-->

22 Dis 2013

Kumpulan Boboi Tersingkir Di Minggu Ke-6 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum
Minggu ke-6 MLM2013 telah pun berlangsung pada jumaat lalu dengan bertemakan Loghat/Dialek. Rata2 peserta memberikan persembahan yang terbaik ini terbukti dgn beberapa peserta yg berjaya mendapatkan 4 bintang dari juri begitu juga dgn 3 bintang. Kump Boboi juga mendapat 4 Bintang dari Nora Danish tapi mereka tetap tersingkir di minggu ke-6 ini. Walaubagaimanapun kump Boboi mmg nampak gembira dengan penyingkiran diorang kerana sejak dari minggu ke-4 lagi, mereka mahu tarik diri kerana ingin memberi peluang kpd pelawak2 lain dan ingin berehat serta meneruskan perjuangan di luar, disamping doktor juga menasihatkan Afdlin utk berehat seketika kerana terlalu byk bekerja. Apapun Good Luck utk Boboi. 
Kump Jambu membuat persembahan pembukaan dan berjaya mendapat 4 bintang dari juri.  Kemudian menyusul pula kump SYJ yang turut mendapat 4 bintang. SYJ mmg cemerlang minggu ini dengan idea kreatif mereka yang sangat best. Kump Wala menggabungkan loghat Sabah dengan Kelantan namun sketsa diorang minggu ini agak sedikit kurang berbanding minggu lepas tapi tetap menghiburkan dgn mendapat 3 bintang. Begitu juga dgn kump Comey, lawak gak tengok Ropie ajar Suhaimi cakap Kedah hihi. Saywho pula menggabungkan loghat Negeri Sembilan, Jawa dan Terengganu. Tapi aku rasa sketsa diorang agak sedikit boring. 
Kump Boboi pula buat sketsa ttg berniaga Pelikat Pants tu, sempat gitu promote barang diorang sambil bertanding sambil berniaga gitu hihi. Bocey pula buat sketsa tentang getah2 ni tpi comel part diorang main tarik upih tu pastu part kerbau tu pon best cuma hujung2 sketsa tu dh jd slow sikit. Nabil pula tampil ringkas tanpa ada sebarang props dan buat stand up comedy. Memang nampak Nabil selesa dengan cara begitu, nampak konfident gitu cuma sketsa yg disampaikannya belum cukup untuk menandingi persembahannya spt di minggu pertama dan kedua MLM 2013 ini.
Kump Sepahtu tampil agak berbeza dgn minggu sblum2 nya. Kali ni nampak effort diorang dengan props yg byk serta cara pemakaian, yang mana Shuib jadi waiter dan Jep n Rahim jd orang Asli yang datang makan di sebuah restoran. Sayangnya sketsa diorang x begitu kelakar, punchline pun kurang dan menyebabkan mereka menjadi satu2 nya kump yang mendapat 2 bintang, sekaligus turut mengakibatkan mereka berada di Bottom Three bersama dengan kump Wala dan Boboi. Para penonton kelihatan terkejut apabila Sepahtu diumumkan berada dlm Bottom Three kerana mereka sering mendapat undian tertinggi.
Kump Shiro adalah kump terakhir yg membuat persembahan dan ternyata persembahan diorang sangat best, kreatif dan konsisten. Ajak jd pelancong yg melancong di Thailand dan Shahrol jadi tukang urut hehe memang kelakar cara Shahrol mengurut Ajak hehe kesian Ajak hihi. Ramai yg cakap bila tengok Shiro ni teringat JOZAN. Apapun prestasi kump Shiro semakin meningkat begitu juga dengan undian mereka. Selain itu ada benda baru yg diperkenalkn dlm minggu ke-6 MLM2013 ini iaitu "Man Of The Match" yang juga berdasarkan undian dari peminat.  Berdasarkan sketsa, gaya dan lakonan yang terbaik dari Shiro, maka Shahrol Shiro telah berjaya memenangi Man Of The Match minggu ini siap dpt piala comel lgi.

Baca entry ini jugak..
#- Kumpulan Zero Tersingkir Di Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2013..

Read More »

21 Dis 2013

Fakta Percintaan

Read More »

20 Dis 2013

Incarnation Of Money- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review pasal drama Korea yang bertajuk Incarnation Of Money. Drama ni dilakonkan oleh Kang Ji Hwan, Hwang Jung Eum, Park Sang Min dan ramai lagi. Drama ni tengah ditayangkan di Channel One Hd sekarang dan mempunyai 24 episod. Drama ni dah ditayangkan di Korea sekitar bulan Febuari hingga April 2013 yang lalu. Aku baru jer tengok drama ni kat tv hehe awalnya ingat tak best, so tengok gitu2 jer la tapi semakin lama drama ni jadi semakin best lak, asyik tertunggu-tunggu apa yang akan jadi dengan watak2 dalam cite ni. Memang tak rugi lak tengok cite ni, menghiburkan gitu, penuh dengan kejutan.
Aku tengok drama ni kat TV dari episod 1-16, episod 17-24 aku tengok kat internet hehehe sebab x boleh tunggu dah kat TV tu sebab lambat sangat. So jalan mudah tengok direct jer kat Internet dari episod 17-24 puas hati hehe.
Aku suka hero n heroin drama ni comel sangat especially masa diorang gaduh2 manja gitu. Peringkat awal watak heroin cite ni agak gemuk maka die terpaksa pakai kostume untuk buat badan die jadi besar tapi tetap comel gitu. Watak hero drama ni juga menarik sebab die akan berubah dari agak nakal menjadi lebih baik setelah die ingatan die kembali. Jalan cerita drama ni berkisarkan pada dunia guaman, Pendakwaraya/Peguambela, korupsi, rasuah, dendam, ketamakkan, politik, cinta, wang dan macam2 lagi. Macam2 strategi yang diorang guna untuk balas dendam tu n buatkan cite ni penuh dengan kejutan.
Pelakon yang membawakan watak jahat dalam cite ni memang berjaya membawa watak dengan baik, nampak real jer jahatnya tu hehe. Apapun Ending cerita ni sememangnya Happy Ending gitu. Hero drama ini iaitu Kang Ji Hwan pernah berlakon drama Lie To Me bersama Yoon Eun Hye. Tapi aku tak minat sangat die dalam drama tu sebab drama tu di pertengahannya dah jadi tak best dah. Aku suka lakonannya die dlm drama Incarnation Of Money ni sebab die akan jadi nakal, jahat, serius, romantik dan kelakar, ada pelbagai karakter gitu. Heroin drama ni pula ada berlakon drama baru yang bertajuk Secret tapi aku tak sempat buat review lagi.
Ada yang tanya kat laman web mana nak tengok drama2 korea ni, actually banyak giler laman web yang ada yang boleh kita layan drama korea ni antaranya Maadu.com.my, Dramacrazy.eu, Dramaholics, Dramafever, Gooddrama dan pelbagai lagi. Search jer kat Google tu mesti berlambak keluar.
Jom tengok Sinopsis drama ni, aku copy paste dari Wikipedia, letih nak menaip Sinopsis sendiri hehehe.

Lee Cha-don grew up in an orphanage and became a prosecutor, one of the most respected professions in Korea. But, as it turns out, it also can be one of the most corrupt professions, with plenty of opportunities to shake down gamblers and pocket some extra cash. With no memories of his past, Cha-don’s fate is inextricably tied with Bok Jae-in, the daughter of a loan shark who funded Cha-don’s upbringing and education and wants to be repaid for the investment. And a senior prosecutor, Ji Se-kwang, who is responsible for the trajectory of Cha-don’s life, pretends to be a righteous prosecutor while hiding the misdeeds of his past.
Ending cite ni sweet giler sebab hero n heroin akan kahwin cuma masa ni watak heroin tu iaitu Bok Jae In dah kembali montel semula sebab terlebih makan masa jaga mak die yang sakit hehe. Tapi sweet lah sebab Lee Cha Don menerima die seadanya gitu. Jom tengok gambar sikit masa ending cite ni hehe.
Comel jer ending die hehehe..

Entry lain yang berkaitan..

Jom baca Review Drama Kang Ji Hwan yang terdahulu..
Read More »

19 Dis 2013

Sahabat Dan Persahabatan

Read More »

18 Dis 2013

Kumpulan Zero Tersingkir Di Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Minggu Ke-5 MLM2013 menyaksikan Kump Zero tersingkir selepas mendapat undian terendah. Penyingkiran Kump Zero juga menyebabkan tiada lagi peserta Hot Seats yang tinggal di MLM2013. Tema untuk minggu ke-5 ini adalah Bebas. Jadi peserta bebas melakukan apa2 Sketsa mengikut kreativiti masing2. Bagi aku untuk minggu ke-5 ni aku paling suka persembahan Wala dan mereka satu-satunya kumpulan yang mendapat 4 bintang. Kump yang lain rata2 nya mendapat 3 bintang jer.
Nabil mengulang Watak penjual burger tu n sedikit bosan sebab kurang lucu. Manakala persembahan Shiro agak lawak juga cuma waktu nak last agak slow sikit. Jambu pula agak santai tpi kelakar part penyakit Karbon Dioksida tu. Bocey pula membuat sketsa berkaitan talkshow Primadona tu yang telah ditukar namanya. Kump Boboi pula membuat sketsa ala2 sindiran pada juri2. Terbaca satu artikel yang Nora Danish tersinggung dengan lawak kump Boboi yang menyindir juri itu. Manakala Afdlin menegaskan yang Juri x patut teringgung atau berkecil hati sebab itu hanya persembahan lawak.

Kump Sepahtu masih meneruskan persembahan lawak mereka secara sangat santai iaitu lepak2 dan borak2. Ramai juga penonton yang memberi komen tidak berpuas hati dengan persembahan Sepahtu. Jep turut terkena tempias kritikan yang dirinya mengutuk ahli kumpulan sendiri. Maybe tu cara Jep bergurau manja dgn geng die. Biasalah pelawak memang suka bergurau kasar hehe. Tapi rasanya Sepahtu tu okey jer dan rapat antara satu sama lain. Persembahan SYJ juga agak lawak especially part diorang kaitkan Nora Danish dan Fasha Sandha tu. Masuk jer AC terus die mention pasal Jejai hehe terus semua org ketawa.
Persembahan Saywho juga agak boring dah tak macam dulu2 maybe ketiadaan Eko agak memberi kesan dari segi idea untuk kump Saywho ni. Saywho buat sketsa pasal hantu2 memang bosan sikit. Manakala persembahan kump Comey agak boleh tahan juga. Bagi aku untuk Minggu ke-5 ni, persembahan semua peserta agak sederhana. Satu, Dua kumpulan jer yang agak menyerlah. Tak sabar tunggu minggu Muzikal Komedi hehe.

Gambar2 diatas cedit to Astro Gempak Dan Facebook Maharajalawak.

Baca Yang ni jugak k..
Read More »

16 Dis 2013

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM 20)

Assalammualaikum..
Sabtu lalu berlangsungnya Anugerah Industri Muzik (AIM20) yang telah dihoskan oleh Dato Aznil Hj Nawawi bersama dengan Nabil Ahmad. Ternyata gandingan Paknil bersama Nabil agak menghiburkan, Sakan Nabil membahan artis yang ada pada malam tu hehe n sempat gitu suruh org undi die di MLM tu hehe. Paknil layankan jer n seronok gak tengok Paknil bahankan Nabil juga. Apapun jom tengok Senarai Pemenang AIM yang Ke-20 ini.

Senarai Pemenang AIM20

1. Album Terbaik-> Luahan Hati Anak Seni~ Hafiz Suip
2. Lagu Terbaik-> Lelaki~ Yuna
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dlm Lagu (lelaki)-> Hafiz Suip~ Bahagiamu Deritaku
4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dlm Lagu (wanita)-> Dayang Nurfaizah~ Seandainya Masih Ada Cinta (Live)
5. Persembahan Vokal Terbaik Di Dlm Lagu (berkumpulan)-> Saujana~ Salam Atasmu
6. Lagu Pop Terbaik-> Lelaki ~ Yuna
7. Persembahan Vokal/Duo Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu-> Anuar Zain & Dayang Nurfaizah~ Sedetik Lebih.
8. Kulit Album Terbaik-> Penglipur Lara~ Hazama
9. Rakaman Album Terbaik-> Luahan Hati Anak Seni~ Hafiz Suip
10. Video Muzik Terbaik-> #1~ Pretty Ugly & Altimet
11. Lagu Pop Etnik Terbaik-> Pahlawan Zafana~ Ihab Ismail
12. Lagu Nasyid Terbaik-> Mawar Berdarah~ Rabbani.
13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik-> In The House~ Goldfish & Blink Feat Altimet & ZE
14. Lagu Hip Hop Terbaik-> Aku Pelat~ Salam Muzik Feat Zion Dread
15. Lagu Rock Terbaik-> Dibawah Gerbang Skaea~ Amy Search
16. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara-> Hilang Naluri~ Once
17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu-> Bila Resah~ Anuar Zain & Dayang Nurfaizah
18. Anugerah Sri Wirama-> Tan Sri Dr Tony Fernandez.
19. Anugerah Kembara-> Shila Amzah
20. Artis Baru Terbaik-> Alex Subryn
Read More »

15 Dis 2013

Dilema Bila Mendownload

Assalammualaikum..
Sesape yang rajin mendownload Movies/Video/Game atau apa2 jer pasti pernah menghadapi masalah Lost Connection ni. Dah lama menunggu tetiba lost connection lak haha pengsannn hihi. Tu belum lagi bila kita mendownload lagi n masalah yang sama berulang dua tiga kali hihi rasa nak hempuk jer laptop tu hehe..tapi tu memang masalah biasa yg sering terjadi pada mereka yg gemar mendownload ni semua.
Read More »

14 Dis 2013

Rozita Che Wan & Zain Saidin Kini Bergelar Suami Isteri.

Assalammualaikum..
Pada Rabu lepas Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah selamat bernikah di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Tengok dari gambar2 ni mmg majlis tersebut gah, cantik dan meriah gitu. Tahniah buat Che Ta dan Zain Saidin, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Wedding Of The Year gitu.. ;)
Gambar2 credit to Beautiful Nara.. 
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017