-->

12 Ogo 2014

Super Spontan Musim Ketiga (2014) Kini Kembali

Assalammualaikum..
Mulai 22 Ogos ini, Super Spontan musim ketiga akan kembali menemui penonton di Astro Warna. Masih mengekalkan format asal yang mana terdapat dua kumpulan yang akan berentap setiap minggu iaitu Mawas Berduri dan Biawak Laser. Ray dan Hanif kekal sebagai pengacara Super Spontan manakala pengulas Super Spontan terdiri daripada Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli. Manakala Amir Raja Lwk seperti biasa akan menghangatkan suasana seperti musim2 terdahulu. Reza dan Rashid Salleh akan menjadi pengurus pasukan.
Kumpulan Mawas Berduri akan diuruskan oleh Rashid Salleh dan dianggotai oleh Johan Raja Lawak, Yus Jambu, Rahim R2, Fad Bocey, Didie Alias, Jihan, Syuk Balas. Manakala kump Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dianggotai oleh Shuib Sepahtu, Tauke Jambu, Shahrol Shiro, Michael Ang, Achey Bocey, Sharifah Sakinah dan Abam Bocey. Konform riuh dan meriah SS3 ni nanti dengan gelagat peserta. Agak2 sape bakal juara nanti? Aku harap Johan akan jd juara nanti untuk season ni.
Read More »

11 Ogo 2014

Sembang Teh Tarik Bersama Johan & Zizan

Assalammualaikum..
Sape ada tengok Sembang Teh Tarik episod yang ada Johan dan Zizan tu? Sembang Teh Tarik ni dihoskan oleh Dato Ac Mizal. Walaubagaimanapun episod yg ada Johan dan Zizan tu bukan sekalilah tapi berasingan. Dalam episod tu, diorang akan menceritakan pengalaman hidup diorang sebelum bergelar artis hinggalah sekarang. So sape2 yang nak tahu kisah hidup dan mengenali Johan dan Zizan dengan lebih dekat kenalah tengok episod yang ada diorang tu. Aku kongsi sekali link video Sembang Teh Tarik episod Bersama Johan dan Juga episod Bersama Zizan kat bawah ni. Korang klik jer link kat bawah ni nanti yer.
Read More »

9 Ogo 2014

Kad Raya Di Bulan Syawal

Assalammualaikum..
Beberapa hari lepas dapat Kad Raya lagi. Kad Raya ini telah diposkan masa bulan puasa hari tu, tapi baru jer dapat ni. Apapun terima kasih pada Aizu aizuslife.blogspot.com siap terselit duit raya gitu hehehe. Thank You yer..dah lama x dapat kad raya yang didlmnya terselit duit raya gitu hehe. Terima kasih juga untuk blogger2 lain yg sudi kirimkan kad raya pada den ni hihi..
Read More »

8 Ogo 2014

Hotel King - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Hotel King yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook dan Lee Da Hae. Setelah hampir 9 tahun akhirnya mereka kembali bergandingan semula selepas kali terakhir berlakon bersama dalam drama top My Girl (2005). Memang teruja gitu bila dengar Lee Dong Wook dan Lee Da Hae kembali berlakon sama dalam drama terbaru ni, ala2 My Girl Reunion gitu hehehe. 
Kalau nak tahu drama My Girl merupakan drama pertama yang aku sangat suka tonton dan buatkan aku start tgk drama2 korea yang lain. Apapun drama Hotel King ini mempunyai 32 episod dan telah pun habis ditayangkan di Korea. Sebenarnya aku memang kurang gemar tonton drama korea yang banyak sangat episodnyer tapi disebabkan drama ini ada Lee Dong Wook dan Lee Da Hae, pelakon favourite aku, maka dengan gembiranya aku menonton hehe.
                         
Keserasian watak utama drama ini memang terbaik, nampak real jer walaupun diorang dah lama tak berlakon bersama tapi keserasian diorang memang terbaik. Watak Lee Da Hae yang ceria, giler2 dan senang tersenyum buatkan aku teringat dekat watak die sbg Joo Yoo Rin dlm Drama My Girl dulu, cuma bezanya dlm drama Hotel King ini wataknya lebih nampak elegan gitu serta lebih cantik. Manakala Lee Dong Wook pula wataknya dlm drama ini lebih serius n susah benar nak tengok die tersenyum disebabkan dirinya mempunyai masa silam yang menyakitkan. Pendek katanya drama Hotel King ini adalah drama berat sarat dengan emosi, Ketamakkan, pengkhianatan, balas dendam, penipuan dan kesedihan. Namun terselit juga kisah percintaan dan kelucuan dlm bbrp babak. Manakala Drama My Girl dulu tu bergenre Romantik Komedi.
Latar tempat drama ni kebanyakkannya adalah di Hotel dan kawasan sekitar Hotel. Sepanjang 32 episod drama Hotel King ini, pastinya kita akan berasa kesian dengan watak Cha Jae Wan yg dilakonkan oleh Lee Dong Wook. Dimana walaupun dirinya seorang yang berjaya dlm hidup dan memegang jawatan sbg General Manager dlm Hotel Ciel, dirinya masih dibayangi oleh ayahnya yang sangat jahat iaitu Lee Jun Ku. Masa silam Lee Jun Ku turut memberi kesan pada kehidupan C.J.Wan. Mujurlah ada Ah Mo Ne (Lee Da Hae) yang membuatkan hidupnya gembira semula, namun kematian ayah Ah Mo Ne turut melibatkan dirinya dan L.J.Ku membuatkan semua jdi rumit. Sape sangka Manager Baek yg dianggap sbg musuh ketatnya dan mereka saling membenci adalah ibu kandung Cha Jae Wan. Memang tragis drama ni.
Episod pertama drama ni mungkin sedikit bosan, tapi episod demi episod jalan cerita drama ni akan jadi makin best dan best. Rahsia demi rahsia mula terbongkar. Antara babak yang aku suka masa watak Cha Jae Wan mengaku yang dirinya pun suka Ah Mo Ne sweet jer. Seterusnya babak Cha Jae Wan berjumpa dan mengetahui kebenaran ttg siapa sbenarnya Roman Lee, dimana Roman Lee adalah Juhan, iaitu adik angkatnya yg terpisah masa kecil. Babak masa Manager Baek diberitahu yg Cha Jae Wan adalah anak kandungnya tu memang terbaik. Part masa Manager Baek hilang ingatan dan berperangai macam budak umur 5 tahun tu pun sweet n kelakar sbb comel sgt. Seterusnya part Lee Jung Ku beritahu Cha Jae Wan yg dirinya sayang akan C.J.Wan dan berterima kasih padanya sebelum bunuh diri masa episod 31 mmg sedih scene ni, walaupun Lee Jun Ku sgt jahat tpi still sedih plak tgk scene tu.
Apapun memang layann lah drama ni, lakonan Lee Dong Wook dan Lee Da Hae serta pelakon lain mmg superb. Lagu2 OST drama ni juga best. Kira berbaloi lah tengok drama ni walaupun episodnya agak banyak tapi puas hati. Satu lagi Lee Dong Wook memang sentiasa handsome jer dlm drama ni sbb sentiasa berpenampilan kemas maklumlah kerja kat hotel kan berpangkat General Manager gitu. Lee Da Hae pun sentiasa cantik dlm drama ni sebab die adalah pewaris Hotel Ciel. Selain itu, aku suka tengok scene2 kelakar yang membabitkan L.D.Wook dan Lee Da Hae sweet jer sebab Ah Mo Ne suka mengacau Cha Jae Wan yg serius tu. Pasni rindulah dgn gandingan diorang ni, hope diorang berlakon lagi bersama dalam drama lain pula.
Read More »

5 Ogo 2014

#SupportGAZA #SaveGaza #FreePalestine

Read More »

3 Ogo 2014

You're All Surrounded - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yg bertajuk You're All Surrounded, lakonan Lee Seung Gi, Cha Seung Won, Go Ara, Ahn Jae Hyun dan ramai lagi. Drama ni mempunyai 20 episod kesemuanya. Tarikan utama drama ni semestinya sebab para pelakonnya yang sememangnya popular dan dikenali ramai, disamping jalan cerita yang menarik dan mendebarkan. Tak sangka dapat tengok Cha Seung Won dan Lee Seung Gi dalam satu drama yang sama. Sebelum ni Lee Seung Gi pernah buat penampilan khas dlm drama Cha Seng Won iaitu Greatest Love.
Bagi Aku gandingan Lee Seung Gi n Go Ara ni agak kurang keserasian sikit tapi lakonan diorang mmg superb. Dlm drama ni memang susah nak tengok Lee Seung Gi senyum/ketawa sebab wataknya memang seorang yang serius dan perahsia. Apapun suka tengok scene2 kelakar dalam drama ni sbb comel jer hehe. Memang syok tengok cara diorang menyiasat setiap kes jenayah dan ada diantara kes jenayah tu turut membabitkan sejarah silam mereka seperti kes pembunuhan ibu watak Ji Yong/Eun Daegu yg dilakonkan oleh Lee Seung Gi. Apapun mmg enjoy tengok drama ni.
Antara babak yang paling aku suka adalah masa identiti sebenar Eun Daegu terbongkar yang mana dialah Ji Yong iaitu kanak2 yang hilang suatu masa dulu selepas melarikan diri dari pembunuh ibunya dan kemudian menukar identiti kepada Eun Daegu. Seo Pan Seok dan Eo Soo Sun yang paling awal mengecam dan tahu mengenai kisah silam dan identiti Eun Daegu yg sebenarnya. Ni antara babak yg paling best. Satu lagi babak yg paling aku suka masa watak Eun Daegu yg dilakonkan oleh Lee Seung Gi serta watak Seo Pan Seok yg dilakonkan oleh Cha Seung Won bergaduh sakan siap bertumbuk bagai. Pastu bila tengok scene2 kelakar diorang ni sweet jer hehehe.
Secara ringkasnya drama ni mengisahkan tentang 4 Detektif Baru iaitu Eun Dae Gu, Eo Soo Sun, Park Tae Il dan Ji Gook yang merupakan anggota baru dalam unit jenayah yang diketuai oleh Seo Pan Seok di Balai Polis Gangnam. Mereka berempat tidaklah begitu minat sangat nak jadi polis tetapi mempunyai alasan tersendiri untuk jadi polis antaranya sebab gaji tinggi, tiada pilihan lain, ingin membalas dendam dan sebagainya. Awalnya Seo Pan Seok memang tidak yakin dengan kebolehan dan kemampuan 4 detektif baru ini dan sentiasa memarahi mereka. Namun lama kelamaan die sedar akan kebolehan mereka dan mula rapat serta menyayangi mereka seperti anak sendiri. 
Dalam menyiasat kes jenayah, misteri demi misteri mula terbongkar apabila Eun Dae Gu sebenarnya ingin membalas dendam pada Seo Pan Seok. Apa yang bakal terjadi seterusnya?. Aku bagi 4 Bintang dari 5 bintang untuk drama ni..memang layannn drama ni.

Baca jugak yg dibawah ni yer..

#~ Review Drama Lakonan Lee Seung Gi Yang Terdahulu..

#~ Review Drama Lakonan Cha Seung Won Yang Terdahulu..

#~ Review Drama Lakonan Ahn Jae Hyun Yang Terdahulu..

Read More »

2 Ogo 2014

Hari Ini Dan Esok

Read More »

1 Ogo 2014

Nobita & Sizuka

hehehe sweet ;p
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017