left, Drama Korea Goodbye To Goodbye, Drama Korea Bulan September 2018, Poster, Sinopsis Drama Korea Goodbye To Goodbye, Cast, Pelakon Drama Korea Goodbye To Goodbye, Chae Shi Ra, Jo Bo Ah, Jun, Lee Sung Jae, Jung Hye Young, Jung Woong In,
Tarikan utama drama ini adalah jalan ceritanya yang dekat dengan kehidupan realiti masa kini dan memberikan inspirasi dan semangat pada wanita khususnya untuk bangkit kembali. Mengisahkan kehidupan 2 wanita iaitu Seo Young Hee yang melupakan semua bakat dan kerjayanya demi menjadi surirumah dan hidup demi suami dan anaknya. Walaubagaimanapun semuanya musnah bila suaminya ada affair dengan perempuan lain, hal ini diburukkan lagi dengan anak lelakinya juga membenci dirinya disebabkan sikap obsesnya pada anaknya itu. Seo Young Hee kemudian memutuskan untuk mengurung dirinya dan tinggal seorang diri dirumahnya itu, Manakala Jung Hyo pula seorang gadis muda yang cantik yang mempunyai masa depan yang cerah. Namun semuanya berubah bila Jung Hyo mengandung anak luar nikah dan memutuskan untuk melahirkan anak tersebut, walaupun orang sekelilingnya tidak bersetuju dengan keputusannya itu. Jung Hyo kemudian ditakdirkan bertemu dengan Seo Young Hee yang juga merupakan mak pada boyfriendnya itu dan mereka berdua tinggal bersama.

3) Te3n
Pelakon: Amitabh Bachchan, Nawazuddin Siddiqui, Vidya Balan, Sabyasachi Chakrabarty dan ramai lagi. 
Te3n, Hindi Movie Te3n, Bollywood Movie, Filem Bollywood Bulan September 2018, Poster Te3n, TE3N Cast, Remake Korean Movie Montage, Sinopsis Filem Hindustan Te3n, Pelakon Filem TE3N, Amitabh Bachchan, Nawazuddin Siddiqui, Vidya Balan, Sabyasachi Chakrabarty,
Filem Bollywood TE3N ini adalah remake dari filem Korea tahun 2013 yang bertajuk Montage, cuma dalam versi filem Bollywood ini diorang ada tukar sikit - sikit, tapi masih menarik dan best. Serta ada plot twist di penghujung cerita.

4) Bareilly Ki Barfi
Pelakon: Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Seema Pahwa, Swati Semwal dan ramai lagi.
Filem Hindustan, Hindi Movie Bareilly Ki Barfi, Bollywood Movie, Filem Bollywood Bulan September 2018, Awards For Rajkummar Rao, Sinopsis Bareilly Ki Barfi, Poster, Bareilly Ki Barfi Cast, Pelakon Filem Bollywood Bareilly Ki Barfi, Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Seema Pahwa, Swati Semwal,
Aku suka menonton filem - filem lakonan Rajkummar Rao ini sebab semuanya best -best belaka. Walaupun dalam filem ini dia hanya pelakon pembantu, tapi wataknya sangat menyerlah, siap menang banyak anugerah lagi menerusi lakonannya sebagai Pritam Vidrohi dalam filem Bareilly Ki Barfi ini. Tak leh blah tengok watak nerd dan lurus bendulnya itu dalam filem ini, selain itu aku juga suka dengan lakonan Kriti Sanon dalam filem ini berbanding dalam filem Dilwale dulu tu sebab nampak lebih tegas, kasar dan gila - gila. 

P/s - Dah habis menonton drama Korea Lovely Horribly, sekarang dalam proses menghabiskan tontonan drama Korea Familiar Wife, Mr. Sunshine, The Ghost Detective dan kemudian akan sambung dengan Voice 2.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

1 ulasan:

  1. Comel kan Raj dalam Bareilly Ki Barfi! Penat gelak tengok dia. He's my fav actor now :D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017