-->

16 Sep 2012

TaZKiRaH JuMaat

Assalammualaikum...
Sempena hari Jumaat ni jom kita tukar mood sikit..
aku nak share kata2 kat bawah ni moga ianya sedikit sebanyak memberi pengajaran pada kita semua..


JoM Bersedekah ^_^ sila klik kt bawah ni yer
Read More »

JOZAN BaKaL BeRakSi DaLaM LaWaK Ke DeR 2 Di IstaNa BudaYa

Assalammualaikum...
Okey sape dh tengok Lawak Ke Der?dh ditayangkan pun kat Astro Warna masa hari raya hari tuh..best kan?hehehe so good news to peminat2 JoZaN dan lain2, Lawak Ke Der 2 akan kembali di pentas Istana Budaya pada hujung bulan ini..artis2 yg akan menjayakan Lawak ke Der 2 ini masih sama seperti yg sebelumnya iaitu JoZaN,BoBoi,NaBil,Harith Iskander..Untuk Lawak Ke Der 2 ni semuanya sketsa2 baru..yg bestnyer dikatakan JoZaN Will Perform On All Shows cayalah..untungnya sape2 yg dapat pergi tu hehe..so pada sape yang nak pergi tengok tuh silalah tempah tiket anda awal2 yer..kang habis plak...
Patutlah JOZAN mcm kerap berjumpa kan rupenyer dok berbincang pasal Lawak Ke Der 2 ni rupenyer hehe..okeyla tuh konform best la..x tau la kali ni sketsa diorang cmne..sebelum ni diorang buat Sketsa mengenai Ah Chai ngan Mael Lambong kan..untuk kali ni maybe ada cerita baru or sambungan kisah Ah Chai Mael Lambong ker kan..haha yg pastinya konform kelakar..yg paling best bila diorang sendiri pun nk tergelak tu haha sweet jer tgk diorang dok tahan gelak kan...Walaubagaimanapun kenapa eh aku rasa promosi Lawak Ke Der 2 ni mcm slow jer..berbanding yg sebelum ni..maybe x lama lgi ada la kot promosi nya kat media massa..apa pun Hans Isaac juga dh promosi Lawak Ker Der 2 ni menerusi Twitternyer..

Hans Isaac ni kira org kuat Lawak Ke Der 2 ni laa..under production die yg buat..lau aku  x silap laa..
wahh bestnyer...untung la pada sape2 yg pergi kan..dapat tengok JOZAN live lagi...aku menyokong dari jauh ^_^

Update yg terkini...
rasanya diorang dh buat sidang media Lawak Ke Der 2 ni sebab Zizan ada upload gmbr2 kt twitternyer..

JOZAN BErgabung Meletup..

P/s tolong klik kt bawah ni k..
Jika anda nak 24 JAM PERCUMA setiap hari Panggilan, SMS & Facebook, ini caranya.klik sini k!!
Isi Survey ini dan anda berpeluang menang hadiah yg best2
ikuti perkembangan terkini Perodua disini..
Awal, Scha, Hanis Zalikha and Faizal Ismail... Who will win the race?.
Menarik iklan Hari Malaysia ni... Boleh belajar sejarah sekali! :D.
Read More »

10 KuNCi PeRSaHaBaTaN YaNg BaiK

GamBar Hiasan
 
1-Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap
terbuka baik untuk anda.
2-Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
3-Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4-Hargai Pendapat satu sama lain
5-Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
 
6-Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda beritahulah..
7-Ikhlas dalam Persahabatan tanpa ada niat lain atau mengharapkan balasan dsbnya
8-Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan ~Stress~menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasan mereka pula. Belajar daripada satu sama lain.
9-Jangan mengata dibelakang kawan anda...
10-Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana dengan kata-kata itu manusia akan terpengaruh..


Kredit untuk blog Cecinta
Read More »

13 Sep 2012

ZiZaN BaKaL Sertai SteSeN RaDio ERA.FM


 Assalammualaikum..
banyak plak entry pasal Zizan muahahaaha..nak uat cmne orang popular la katakan artikel ni aku jumpa kat paper jom kita baca sama2..
KUALA LUMPUR - Selepas pelakon filem Ombak Rindu, Aaron Aziz menyertai radio Era FM untuk segmen Doktor Cinta, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak (gambar) pula bakal menghangatkan lagi radio nombor satu negara itu.Perkara itu disahkan oleh Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran kepada Kosmo! semalam, namun perbincangan dengan Zizan masih berjalan dan pihaknya masih mencari slot yang sesuai supaya tidak bertindih dengan waktu kerja pelakon filem Mael Lambong itu."Perancangan untuk ambil Zizan sebagai penyampai jemputan seperti Aaron memang ada tetapi masih dalam perbincangan. Kami belum putuskan dia akan masuk mana-mana slot lagi," ujarnya.
Menurut Nazri, apa yang pasti Zizan tidak akan digandingkan dengan Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz yang ketika ini merupakan salah seorang penyampai Era FM."Zizan tidak akan bergabung dengan Johan sebagai Jozan tetapi akan bersama mana-mana penyampai lain untuk satu slot yang berbeza," ujarnya.Bermula Jumaat ini, Aaron akan ke udara di Era FM setiap minggu bermula pukul 9 malam hingga 11 malam di slot Meletop 40 Era bersama DJ Shac.Pada slot tersebut, Aaron akan menjadi doktor cinta untuk menyelesaikan masalah cinta pendengar radio berkenaan.Johan pula akan ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi bersama dua lagi penyampai lain iaitu Ray dan Haniff.Sementara itu, Zizan ketika ditanya mengenai penyertaannya bersama radio Era menganggap perkara itu sebagai peluang baru bagi mengembangkan kerjayanya.
"Kami masih berbincang dan saya tengah mempertimbangkan tawaran berkenaan, lagi pun saya kena cari waktu yang sesuai supaya tidak bertindih dengan jadual lakonan saya," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya semalam.Tambahnya, dia sebelum ini selalu mendengar keletah rakannya, Johan di radio berkenaan dan beranggapan ia adalah satu perkara yang sukar dilakukan."Kalau saya ke udara nanti, ia mungkin seminggu sekali sahaja seperti Aaron tetapi tidak tahu lagi hendak jadi doktor apa," jelasnya

#Wow JOZAN di Era.fm tapi sayangnya diorang x digandingkan..xpelaa nk uat cmne kan..agaknya kalau JOZAN digandingkan di ERA mahunya berduyun-duyun org call Era semata-mata nk borak dgn diorang jer haha..wahh Zizan selalu dengar JoHaN berceloteh kat Radio ek..so sweet..bagusla la diorang ni saling menyokong antara satu sama lain..

Korang meh klik yer...
This means longer talks on the phone with your darling!-KLiK SiNi
Do you know Astro is giving away 5 iPads everyday? Only two more weeks left before the contest ends!KLIK sini
Nak Buat Duit dengan Mudah?Daftar kat Sini..
Menarik iklan Hari Malaysia ni... Boleh belajar sejarah sekali!jom tengok
Semua orang tak sabar menunggu Trak Biar Betul Hijau... Apa benda tu!?
Undian bermula untuk cupcake 1Malaysia tercantik! UNDILAH!..
Awal, Scha, Hanis Zalikha and Faizal Ismail... Who will win the race?..
Read More »

12 Sep 2012

FenoMeNa ZizaN & TwitteR

Picture kredit to Needa->http://nidahani.blogspot.com
 
 
Assalammualaikum..

tadi macam biasa bukak Twitter pastu aku tengok la bahagian Interactions tetiba ada nama Razizan Razak yg muncul disitu..apakah ia???terkejut seketika..apakah yg terjadi hehe rupa-rupanya Zizan Reply tweet dari Needa n dlm tweet tu ada juga my name haha..thanks to Needa sebab mention my name kt situ..merasa la gak Zizan reply tweet muahahaha..walaupun reply perkataan OK dh cukup buat semua nama2 diatas tuh terhappy seketika haha..ingat senang ke Zizan nk reply sebab die busy sgt tu, sape yg di retweet tu lagi laa kan..pengsan dh apa haha..apa pun thanks to geng2 kat Twitter yg mmg sweet jer..lain kali mention lagi yer haha..

Update!!yg terkini..

Ni plak yg terkini bila sekali lagi nama aku telah dimentionkan di Twitter dan telah diretweet oleh Zizan muahahaa..untung2 terima kasih pada Nur Rashid sebab mention my name..dapat gak merasa diretweet kan..bukan senang tau..kadang2 hantar beribu tweet pun belum tentu akan diretweet or direply..kalau nasib baik dapat laa..semalam kira bertuah sikit..hehehe
okeylaa tuh dari xde kan hehehehe
Read More »

Kad Raya DaLaM BuLaN SyaWaL

 
Assalammualaikum..
ini kira entry penghargaan la kiranya kepada Aima->Diari Aima atas kiriman Kad Raya diatas ni..
tak sangka pula beliau membalas kad raya yang saya hantar tuh..hehe terima kasih yer..jauh datangnya Kad Raya tuh dari Kota Kinabalu tuh..dh lama dh dapat kad raya ni dah beberapa hari lepas..sekarang baru sempat nak buat entry penghargaan..geng2 GSF yg lain dh lama dh buat entry..apa pun tahun ni memang meriah dengan Kad Raya yang dikirimkan oleh member2 Blogger terutamanya dari Geng GSF..hehe terima kasih semua..ingatkan dh masuk bulan Syawal x terima dh kad raya tapi ada juga alhamdulilah hehe..semoga tradisi menghantar Kad Raya ni diteruskan sampai bila2...hehehe...sorry gambar x berapa jelas..
 
Jom Tengok entry2 terdahulu pasal Kad Raya..
Read More »

11 Sep 2012

ZiZaN TetaP BerSaMa JoHaN


Assalammualaikum
hari ni aku nak cite pasal JOZAN haha..disebabkan ramai yg suka baca entry JOZAN kat blog ni so aku teruskan update cerita2 diorang okey..
kali ni aku amik petikan kata2 Zizan mengenai dirinya,Johan dan Juga JOZAN yg bakal beraksi di pertandingan Maharaja Lawak MeGa 2012 bermula 9 November nanti..aku amik kenyataan Zizan dari beberapa surat Khabar..iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia..

TeTaP BeRSaMa JoHaN

#Jejak Jepun Bersama Zizan yang berkonsepkan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di sekitar negara matahari terbit itu bakal bersiaran di Astro Prima pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 12 September ini..Sementara itu,berbicara mengenai filem pula, pada bulan ini dirinya akan sibuk dengan aktiviti promosi untuk Filem Hantu Kapcai yg akan menemui penonton pada 27 September. Selepas itu Zizan akan fokus pula dengan Rancangan Maharaja Lawak Mega 2012, November nanti. Masih kekal menyertai program itu dengan rakan baiknya, JoHaN, mereka berdua memilih untuk tidak bertukar pasangan biarpun ada kumpulan lain yang bertukar anggota..-"Biarlah tidak lawak sekalipun,kami masih tetap tampil bersama" ujar Zizan..(Berita Harian)

#Dalam pada itu,rancangan realiti lawak terkenal, Maharaja Lawak Mega akan menemui penonton bermula 9 November ini dan pastinya kelibat Zizan dan sahabatnya Johan yang dikenali sebagai JOZAN pasti akan menjadi tumpuan utama musim ini. Jelas Zizan, kali pertama mengetahui tentang perkara ini, dia begitu terkejut dan tidak menyangka dia akan terlibat sama dalam program terbaik saluran Astro Warna itu kali ini. Saya akan lakukan yang terbaik kali ini, dan tidak akan menghampakan semua peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini,"jelas Zizan. Sebelum ini, ada desas-desus yang menyatakan dia tidak berpuas hati dengan gabungan antara Kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) dan Nabil, jelas Zizan, perkara tersebut tidak pernah terfikir dalam kotak fikirannya. Saya dah anggap semuanya sebagai adik beradik saya. Saya sebelum ini tidak pernah kata yang saya marah serta tidak berpuas hati dengan gabungan mereka. Pertandingan ini sebenarnya menuntut kebijaksanaan serta strategi masing-masing dan menang kalah adat pertandingan. Walau apa terjadi dalam pertandingan, persahabatan kami tetap akan terjalin insya-Allah." Jelas Zizan.Utusan Malaysia)

Apa yang penting Zizan tetap bersama Johan..x leh bayang lau diorang lain2 kumpulan kan..yg pasti diorang tetap bersama..kan baru lah sehati sejiwa bak kata Zizan xde sape leh pisahkan JOZAN...apa???Kump BOBOI bergabung dengan NABIL?? alamak..gabungan Boboi+Nabil pastinya memberi kekuatan pada mereka..sebab semua orang pun tahu yg Boboi dan Nabil ni memang kreatif so bila bergabung mmg diorang semakin kuat..dalam pertandingan lawak mcm ni aku rasa bertiga adalah lebih baik daripada berdua..bila bertiga lebih senang nak buat orang gelak kan..so pastinya dlm MLM kali ni semua peserta akan memberi saingan sengit..so pada peminat2 JOZAN kena lah rajin vote nanti..sebab saingan JOZAN kali ni mmg hebat2..siap bergabung sume..pastinya Boboi x mahu lagi duduk di tempat kedua..begitu juga Sepah yg akan berusaha mempertahankan kejuaraan serta kump JaMBu akan cuba memberi cabaran sengit..mmg MLM 2012 penuh suspen..so peminat2 JOZAN kena rajin la vote kalau nk tengok JOZAN jadi juara kali ini..
Read More »

8 Sep 2012

Ku PiLiH HatiMu..

 
Assalammualaikum...

Sejak dua menjak ni aku suka plak dengar lagu ni hehehe..first time dengar lagu ni masa tengok drama Kau Yang Terindah yg Neelofa berlakon tuh..dalam drama tuh banyak lagu lagu best yg sedap didengar dan kebanyakannya adalah lagu Indonesia..pas dengar lagu ni aku tertanya-tanya tajuk lagu ni apa?x tau tajuk cmne nak gi download tuh..akhirnya pas cari dan cari jumpa gak..tajuk lagu ni adalah Ku Pilih HatiMu nyanyian Ussy &Andhika Pratama. Lagu ni gak yg jadi lagu tema kat Drama Saiful Nita kat tv3 tuh..makin famous lagu ni sampai jadi lagu tema untuk drama dah..Jom tengok video lagu ni...


LiRik LaGu
Ku Pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintaimu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang..
Kau detak jantung hatiku..
Setiap Nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau Segalanya untukku.

K/O Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti disaat ragaku sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (Ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku oohhh
ulang K/O

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti disaat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati..

P/s - Jom ke SINI , SINI & SINI





Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017