-->

14 Mac 2015

Sweden Laundry - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Sweden Laundry lakonan Song Ha Yoon, Changjo, Kim lan dan ramai lagi. Drama ini ditayangkan seminggu sekali dan mempunyai 16 episod. Drama ni simple jer xde benda yang complicated pun pasal drama ni sebab ianya sangat simple n unik. Pelakon utama drama ni belum cukup familiar bagi aku, aku hanya kenal pelakon yang pegang watak ibu kepada Kim Bom tu jer hihi. Tarikan utama drama ini semestinya tentang kisah family Kim Bom serta kuasa luar biasa yang dimiliki K.Bom yang membolehkan dirinya mengetahui masalah pelanggannya dengan hanya menyentuh pakaian mereka yang dihantar ke kedai dobinya itu.
Dalam drama ini turut diselitkan dengan kisah cinta juga yang mana Kim Bom menaruh hati pada kawan abangnya, kemudian watak Soo Chul yang Bom anggap sebagai adik turut ada hati pada Bom. Manakala kawan baik Bom iaitu Young Mi pula cintakan abang Bom serta adik perempuan Bom ada hati pula dengan Soo Chul. Walaubagaimanapun hanya kisah cinta Young Mi bersama dengan abang Bom iaitu Eun Chul berakhir dengan perkahwinan. Manakala kisah cinta yang lain tu agak comlicated sikit n samar-samar gitu. Rasanya ramai yang suka tengok kalau Kim Bom tu menerima cinta Yong Soo Chul sebab Soo Chul tu nice guy walaupun die lebih muda sedikit dari Kim Bom tu. Tapi sehingga ke ending drama ni, kisah cinta diorang tak jelas sebab tak pasti adakah K.Bom akan menerima cinta Soo Chul yang sebelum ini sudah ditolaknya. Memang ramai yang tak puas hati dengan ending drama ni mengenai kisah Kim Bom dan Soo Chul.
Walaupun Kim Bom watak utama dalam drama ni, tapi di pertengahan jalan cerita ni, drama ni lebih memfokuskan kisah mengenai Young Mi dan Abang Kim Bom iaitu Kim Eun Chul. Pelik gak kenapa kisah percintaan dan perkahwinan diorang yang menjadi fokus drama ni sedangkan watak K.Bom lebih utama. OST drama ni biase2 jer bagi aku. Apapun sepanjang menonton drama ni, aku sememangnya sangat menyampah dengan cara layanan family Kim Bom pada dirinya. 
Adik Kim Bom sentiasa membulinya manakala abangnya sentiasa memandang rendah padanya manakala ibunya sendiri juga sentiasa memarahinya serta pilih kasih. Ibunya memang pilih kasih betul dan sentiasa memanjakan anak sulung dan anak bongsu manakala Bom ni dah macam anak tiri or anak angkat dah. Kesian betul padanya, namun abangnya nanti akan mula berubah sikap dan menjadi lebih matang di pertengahan cerita.
Part paling sedih dalam drama ni mestilah masa part Kim Bom mengetahui dirinya hanya anak angkat dan patutla layanan ibu die sebegitu rupa. Masa ni memang aku yakin sangat yang memang betul Kim Bom ni hanya anak angkat patutlaa dapat layanan buruk dari ibunya dan adik beradiknya yang lain. Namun kemudian ada twist sikit yang berlaku dalam drama ni, yang mana berlaku sebaliknya iaitu Kim Bom sebenarnya adalah anak kandung, manakala adik beradiknya yg lain adalah anak angkat hahaha. Memang x leh blah betul laa part anak kandung, anak angkat ni. Watak ibunya iaitu Hwang Young Hee yang pilih kasih tu memang x leh blah hihi, die sebelum ni turut memainkan watak yang lebih kurang sama dalam drama Jang Bori Is Here...Cuma bezanya dalam drama ni wataknya sebagai ibu lebih bergaya sikit. 
Satu lagi part yang aku kureng suka masa watak Kim Bom ni berambut kerinting, nampak serabut jer die hehe.Tapi bila die dah luruskan rambut memang cute n comel jer die ni cuma perwatakkan die jer yang agak kasar walaupun muka dah cute. Drama ni nak kata best sangat tu takdelaa tapi bolehlaa kalau nak layannn sebab drama ni ringan dan simple jer n senang nk faham. Cuma ending die jer yang tak berapa memuaskan hati. Apapun aku bagi 2.2 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Jom Layan Sinopsis Drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Korea- Sweden Laundry

Kim Bom sejak kecil sentiasa berasa dirinya tersisih kerana ibunya lebih menyayangi abangnya dan adiknya lebih darinya. Sejak itu K.Bom belajar berdikari sendiri dan melepaskan segala tekanannya dengan mencuci baju. Akhirnya Kim Bom memutuskan untuk membuka kedai dobinya sendiri yang dinamakan Sweden Laundry. K.Bom kemudiannya menyedari dirinya mempunyai kuasa luar biasa dan dikehendaki untuk menyelesaikan segala masalah pelangannya, jika die enggan maka dirinya akan ditimpa malang. Awalnya K.Bom berasa sangat rimas dengan kuasa luar biasanya itu kerana die perlu untuk campurtangan dalam masalah pelangannya namun akhirnya die dapat membiasakan diri. Kehadiran Yong Soo Chul juga banyak membantu K.Bom dalam menyelesaikan segala masalah. 
Kim Bom yang ada hati pada kawan abangnya iaitu Ki Joon sejak remaja lagi, mula patah hati dan kecewa apabila mengetahui yang Ki Joon sudah mempunyai girlfriend. Yong Soo Chul juga kecewa apabila mengetahui K.Bom menyukai lelaki lain namun tetap disisi K.Bom untuk menjaganya. Y.Soo Chul akhirnya memutuskan untuk berterus terang mengenai perasaannya pada K.Bom. Bom yang telah mengetahuinya mula berasa tidak selesa dan awkward. Akhirnya Y.Soo Chul mengetahui yg K.Bom tidak ada hati padanya lalu die mengundurkan diri dari Sweden Laundry namun tetap mengambil berat mengenai K.Bom. Kesempatan ini digunakan oleh adik Bom iaitu Kim Eun Sol untuk cuba memikat Y.Soo Chul walaupun die tahu Soo Chul ada hati pada kakaknya.
Apa yang bakal seterusnya kena la tengok drama ni hehe sebab sinopsis yang aku ceritakan kat atas ni hanya mengenai K.Bom jer, belum masuk kisah abangnya dan lain-lain lagi.
Read More »

13 Mac 2015

Sinopsis Filem Isyarat Cinta Lakonan Adi Putra, Fizo Omar & Liyana Jasmay

Assalammualaikum..
Satu lagi filem baru yang bertajuk Isyarat Cinta akan menemui penonton di pawagam bermula 19 Mac ini. Filem Isyarat Cinta dilakonkan oleh Adi Putra, Fizo Omar, Liyana Jasmay dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis drama ni, memang nampak macam best jer. Apapun Jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Isyarat Cinta
Mengisahkan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) antara pasangan buta dan pekak. Iskandar (Adi Putra) merupakan seorang jejaka yang mengalami cacat pendengaran, manakala pasangannya pula Dhia (Liyana Jasmay) seorang gadis buta.

Hubungan mereka terjalin ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan. Ariel (Fizo Omar) bertindak sebagai orang tengah dalam menghubungkan kedua-dua mereka kerana masalah kecacatan yang mereka alami. Namun, dalam masa yang sama Ariel turut mempunyai perasaan terhadap Dhia yang akhirnya menimbulkan konflik selepas itu.
Adakah cinta Dhia dan Iskandar bakal bersatu? Bagaimana dengan perasaan istimewa Ariel terhadap Dhia? Berjayakah Ariel menambat hati Dhia? Siapakah jejaka pilihan hati Dhia sebagai teman hidup? Saksikan filem Isyarat Cinta di pawagam, 19 Mac ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Read More »

10 Mac 2015

CPUV Nuffnang - MATRADE Brand Awareness

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk bulan Mac tahun 2015 ni iaitu MATRADE Brand AwarenessTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini ada 19 Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

9 Mac 2015

Sinopsis Filem Cicakman 3

Assalammualaikum..
Filem Cicakman 3 bakal menemui penonton pada 12 Mac ini di Pawagam. Filem Cicakman 3 ini dilakonkan oleh Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Bell Ngasri dan ramai lagi. Apa pun Jom layann Sinopsis Cicakman 3 kat bawah ni k..

Sinopsis Cicakman 3

Cicakman telahpun meninggalkan Metrofulus. Peminatnya, Man (Zizan Razak) begitu taksub dengan Cicakman yang mengakibatkan isterinya Linda (Lisa Surihani) untuk memfailkan perceraian diatas tingkah lakunya yang tidak matang. Man tertekan dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang cuba untuk memenangi hati Linda. Kehidupannya berubah apabila dia terjumpa serum kepunyaan Cicakman, yang memberikan beliau kuasa yang luar biasa. Sementara Man belajar untuk mengawal kuasa dan menjadi adiwira Metrofulus untuk seterusnya, beliau menghadapi satu cabaran baru, dengan kemunculan seorang adiwira baru bergelar 'SuperBro' di bandar Metrofulus.
Read More »

7 Mac 2015

Sinopsis Filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh

Assalammualaikum..
Filem terbaru arahan Mamat Khalid kini menjengah di Pawagam. Filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh ini dilakonkan oleh Zizan Razak, Emma Maembong, Saiful Apek, Shy 8 dan ramai lagi. Apa pun jom layann Sinopsis Filem ini kat bawah k..

Sinopsis Filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh

Bermula kisahnya 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan. Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.
Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati. Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.
Pada masa sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi. Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop.
Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang. Apa yang bakal berlaku seterusnya??.
Read More »

6 Mac 2015

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Nampaknya Tv3 dah ada Slot baru iaitu Slot Iris dan drama yang akan ditayangkan menerusi Slot Ini bermula 2 Mac ini, adalah drama Suami Sebelah Rumah. Drama Suami Sebelah Rumah ini dilakonkan oleh Izzue Islam, Ayda Jebat, Nazrief Nazri, Zulin Aziz, Sherry Al-Shadad dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Azman Hj Yahya. Drama Suami Sebelah Rumah ini adalah adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama dan merupakan hasil karya Ana Sofia. Jom layannn Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Suami Sebelah Rumah

Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?
Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat. Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Amar memang pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya. Apa yang akan terjadi seterusnya? kena la tonton drama ni nanti.

Read More »

4 Mac 2015

CPUV Nuffnang - South Australia Tourism


Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk tahun 2015 ni iaitu South Australia TourismTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini ada 12 Cpuv yang still on going.Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

1 Mac 2015

CPUV Nuffnang - Mi Sedaap Krispi Digital



Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk tahun 2015 ni iaitu Mi Sedaap Krispi DigitalTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini ada 12 Cpuv yang still on going.Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017