-->

23 Nov 2018

Sinopsis Drama Terbaik Dariku (TV3)

Terbaik Dariku, Drama Terbaik Dariku, Slot Samarinda, TV3, Poster Drama Terbaik Dariku, Sinopsis Drama Terbaik Dariku, Cast, Pelakon Drama Terbaik Dariku, Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Azri Iskandar, Dilla Ahmad, Adam Corrie, Fadilah Mansor, Ikhlas Jalil, Azar Azmi, Ainina Ahmad, Adrea Abdul, Amirul Faqeem, Aisyah Kamaludin, Sabhi Saddi, Aleza Shadan, Drama 15 Episod, Kisah Rumahtangga, Curang, Watak Dalam Drama Terbaik Dariku, Aisyah, Taufik, Zaharah, Suraya, 2018,
Sinopsis Drama Terbaik Dariku Slot Samarinda TV3

Drama Terbaik Dariku adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 bagi menggantikan Drama Mawar Murni yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Terbaik Dariku ini adalah Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Azri Iskandar, Dilla Ahmad, Adam Corrie, Fadilah Mansor, Ikhlas Jalil, Azar Azmi, Ainina Ahmad, Adrea Abdul, Amirul Faqeem, Aisyah Kamaludin, Sabhi Saddi, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama Terbaik Dariku ini sudah mula disiarkan di TV3 bermula 14 November yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Selain itu drama 15 episod ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd. Memang nampak menarik jalan cerita drama ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.


Terbaik Dariku mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hasan) kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah (Fadilah Mansor) yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah. Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya. Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami. 
Terbaik Dariku, Drama Terbaik Dariku, Slot Samarinda, TV3, Poster Drama Terbaik Dariku, Sinopsis Drama Terbaik Dariku, Cast, Pelakon Drama Terbaik Dariku, Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Azri Iskandar, Dilla Ahmad, Adam Corrie, Fadilah Mansor, Ikhlas Jalil, Azar Azmi, Ainina Ahmad, Adrea Abdul, Amirul Faqeem, Aisyah Kamaludin, Sabhi Saddi, Aleza Shadan, Drama 15 Episod, Kisah Rumahtangga, Curang, Watak Dalam Drama Terbaik Dariku, Aisyah, Taufik, Zaharah, Suraya, 2018,
Malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah. Kehadiran Zaharah (Hanna Aqeela), seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta AisyahSaodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil. Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar? 
Lagu Tema / OST Drama Terbaik Dariku
➔ Tiada Dendam nyanyian Zara Zya
➔ Takdir Yang Terpilih nyanyian Superchild Band 
Jom Baca ini juga ➔ Episod Akhir Drama Mawar Murni
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

7 ulasan:

  1. macam menarik ja cerita ni

    BalasPadam
  2. Terbaikkk xsabar nk tgu episod sterusnye..

    BalasPadam
  3. Taufik seorang lelaki yang tak pandai nak mnghargai. :(

    BalasPadam
  4. Menarik ceritanya tak sabar nak tgu episod seterusnya

    BalasPadam
  5. Sedih ceritanyer... pandai pengarah buat cerita terbaik dariku kiranya Allah tu nak tunjuk kelemahan Taufiq tu.

    BalasPadam
  6. Best jalan cerita ni....nak tgo smpai last episode x sbr tnggu episode seterusnya....

    BalasPadam
  7. Sy ni memang jenis susah nk tgk drama melayu,tp cite ni buat mcm x sbr nk tnggu cite seterusnya....😊

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017