-->

28 Dis 2019

Review Drama Korea Graceful Family

Graceful Family, Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Graceful Family, K - Drama Graceful Family, Poster Drama Korea Graceful Family, Sinopsis Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Review Graceful Family, OST Graceful Family, Korean Drama Graceful Family Ending, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite Korean Drama 2019, My Opinion, My Feeling, Korean Drama 2019, Im Soo Hyang New Drama, Lee Jang Woo New Drama, Ulasan Drama Korea Graceful Family,
Graceful Family - Korean Drama Review

Drama Korea Graceful Family ini disiarkan di channel MBN bermula 21 Ogos 2019 dan tamat episodnya pada 17 Oktober 2019. Drama ini mempunyai 16 episod dan mendapat rating yang tinggi gitu disebabkan jalan ceritanya yang menarik. Hero dan heroin drama ini adalah Lee Jang Woo dan Im Soo Hyang. Mereka berdua dah pernah bergandingan sekali dalam drama Korea I Do I Do (2012) tapi ketika itu Im Soo Hyang hanya pelakon pembantu dan heroin dalam drama tersebut adalah Kim Sun Ah. Aku tertarik nak tengok drama ini sebab drama ini popular dan mendapat sambutan penonton. Memang best layan drama ni sebab ada banyak plot twist gitu, plus lakonan para pelakon juga mantap okey. Antara pelakon drama Korea Graceful Family ini adalah Im Soo Hyang, Lee Jang Woo, Bae Jong Ok, Jung Won Joong, Moon Hee Kyung, Lee Gyu Han, Kim Jin Woo, Gong Hyun Joo, Jeon Jin Seo, Oh Seung Eun, Jeon Kuk Hwan, Park Chul Min, Kim Yoon Seo, Hyun Woo Sung dan ramai lagi. Lee Jang Woo kelihatan sedikit berisi dalam drama ini berbanding drama - drama terdahulunya. Aku paling suka tengok Lee Jang Woo dalam drama I Do I Do tu sebab dia lebih kurus dan nampak lebih handsome, tapi walaupun sekarang ni dia berisi sikit tapi stil comel dan qiut. Manakala Im Soo Hyang pula memang kelihatan cantik sentiasa dalam drama ini sebab dia melakonkan watak anak orang kaya kan, so baju - baju dia memang cantik - cantik belaka.
Graceful Family, Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Graceful Family, K - Drama Graceful Family, Poster Drama Korea Graceful Family, Sinopsis Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Review Graceful Family, OST Graceful Family, Korean Drama Graceful Family Ending, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite Korean Drama 2019, My Opinion, My Feeling, Korean Drama 2019, Im Soo Hyang New Drama, Lee Jang Woo New Drama,
Selain itu aku suka dengan personaliti dan sikap Mo Seok Hee (lakonan Im Soo Hyang) tu sebab dia jenis giler - giler, tegas, berani, bijak dan elegan okey. Kiranya wataknya tu bukan jenis watak tipikal heroin drama Korea yang lain. Manakala Lee Jang Woo pula memegang watak sebagai Heo Yeon Do yang merupakan seorang lawyer dan wataknya memang baik gitu. Antara watak yang menyerlah dan berjaya mencuri perhatian penonton pastilah watak Mo Wan Soo lakonan Lee Gyu Han yang merupakan abang sulung pada Mo Seok Hee tapi diorang ni berlainan mak. Sikap dan personaliti Mo Wan Soo ni memang unik sebab dia ni kelakar, giler - giler juga, peramah, happy go lucky dan sangat friendly dengan semua orang berbanding adiknya Mo Wan Joon (lakonan Kim Jin Woo) dan ibu bapanya yang pentingkan status dan sombong dengan orang bawahan. Malah Mo Seok Hee juga baik dengan Mo Wan Soo ni berbanding yang lain. Lebih menarik bila penonton akan rasa dekat serta bersimpati dengan watak Mo Wan Soo ni sebab dia kurang kasih sayang kerana maknya pilih kasih dan lebih sayangkan adiknya Mo Wan Joon berbanding dirinya. Watak lain yang turut menyerlah dalam drama ni adalah Han Je Gok (Bae Jong Ok) yang merupakan bekas hakim yang kini berkhidmat dengan Syarikat MC Group milik keluarga Mo Seok Hee.
Graceful Family, Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Graceful Family, K - Drama Graceful Family, Poster Drama Korea Graceful Family, Sinopsis Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Review Graceful Family, OST Graceful Family, Korean Drama Graceful Family Ending, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite Korean Drama 2019, My Opinion, My Feeling, Korean Drama 2019, Im Soo Hyang New Drama, Lee Jang Woo New Drama, Graceful Family Gif,
Drama ini ada juga kisah cinta antara Mo Seok Hee dan Heo Yeon Do tapi kisah cinta diorang sedikit je dan tak begitu menonjol. Tapi kisah cinta diorang memang sweet, plus diorang juga berkongsi musuh yang sama gitu. Plot twist drama ni memang terbaik especially untuk watak Mo Wan Joon, Mo Wan Soo dan Mo Seok Hee. Makin menarik bila ada banyak scene suspen yang melibatkan persaingan antara Mo Seok Hee dan Mo Wan Joon yang ingin merebut kuasa dalam syarikat MC Group. Selain itu seronok juga tengok Mo Seok Hee cuba balas dendam pada mak tirinya tu  dengan membawa masuk perempuan simpanan ayahnya iaitu Choi Na Ri dalam rumah mereka. Memang kecoh jadinya, paling menarik dalam drama ini bila penonton kena berteka - teki siapa pembunuh sebenar mak angkat Mo Seok Hee yang mana suspek berkenaan adalah di kalangan keluarga Mo Seok Hee sendiri. Ikutkan drama Graceful Family ni boleh ada sambungan tau sebab ada persoalan yang tak terjawab antaranya tentang siapa sebenarnya mak kandung Mo Seok Hee tu?. Selain itu aku juga teringin nak tahu apa plan dan rancangan Han Je Gook dan teamnya selepas ini. OST Graceful Family ni juga best, diorang banyak juga guna lagu english dalam drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Korea Graceful Family di bawah ini okey..
Graceful Family, Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Graceful Family, K - Drama Graceful Family, Poster Drama Korea Graceful Family, Sinopsis Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Review Graceful Family, OST Graceful Family, Korean Drama Graceful Family Ending, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite Korean Drama 2019, My Opinion, My Feeling, Korean Drama 2019, Im Soo Hyang New Drama, Lee Jang Woo New Drama,
Mengisahkan tentang Mo Seok Hee yang masih remaja telah dipaksa ke Amerika untuk hidup sendiri selepas kematian ibunya. Mo Seok Hee hidup mewah di sana namun segala aktivitinya akan dipantau oleh The Top Team yang diketuai oleh Han Je Gook. The Top Team atau TOP adalah dibawah MC Group dan Top Team ini akan menguruskan segala hal yang berkaitan keluarga Mo Cheol Hee (bapa Mo Seok Hee) termasuklah segala aktiviti mereka yang tidak bermoral, jenayah dan sebagainya. TOP atau Top team akan melakukan segalanya termasuk jenayah untuk melindungi keluarga Mo Cheol Hee yang merupakan pewaris pada syarikat MC Group itu. Mo Seok Hee juga dihalang untuk pulang ke Korea atas alasan apa pun. Namun setelah mendapat satu panggilan misteri mengenai datuknya iaitu Mo Wang Pyo yang kini tengah sakit dan koma di hospital telah membuatkan Mo Seok Hee nekad untuk pulang ke Korea dengan cara apa pun. Atas kelicikan Mo Seok Hee dia dapat pulang ke Korea tapi berdepan masalah bila berlaku satu kemalangan kecil dan dia perlu ke balai polis. Di situ dia bertemu dengan lawyer Heo Yeon Do dan mereka mula bergaduh akibat salah faham. Pertemuan kedua antara mereka membuatkan Mo Seok Hee kagum dengan Heo Yeon Do dan melantiknya sebagai peguam peribadinya. Manakala Han Je Gook pula mahu mengambil Heo Yeon Do masuk ke dalam TOP kerana merasakan Heo Yeon Do mampu mengawasi dan mengawal Mo Seok Hee.
Graceful Family, Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Graceful Family, K - Drama Graceful Family, Poster Drama Korea Graceful Family, Sinopsis Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Review Graceful Family, OST Graceful Family, Korean Drama Graceful Family Ending, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite Korean Drama 2019, My Opinion, My Feeling, Korean Drama 2019, Im Soo Hyang New Drama, Lee Jang Woo New Drama,
Heo Yeon Do kemudian berterus terang mengenai siapa dirinya yang sebenar pada Mo Seok Hee dan mereka berdua bekerjasama untuk menyiasat kes kematian ibu Mo Seok Hee dan mencari siapa pembunuh sebenar. Mo Seok Hee kemudian bertindak menuntut haknya untuk menjadi CEO MC Group sekaligus dapat menguasai The Top Team. Selepas persaingan sengit, Mo Seok Hee disabotaj dan dia gagal menjadi CEO dan Mo Wan Joon kekal menjadi pewaris pada MC Group. The Top Team kemudian mahukan semua ahli keluarga untuk menyerahkan segala share dan saham mereka dalam syarikat untuk membolehkan Mo Wan Joon menjadi pemegang saham terbesar. Mo Seok Hee mula membuat rancangan untuk menghasut ahli keluarga lain supaya mula curiga dengan agenda jahat The Top Team. Dalam hal yang lain Mo Wan Soo juga teringin untuk menjadi orang penting dalam syarikat kerana merasakan dia ada hak kerana dia anak sulung. Namun disebabkan dia sering memberi masalah pada keluarga dan dianggap sebagai trouble maker. Maka adiknya Mo Wan Joon dipilih untuk menggantikannya. Mo Wan Joon dianggap sebagai calon yang sempurna untuk menjadi pewaris kerana bijaksana dan mampu mengendalikan syarikat. Walaubagaimanapun Mo Wan Joon mempunyai satu rahsia besar yang tidak diketahui oleh keluarganya.
Graceful Family, Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Graceful Family, K - Drama Graceful Family, Poster Drama Korea Graceful Family, Sinopsis Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Review Graceful Family, OST Graceful Family, Korean Drama Graceful Family Ending, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite Korean Drama 2019, My Opinion, My Feeling, Korean Drama 2019, Im Soo Hyang New Drama, Lee Jang Woo New Drama,
Namun setelah rahsia Mo Wan Joon terbongkar, bapanya iaitu Mo Cheol Hee tidak mahu dia menjadi pewaris sebaliknya memilih Mo Wan Soo. Namun ketua The Top Team / TOP iaitu Han Je Gook bertegas tetap mahukan Mo Wan Joon menjadi pewaris dan tidak mahu Mo Wan Soo. Manakala Mo Wan Soo cuba untuk berbaik - baik dengan Han Je Gook namun tidak berjaya. Mo Wan Soo tidak tahu akan sebab kenapa Han Je Gook tidak mahu memilihnya. Tak lama kemudian Mo Seok Hee mengetahui mengenai satu rahsia besar tentang dirinya dan hal tersebut mengubah segalanya. Mo Seok Hee juga makin dekat untuk mengetahui siapa pembunuh sebenar ibunya. Apa yang berlaku seterusnya? Ending drama Korea Graceful Family ini happy ending tapi dalam masa yang sama stil sad ending disebabkan satu watak tu hehehe. Agak geram dengan mak tiri Mo Seok Hee iaitu Ha Yeong Seo (lakonan Moon Hee Kyung) yang pilih kasih tu, dia punya sayang kat Mo Wan Joon tu sebab Mo Wan Joon adalah pewaris syarikat kan, jadi dia buat tak endah je kat Mo Wan Soo. No wonderlah Mo Wan Soo tu jadi troble maker sebab nak kan perhatian dari ibu bapanya tu. Apa pun memang enjoy layan Korean Drama Graceful Family ni, plot twist pun terbaik. Jadi aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini.
Graceful Family, Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Graceful Family, K - Drama Graceful Family, Poster Drama Korea Graceful Family, Sinopsis Drama Korea Graceful Family, Korean Drama Review Graceful Family, OST Graceful Family, Korean Drama Graceful Family Ending, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, My Favorite Korean Drama 2019, My Opinion, My Feeling, Korean Drama 2019, Im Soo Hyang New Drama, Lee Jang Woo New Drama,
Graceful Family Quotes

⟴ A person's choices defines that person's life. It means that to live is to endlessly make choices. And you need to take responsibility for your choices. - (Han Je Gook)
⟴ Just because you fail doesn't mean you didn't try. - (Mo Wan Soo)
⟴ What can I do? This is just who I am. - (Mo Seok Hee)
⟴ The past will appear bad if you look at it with the present perspective. - (Han Je Gook)
⟴ Do you know what the worst curse a God has given to humans is? It's that humans can adjust to any circumstance. The awkwardness will only last a little bit. We will naturally adjust to it - (Mo Seok Hee)

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Drama Cindai Lakonan Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,

5 ulasan:

  1. yes puas hati jugak tengok drama ni. female lead dia karakter yg kuat ^_^

    BalasPadam
  2. nampak menarik tapi sekarang tak ada mood sangat nak tengok drama korea cuma drama hyunbin yg latest tu yg saya excited nak tengok..hehe

    BalasPadam
  3. Mcm menarik tau.... Nnti la pas ramadan ni di tngok ����

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017