-->
Memaparkan catatan dengan label Virus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Virus. Papar semua catatan

31 Jan 2015

Virus Tersingkir Di Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega 2014

Assalammualaikum..
Separuh Akhir MLM2014 menyaksikan Kumpulan Virus tersingkir dan Zero, Sepahtu, Nabil, Shiro dan Bocey mara ke Final Maharaja Lawak Mega 2014. Nampaknya bukan rezeki Virus untuk ke Final musim ini. Rasanya next season better Zizan kekal bersama Jozan jer dan jangan join group lain dah. Jambu pula memang dah serasi berdua, bila bertiga ni nampak macam kurang serasi sikit walaupun semua dah lama kenal sejak Raja Lawak 1 lagi. Apapun All The Best untuk Zizan, Pak Yus dan Tauke. Berbalik pada saingan Separuh Akhir MLM2014 jumaat lalu, tema Props dan Loghat agak susah juga, ternyata untuk tema Loghat hanya Nabil saja yang mampu dapat 5 bintang.

Apapun Nabil cemerlang di minggu Separuh Akhir ini dan melayakkannya untuk ke Final. Zero pecah rekod kerana berjaya menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Final MLM2014 ini, tahniah buat Zero dan semua peserta lain. Tema untuk Final Maharaja Lawak Mega 2014 ni nanti pastinya Muzikal Komedi dan Bebas. Agak2 korang Sape yang bakal menang MLM2014 ni yer???
Read More »

25 Jan 2015

Zero, Nabil, Sepahtu, Shiro, Virus dan Bocey Ke Separuh Akhir MLM2014

Assalammualaikum..
Di minggu ke 11 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan tiada penyingkiran, manakala kump Sepahtu, Virus dan Shiro berada pada kedudukan bottom three. Ini bermaksud semua peserta iaitu Zero, Nabil, Sepahtu, Shiro, Virus, Bocey akan ke peringkat Separuh Akhir MLM2014 iaitu minggu ke-12. Mengimbas semula persembahan peserta di minggu ke-11, ternyata Zero kembali bangkit dan beraksi dengan baik dalam kedua-dua tema iaitu, Silent Komedi dan Karoot Komedia. Hope Zero terus konsisten dan masuk ke final nanti. 

Apapun di minggu Separuh Akhir nanti, pastinya lebih sengit kerana di minggu tersebut pastinya akan ada satu penyingkiran. Sayanglah kalau tersingkir sebab hanya selangkah lagi untuk ke Final kan. Tak dapat nak jangka peserta mana yang bakal tersingkir nanti kerana masing2 ada kelebihan. Apapun kita tunggu dan lihat di minggu ke 12 Maharaja Lawak Mega 2014 nanti..
Read More »

17 Jan 2015

Tema Minggu Ke-10 Maharaja Lawak Mega 2014 : Trend Terkini & Radio

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke-10 dah Maharaja Lawak Mega 2014 ni (MLM2014). Lagi 2 minggu pastu final dah. Zero, Bocey, SYJ, Nabil, Shiro, Sepahtu dan Virus masih kekal dan meneruskan perjuangan untuk minggu ke 10 ini. Di minggu ke 10 ini cabaran menjadi lebih sukar, apabila peserta perlu melakukan 2 tugasan mengikut tema yang diberikan iaitu Trend Terkini dan Radio. Tema Radio bukan lagi asing di kalangan peserta sebab tema ini kerap dijadikan tugasan untuk peserta di MLM musim2 yang lalu. Manakala tema Trend Terkini adalah tema yang baru. Peserta yang masih kekal dalam MLM2014 ini semuanya popular dan hebat-hebat belaka. Jadi sape2 jer boleh berada dalam kedudukan bottom three. Suspen jer kan..Agaknya sape yang bakal tersingkir nanti? sama-sama kita tunggu.
Read More »

9 Jan 2015

Tema Minggu Ke-9 Maharaja Lawak Mega 2014 : Cerita Seram

Assalammualaikum..
Minggu lalu tiada penyingkiran dan menyaksikan kebanyakan peserta memberikan persembahan yang menghiburkan dan menarik. Tema untuk minggu ke-9 ini adalah Cerita Seram, tema ini merupakan tema baru dalam MLM2014 ini. Bagi aku tema ni susah gak sebab para peserta mungkin buat jalan cerita yang sama jer, Apapun ianya terpulang pada kreativiti masing-masing. Kumpulan mana yang akan menyerlah minggu ini? Sama-samalah kita nantikan..Good Luck untuk semua peserta.

-Update!!
Bocey, Shiro, Sepahtu, Virus antara yang cemerlang minggu ini. Kesian juga kat Shuib kerana beraksi solo tanpa Jep namun die berjaya memberi yg terbaik. Zero, Jalor dan SYJ berada di kedudukan bottom three sekaligus menyaksikan kump Jalor tersingkir.
Read More »

18 Dis 2014

Tema Minggu Ke-6 Maharaja Lawak Mega 2014 : Muzikal Komedi

Assalammualaikum..
Minggu ke-5 yang bertemakan bebas menyaksikan beberapa peserta mendapat 5 bintang. Manakala untuk minggu ke-6 bertemakan Muzikal. Minggu yang bertemakan Muzikal Komedi memang sangat dinantikan oleh penonton kerana tema muzikal selalunya memang menghiburkan. Persembahan lawak peserta akan diiringi muzik jadi terpulanglah pada kreativiti para peserta untuk membuat yang terbaik. Di minggu ke-6 ini ada 10 peserta yang masih kekal setelah kumpulan Wala dan Ekzos tersingkir di minggu sebelumnya. Siapakah yang bakal menyerlah untuk minggu ke-6 ini? Agak2 korang ada penyingkiran tak untuk minggu muzikal komedi ini?. Bolehkah Kump Zero yang cemerlang dan konsisten setiap minggu terus menyerlah di minggu ini? sama-sama kita nantikan.
Sepahtu yang dah biasa bertiga terpaksa berdua kini, kesian gak kat diorang sebab Sepahtu lebih confident kalau beraksi secara bertiga berbanding berdua jer. Apapun Good Luck untuk diorang dan semua peserta lain.
Read More »

27 Okt 2014

Punca-Punca Dan Sebab Johan Tidak Sertai MLM2014

Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan yang begitu sinonim dengan program-program ‘reality show’ di saluran Astro Warna kali ini membuat keputusan untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). Mungkin ramai peminat yang kecewa kerana tahun ini tiada lagi gelagat pasangan serasi, Johan dan Zizan Razak atau Jozan dalam menyemarakkan saingan pelawak yang lain di MLM 2014.


Ketika dihubungi Astro AWANI, Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, memberitahu bahawa keputusan tersebut diambil atas faktor kesihatan dan komitmennya kepada kerja dan keluarga.



“Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini,” kata Johan yang baru sahaja dinobatkan Juara Super Spontan 2014.. Johan turut memberitahu pada masa yang sama isterinya, Ozlyn Wati kini sedang menunggu masa melahirkan anak keempat mereka.



“Ozlyn pun sekarang hanya menunggu masa bersalin, jadi sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak menyertai MLM tahun ini kerana mahu berehat selepas Super Spontan dan membantu isteri bersama anak yang baru lahir nanti,” jelas Johan yang telah dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Ozlyn.

Namun Johan menafikan timbul rasa cemburu melihat Zizan bergabung dengan Yus dan Tauke menjadi ‘Virus’ dalam MLM kali ini. “Tak ada istilah cemburu bagi saya,  tidak menyertai MLM kali ini bukan bermakna Jozan berpecah. Kalau ada show yang memerlukan Jozan, saya akan turut serta.

"Walaupun tidak menjadi peserta, saya akan tetap menjadi penonton setia dan menyokong semua rakan-rakan di pentas MLM nanti,” kata Johan.

MLM 2014 akan mula menemui peminat lawak negara November nanti dan masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal. Selain kumpulan Virus, peserta lain yang menyertai MLM 2014 ialah Sepahtu, Shiro, SYJ, Nabil dan ramai lagi.



Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017