-->

31 Mei 2019

Drama dan Filem Bulan April 2019

Drama dan Filem Bulan April 2019, Senarai Drama dan Movie Bulan April 2019, Movie, Filem, Drama Korea, Korean Movie, Korean Drama, Hindi Movie, Bollywood, English Movie, Total Dhamaal, Manikarnika : The Queen Of Jhansi, Mulk, The Light In Your Eyes, Blackmail, Jalebi, Second Act, Escape Room, Door Lock, Romance Is A Bonus Book,
 Senarai Drama dan Movie Bulan April 2019

Disebabkan kemalasan melanda, aku malas nak letak poster dan cerita lebih detail tentang semua movie dan drama yang telah aku senaraikan dalam gambar di atas tu hihi. Filem Total Dhamaal, Manikarnika : The Queen Of Jhansi, Mulk, Blackmail dan Jalebi adalah filem Hindustan (Bollywood). Manakala drama The Light In Your Eyes dan Romance Is A Bonus Book tu pula adalah drama Korea yang aku dah habis tonton. Filem Door Lock pula adalah filem Korea dan filem Second Act dan Escape Room tu pula adalah English Movie. Filem Bollywood Total Dhamaal adalah filem komedi yang dilakonkan ramai pelakon best seperti Madhuri Dixit, Anil Kapoor, Ajay Devgan, Arshad Warsi dan ramai lagi. Sayangnya jalan ceritanya agak biasa - biasa saja dan tak ada kelakar mana pun. Hindi Movie Manikarnika : The Queen Of Jhansi lakonan Kangana Ranaut pula adalah filem sejarah gitu yang memang best dan berbaloi untuk ditonton. 
Begitu juga dengan hindi movie Mulk, Blackmail dan Jalebi semuanya best untuk ditonton. 
Drama dan Filem Bulan April 2019, Senarai Drama dan Movie Bulan April 2019, Movie, Filem, Hindi Movie, Bollywood, Kangana Ranaut, Manikarnika : The Queen Of Jhansi,
English Movie Escape Room pun seronok untuk ditonton tapi agak scary juga bila bayangkan game yang diorang mainkan tu betul - betul jadi realiti. Filem Second Act ini pula dilakonkan oleh Jennifer Lopez yang jalan ceritanya boleh tahan juga. Manakala Movie Door Lock ni pula adalah filem seram thriller Korea lakonan Gong Hyo Jin yang juga best untuk ditonton. Bayangkan ada orang lain yang tinggal di rumah korang tapi korang langsung tak sedar or perasan pasal tu, seram kan!. Korean Drama The Light In Your Eyes ni hanya mempunyai 12 episod yang kini turut disiarkan di 8TV. Drama Korea ni ada major plot twist tau haahaha jangan terkejut nanti or rasa tertipu hahaha. Manakala drama Korea Romance Is A Bonus Book ini dilakonkan oleh Lee Jong Suk dan Lee Na Young. Drama ni agak light bagi aku tak berat, santai - santai saja and sweet. Bila tengok drama ni dapatlah belajar sikit - sikit mengenai industri penerbitan buku ni tentang cabaran dan masalah yang diorang hadapi, disamping kisah cinta watak - watak utama drama ini.

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea The Last Empress

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

  1. ray selalunya akan tgk kalau based on true story.

    BalasPadam
  2. Banyak jugak dh tgk. ika baru lepas layan her private life & abyss. lepas tu kalau movie pun ada la beberapa hee.

    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-niqab-by-shield-sahran.html

    BalasPadam
  3. Nant bolehlah tgok filem2 ni santai2 hehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017