Memaparkan catatan dengan label SaJaK NuKiLaNkuu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SaJaK NuKiLaNkuu. Papar semua catatan

2 Ogo 2010

PutUs ASa VS SiNaR haRaPaN..



Masihkah kau terbayangkan saat-saat itu,

Bila masa kita semua bersama-sama,
Menempuh saat suka dan suka disana,
Kenangan manis silih berganti
Menerangi dan menceriakan hidup kita
Alangkah indah kalau saat itu dapat diputarkan semula..


Pertemuan singkat kita disana,
Menerbitkan kemesraan dan kerapatan kita semua,
Walaupun kadang kala hubungan kita semua diuji,
Dengan emosi kita yang pelbagai,
Namun hubungan itu tetap utuh,
Sehingga kita berjaya,
Mencapai apa yang dihajatkan,


Kita berada di pentas,
Menggengam sesuatu,
sebelum gambar2 kenangan manis diambil,
Disini aku sedar,
Selepas ini pastinya hubungan persahabatan kita semua ,
Pasti sudah berbeza,
Kerana haluan masing2 juga berubah,


Setelah setahun berlalu,
Banyak yang berubah,
Ada yang memajukan diri ke peringkat seterusnya,
Ada juga yang statik,
Telah ada satu peluang untuk kita berkumpul semula,
Menjadi pendidik bangsa,
Namun ianya tak seindah yg dibayangkan olehku,


Apabila pintu yg terbuka itu terpaksa aku biarkan,
Dan hanya melihat dari kejauhan,
Mereka-mereka melangkah ke pintu tersebut,
Dengan wajah2 dan perasaan senang..mungkin..,


Perasaan sedih, kecewa dan putus asa muncul dlm diri,
Dan aku akui sehingga kini ianya masih tebal dlm diri,
Cuba ku usir..hanya sebahagian yang pergi,
Sebahagian lagi masih menguasai diri,
Aku salahkan diri aku,
Kerana pada awalnya agak terleka,
Dan tidak memikirkan akibatnya di masa hadapan,


Kini aku dh melihat kesannya pada aku..,
Sedikit putus asa…,
Sedikit kecewa,
Menggambar keseluruhan perasaan dann hidup aku ketika ini,
Namun akan aku cuba mencari sinar an hikmahnya,
Moga apa yg berlaku ada kebaikannya,
Untuk aku..


Percayalah..,
Aku berusaha keras mencari sinar itu,
Untuk kehidupan yang lebih bahagia,
Di dunia dan akhirat..,
Read More »

5 Jun 2010

SeMoGa LeBih BaiK....

Aku Diuji peLbagai dugaan,

Walaupun mungkin x sebesar mahupun sehebat mana,

Ianya mampu meragut jiwa keceriaanku,

Segalanya tak berhasil,

Semuanya huru-hara,

Semuanya makin teruk,

Datang bertimpa-timpa,

Tanpa memberi amaran awal,

Bagaimana agaknya menjadi insan yg tabah

Lemah, jiwa kacau, perit, pedih,

Tiada kata dpt ungkapkan

Bagaimana menghadapi masa depan yg masih samar,

Jika hari ni tidak mampu selesaikannya

Seandainya aku kaca,

Telah lama aku pecah berkecai

Supaya aku x menganyam harapan atau impian

Aku x mampu menjadi seperti mereka

Yg bahagia…

Hidup diselubungi sejuta warna geLap

Sukar mencari cahaya

Kerana telah terlindung dari sesuatu perkara

Adakah harapan hnya tggl impian

Yg mungkin tak terkejar oleh ku

Bila agaknya semua ini berlalu

Aku x kuat menghadapinya

Berilah aku semangat serta kesembuhan

Fizikal dan rohani

Supaya aku sentiasa berada di jalan yg betul

Apa yg aku lihat kini bersimpang siur

Apa agaknya rencana-Nya untukku

Semoga ianya adalah terbaik untukku.

Read More »

3 Mei 2010

Kisah Duka BerTaNdang Lagi


InSaN MuLia itu,
tertaNya-taNya saMpai BiLakah?
samPai BiLakah seMua baKaL BeRubah,
muNgkin Dia tidaK saNggup berKeadaaN beGitu Lagi,
LeLah sudah aKu meLuaHkan pErasaaN beNci & Hiba
terhadaP siKap seSeteNgah MaNusia,
JaDi tidak perLu diUngkit Lagi,
keRaNa kaMu boLeh MencaRiNya,
maHupun mEmBaca cEritaNya..

Ikut Hati Aku maHu saja aku,
deDahkan SegaLaNya teNtang diriNya,
Biar seAnteRo DuNia taHu keBeNaraNnya,
baHawa DiaLah MaNusia itu..
yang ibArat LalanG tidak BerKesuDahan,
LenGkap & sEmpuRna naMun roSak HatiNya..,
berWajah Manis taPi berHati Busuk,
berKata-kaTa soPan dan Lembut, sebenarNya berPeranGAi LiaR,
BijaKsaNa tetaPi beRakaL peNdek..
MaNis di Luar, haNya paHit di daLam..

SaLahku Juga keRana seNang Terpedaya,
keRana aku mengHargai eRti seBuah PersaHabatan,
iNiLah yg ku teriMa..,
daRi kau yg BergeLAr Kawan/ sahaBat..
Kawan2 yg Lain sepeNdapat dgn Ku
ituLah diRiNya denGan siKapNya
BerSaBar adaLah jaLan Yang PaliNg baIk untuK di saat iNi..,

SimPati Yang Aku teRima,
tiDak MembawA Sebarang Makna,
MungKin dia MenafsiRkan aKu ceMburu deNgannya..,
ItU suaTu peNaksiRan yang saLah,
TiaDa SekeLumit raSa CeMburu di Hati iNi
aKu haNya terKiLan deNgan TiNdak-TanduKnya saJa
bukaN Pada KejaYaaNnya..

Dia BerSimPAti padA ku kah?ataU sebeNarnya suKa,
MeLihaT Aku berKeAdaan bEgiNi?..,
MunGkiN saHaja Niatnya BaiK,
Tapi Niat baiK yang Dia MiLiki muNgkin x sebEsar HatinYa
yang busUk itu.

MunGkin aKu kelihaTan keJaM,
kerAna memBuat TuDuhaN sebeGitu,
taPi aPaKan Daya,
Aku ManuSia BiaSa..,
taK LepaS Dari Rasa SaKit Hati,
diPerMainKan seDeMikian ruPa.
JaNji-jAnjiNya haNya jAnji KosoNg
yang tidaK maMpu diKotakaNnya
BiaRLah……..
TuHaN LeBih MenGetaHui…

(setiap sajak nukilan aku sering bernada gundah..dimana keceriannya??mungkin suatu hari nanti..ia berubah menjadi sajak yg riang –ria =))
Read More »

1 Mei 2010

MeRaK iTu BuKaN iDoLa..


MaLam yang sunyi,
HatiKu berKocak lagi
mendengarkan perkhabaran itu
sambil mengenangkan Dia yg semakin
Lupa Diri..

dULu ku diLayaNi..
tetapi kini ku diJadikan BoNeka HiasaN..
HaNya diPerLukan aku
dikaLa Dia kesempitan
tp bila kejaYaan suDah digaPainya
akU disisiHkaN

UmpaMa tiAda teRseLit raSa BersaLah diHatiNya..
Apakah itu dinaMakan seJati?
MaNusia sepertinYa
memaNg tidak mengeNaL erti berteRiMa KasiH..
tak menGeNal apa itU SEjAti..

taPi paSti suAtu HaRi..
KaU akaN MeRasaiNya
paBila diriMu dipeRaLatkaN dan DISisiHkaN..
Tapi keTika itU
TIada GuNa KaU MEnyeSaL..
hANya kaU keNanGan PahIt di KaLa INi.

KehiDupaN yang PeNuh pancaRoba
diHiasi denGan kePaLsuaN,
KeJaYaaN yang kaU MiLiKi
pasTikaN bERLaLu perGi
paBiLa tiBa saTu saat Nanti..

TiaDa guNanya meMbANggakan DiRi,
UmpaMa MeRak yaNg Hanya menGeNal
NiLai dan Erti kesoMboNgaN,
BeBasKaNLah diRiMu dari kesoMboNgaN..
TiaDa eRTinYa keHiduPan,
aPaBiLa MeRak diJdikan IdoLa

mOga suaTu saAt nanTi KaU menGerTI..
baHawa nukiLan ini diTujukan pada kAu yg berkeNaan
maHupun sesIapa
sahAja yg teRasa..
huhuu..

tidak seLaManya KAu diaTas..

amaCAM SAJAK kat atas ni ok x..huhu..sajak tu adalah melambangkan
sedikit sebanyak perasaan aku..namun sajak tu bukanlah
nukilan aku sepenuhnya..aku hnya tmbh2 dan cntikkan ayat2 die..
sajak ni hasil nukilan kawan aku..die cuba menyelami hati aku
pastu try buat sajak ni..hehe..pastu aku baiki sini sana so
jadilah sajak tu..kirenyer ni mcm sajak duet yg pertama di Msia hehe
..

Read More »

23 Apr 2010

PoHon yaNg TeruS BerJuAng

Tika dan Saat ini,
Aku masih mencari serta mengisi peluang2 yg ada,
Mengharapkan ada yg indah menjadi miLikku,
BiarLah orang Lain dgn Gaya dan caRa mereka,
yang bangga dan sombong tiDak bertempat,

WaLaupun aku masih begiNi,
JanGanLah kau meMandang keciL padaku,
Kerana jika Aku ke Depan,
Kau pasti menyesal,
Kerana sesungguhNya Aku juga terBaiK
Seperti orang Lain..

Hanya sedikit peluang sempit yang kunjung tiba,
Usaha masih diteruskan,
Tidak aku berputus asa,
Walaupun orang lain seronok bersuka ria
Walaupun orang lain memandang sinis padaku
Ada ke Aku Kisah hahaha..

Kerana mereka bukan sesiapa bagiku,
Mereka adalah lalang yg tiada berpendirian,
Manakala aku adalah pohon,
Yang cuba bertahan dan terus bertahan,
Kerana matlamatnya tidak ingin rebah ke tanah,
Sebaliknya terus berjasa pada semua,
Walaupun ramai yang tidak menghargainya..

Semua juga berjuang,
Apa yang membezakan kita adalah usaha serta rezeki,
Seandainya ianya bukan rezekiku,
Aku redha..
Kerana semuanya tidak semudah seperti yg disangka,
Banyak halangan menanti,
Kekadang aku merasakan diriku maLang,
Namun Aku tahu Tuhan sekadar menguji,
Setakat mana aku mampu diuji,
Tidak ku tahu..
Aku cuba mengharunginya juga..

AkuLah PoHon itu yang terUs berTaHaN,
Untuk beRjuaNg sePerti KaLian seMua..
Read More »

18 Apr 2010

BeRaT MaTa MemAnDaNg BErat LaGi BaHu MeMiKuL...???



TuHan menguji tiada henti,
Hilang seketika kemudian kembali,
Kecewa memenuhi segenap bahagian,
Mengharap ianya kembali seperti sediakala
Namun ianya makin menjadi beban..
Yang menjadi batasan pada segaLanya…

Cuba ku harung dengan sabar dan TaBah
Namun Aku Akui bukanLah Mudah..
keraNa aKu buKanLah SeTegaR maNa
keraNa akU WaNita Biasa..
PeraSaaN PUtus asa kaDangkala menjeLma
seRing mengugat keTaBahan Hati
untUk menGhaRungi Ujian dan CabaRan Hidup..

BeBaN ini BukaNlah MaSaLah Biasa
Yang BoLeh diaTasi deNgan SekeLip Mata seperTi maSaLah Lain..
BiaRlah ia Menjadi RaHsia..
aKu tidak PerLukan KefahaMan kaMu tentanG
apaKah BeBan itu..
kerAna Biarlah Ia…aku Tetap aKu..

SeAndaiNya saJak ini Bisa MenJaDi ceRmiN Hati,
PastiNya Kamu tahu aKu meNeLan kepAhitan
waLaupun tiDak seheBat Mana..
ianYa cuKup untuK menGhapuSkan siSi cErIA Aku..
SetiAp InsaN diUji denGan caRa yang BerBezaPerSoaLaNnya MaMpukah Kita mengHarunGinya.
Aku tiada JawaPan…
kerAna kaDangKaLa aku Merasakan yang aku tiDak kisaH
aPa puN yang aKan terJaDi..
Apa Yang nak JaDi…jaDiLah…
aPa yang PerLu berLaku aKan berLaku..
Namun kaDangkaLa aku mErasaKaN
Aku tidaK mAmpu
meNanggung Beban ini..

Aku tiDak Mampu menghaLang..
keraNa ini keTeNtuanNya..
BaHagia maSih Jauh daRi geNggaMan
mAsih suKar diGapai..
Aku berSerah..
BiaRlah Tuhan MenentUkan
kerAna DIA tahu Apa yang paling TerBaik UntUkku..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017