-->

9 Ogo 2019

Review Drama Korea - Kingdom

Kingdom, Original Netflix Series, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Kingom, Korean Drama Kingdom, Suspen, Sinopsis Drama Korea Kingdom, Ending Korean Drama Kingdom, Cerita Zombi, Cerita Zombi Zaman Joseon, Zombi, Pelakon Drama Korea Zombi, Ju Ji Hoon, Bae Doo Na, Ryoo Seung Ryong, Kim Hye Jun, Kim Sang Ho, Kim Sung Kyu, Heo Jun Ho,bJun Suk Ho, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite, My Feeling, My Opinion, My Review, Korean Drama Review By Miss Banu, Korean Drama 2019, Poster Drama Korea Kingdom,
Korean Drama Review - Kingdom

Today aku nak buat review drama Korea Kingdom pula, It is Netflix's first original Korean series and the series is adapted from the webcomic series The Kingdom of the Gods dan release pada 25 Januari 2019. Drama Korea Kingdom ini hanya mempunyai 6 episod untuk musim pertama dan musim kedua Drama Korea Kingdom akan disiarkan pada tahun 2020. Antara pelakon drama Korea Kingdom ini adalah Ju Ji Hoon, Bae Doo Na, Ryoo Seung Ryong, Kim Hye Jun, Kim Sang Ho, Kim Sung Kyu, Heo Jun Ho, Jun Suk Ho dan ramai lagi. Drama ini berbajet besar okey, satu episod saja dah cecah juta untuk kos pembikinannya. Korean Drama Kingdom ini berkisarkan tentang Zombie, tapi Zombie ini bukan zombie zaman moden okey macam dalam filem Train To Busan tu. Sebaliknya ianya zombie di zaman Joseon gitu, macam mana rupa zombie dan cara diorang menyerang di zaman Joseon tu ek? nak tahu kenalah tengok drama ini nanti ye. Shooting untuk musim kedua drama Kingdom sudah pun bermula pada bulan Februari 2019 yang lalu. Awalnya watak crown prince Lee Chang itu ditawarkan pada Song Joong Ki tapi dia menolak dan akhirnya watak Lee Chang itu menjadi milik pelakon Ju Ji Hoon.
Kingdom, Original Netflix Series, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Kingom, Korean Drama Kingdom, Suspen, Sinopsis Drama Korea Kingdom, Ending Korean Drama Kingdom, Cerita Zombi, Cerita Zombi Zaman Joseon, Zombi, Pelakon Drama Korea Zombi, Ju Ji Hoon, Bae Doo Na, Ryoo Seung Ryong, Kim Hye Jun, Kim Sang Ho, Kim Sung Kyu, Heo Jun Ho,bJun Suk Ho, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite, My Feeling, My Opinion, My Review, Korean Drama Review By Miss Banu, Korean Drama 2019, Poster Drama Korea Kingdom,
Jalan cerita drama Korea Kingdom ini bermula apabila raja jatuh sakit, manakala permaisuri dan ayahnya iaitu Jo Hak Joo (lakonan Ryoo Seung Ryong) yang juga merupakan Chief State Councilor menghalang semua orang dari berjumpa dengan raja, termasuklah anaknya sendiri iaitu putera mahkota Lee Chang / Yi Chang (lakonan Ju Ji Hoon). Lee Chang berasa ada sesuatu yang tidak kena dan pergi ke istana secara senyap - senyap. Dia kemudian ternampak satu lembaga / raksasa yang menakutkan serta berbau busuk. Namun Lee Chang hanya dapat melihat sekilas pandang dan kemudian bersembunyi. Tak lama kemudian Lee Chang dijumpai oleh pengawal dan diarahkan untuk dibawa keluar dari istana. Pengawal peribadi crown prince Lee Chang kemudiannya pergi mencuri jurnal perubatan raja dan mendapati ada nama doktor yang merawat raja tertulis disitu iaitu Lee Seung Hui. Akhirnya Lee Chang dan pengawal peribadinya pergi ke Jiyulheon clinic di Dongnae untuk berjumpa dengan doktor tersebut bagi mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dengan raja. Namun bila mereka sampai ke situ, klinik tersebut sudah musnah dan mayat bergelimpangan di sana - sini. Mereka kemudiannya pergi berjumpa dengan Seo Bi (lakonan Bae Doo Na) yang merupakan pembantu doktor disitu dan juga satu - satunya mangsa yang masih hidup.
Kingdom, Original Netflix Series, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Kingom, Korean Drama Kingdom, Suspen, Sinopsis Drama Korea Kingdom, Ending Korean Drama Kingdom, Cerita Zombi, Cerita Zombi Zaman Joseon, Zombi, Pelakon Drama Korea Zombi, Ju Ji Hoon, Bae Doo Na, Ryoo Seung Ryong, Kim Hye Jun, Kim Sang Ho, Kim Sung Kyu, Heo Jun Ho,bJun Suk Ho, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite, My Feeling, My Opinion, My Review, Korean Drama Review By Miss Banu, Korean Drama 2019, Poster Drama Korea Kingdom,
Seo Bi kemudian mendedahkan yang mayat - mayat tersebut tidak mati dan akan bangun bila malam menjelma untuk membunuh sesiapa saja. Apa yang berlaku seterusnya? Okey itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Kingdom ini. Ada banyak scene - scene suspen dalam drama ini, contohnya seperti scene diorang kena kejar dengan zombi dan sebagainya. Zombi dalam drama Kingdom ini lari laju juga, muka zombi tu pun boleh tahan scary juga.  Walaubagaimanapun masih terselit juga scene - scene lawak dalam drama ini, tapi tak banyaklah, sikit je. Scene - scene kelakar banyak datang dari watak Jo Beom Pal (lakonan Jun Suk Ho) yang merupakan seorang magistrate yang penakut tapi boleh jatuh cinta pada Seo Bi yang telah menyelamatkannya daripada zombi. Sejak tu Jo Beom Pal selalu ikut Seo Bi pergi mana - mana pun. Manakala Seo Bi pula maybe buat - buat tak faham or dia memang tak terfikirkan langsung pasal cinta ni semua. Ending drama Korea Kingdom ini memang tergantung dan bikin suspen sebab penonton tak tahu apa yang akan terjadi sebab jalan cerita Kingdom season 1 tamat masa penonton tengah suspen dan curious nak tahu apa akan jadi, tapi bersambung pula di season 2. Apa pun aku enjoy menonton Korean Drama Kingdom Season 1 ni dan aku bagi 8.5 / 10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca Ini Juga ➔ Review Drama Korea The Light In Your Eyes

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. Hai. Dari hari tu nak tengok citer ni sebab ada ju ji hoon. Tapi sampai sekarang tak tengok lagi hehe 😂

    BalasPadam
  2. Salam. saya dah lama minat blog miss banu. saya pun dah tonton filem kingdom. Memmang terbaik... rasa lama tunggu season 2. Kalau minat movie seram bole datang ke blog saya http:www.adnifatem.com

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017