-->

18 Feb 2018

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar,
Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Drama Mr London Ms Langkawi telah pun mula disiarkan di Astro Warna bermula 14 Februari yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Mr London Ms Langkawi karya novelis Herna Diana. Antara Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi ini adalah Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar dan ramai lagi. Selain itu, drama ini bergenre romantik komedi serta diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd / Alaf 21 Karangkraf. Kalau tak silap aku drama ini dah lama habis shooting tapi baru sekarang disiarkan di TV Malaysia, drama ini terlebih dahulu disiarkan di Singapura. Apa pun memang best layan drama ini, pelakon pun hebat - hebat belaka. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. 
Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar
Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar negara. Aidid mula berkenalan dengan sepupunya Liyana, seorang gadis kampung yang berjiwa besar cintakan tanah air. Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya.
Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar
Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?
Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

➔ Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

17 Feb 2018

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita (Akasia TV3)

Drama Tiada Arah Jodoh Kita, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Novel Tiada Arah Jodoh Kita, Novelis Ezza Mysara, Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita, Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Cinta, Perkahwinan, Poster Drama Tiada Arah Jodoh Kita,
Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita (Akasia TV3)

Drama Tiada Arah Jodoh Kita adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Akasia TV3 bagi menggantikan Drama Kekasih Paksa Rela yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita ini adalah Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin dan ramai lagi. Drama 28 episod ini diadaptasikan daripada Novel Tiada Arah Jodoh Kita karya novelis Ezza Mysara. Manakala pengarah drama ini adalah Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Jalan cerita drama ini agak menarik juga bagi aku, so haruslah tonton nanti kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Drama Tiada Arah Jodoh Kita, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Novel Tiada Arah Jodoh Kita, Novelis Ezza Mysara, Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita, Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Cinta, Perkahwinan, Poster Drama Tiada Arah Jodoh Kita,
Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)

Kisah ketabahan Afia Awliya (lakonan Aprena Manrose) yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir (lakonan Erwin Dawson) yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel (lakonan Hafeez Mikail) yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif (lakonan Shukri Yahaya) yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
Drama Tiada Arah Jodoh Kita, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Novel Tiada Arah Jodoh Kita, Novelis Ezza Mysara, Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita, Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Cinta, Perkahwinan, Poster Drama Tiada Arah Jodoh Kita,
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkahMasih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Lagu Tema / OST Tiada Arah Jodoh Kita
➔ Rahsia Tuhan nyanyian Ippo Hafiz
➔ Kau Takdirku nyanyian Dato Siti Nurhaliza
➔ Cinta Yang Telah Mati nyanyian Neon
➔ Jagakan Dia nyanyian Shiha Zikir
➔ Sedikit Waktu nyanyian Alfie Alwi
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

16 Feb 2018

Novel Tiada Arah Jodoh Kita (Baca Online)

Novel Tiada Arah Jodoh Kita, Drama Tiada Arah Jodoh Kita, Slot Akasia, TV3, Novelis Ezza Mysara, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Tiada Arah Jodoh Kita Bab 1 Hingga Bab 15, Bab 16, Watak, Megat Aathif, Afia Awliya, Megat Wakeel, Fayyad Syakir, Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita, Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Erwin Dawson, Hafeez Mikail, 2018, Cover Novel Tiada Arah Jodoh Kita,
Baca Online Novel Tiada Arah Jodoh Kita (Drama Adaptasi Novel)

Novel Tiada Arah Jodoh Kita karya novelis Ezza Mysara telah diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod dan disiarkan di Slot Akasia, TV3 bermula 13 Februari yang lalu. Hero dan Heroin Drama Tiada Arah Jodoh Kita adalah Shukri Yahaya yang memegang watak sebagai Megat Aathif dan juga Aprena Manrose sebagai Afia Awliya. Selain mereka, Hafeez Mikail dan Erwin Dawson turut berlakon dalam drama ini iaitu sebagai watak Megat Wakeel dan Fayyad Syakir. Dari Sinopsis Novel Tiada Arah Jodoh Kita ini, memang nampak menarik jalan cerita novelnya dan bila dibuat menjadi drama bersiri, maka makin menariklah jadinya kan. Apa pun sambil - sambil menonton versi dramanya di TV, jom Baca Novel Tiada Arah Jodoh Kita secara online dengan cara, klik saja link di bawah ini okey, selamat membaca ye.


Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

15 Feb 2018

Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral (TV2)

Dia Anak General, Drama Adaptasi Novel, Drama Dia Anak General, Novel Dia Anak General, Novelis Hezzy Azra, Sinopsis Dia Anak Jeneral, OST, Pelakon Drama Dia Anak Jeneral, Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fazil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, 2018, RTM, TV2,
Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral TV2 

Drama Bersiri Dia Anak Jeneral telah pun mula disiarkan di TV2 (RTM) bermula 24 Januari yang lalu. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Dia Anak Jeneral karya novelis Hezzy Azra dan drama adaptasi novel ini mempunyai 26 episod. Antara Pelakon Drama Dia Anak General ini adalah Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fazil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed dan ramai lagi. Manakala pengarah drama ini adalah Khalid Nazri dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Dari sinopsis drama ini memang nampak menarik jalan ceritanya, macam ala - ala romantik komedi gitu hehehe. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Dia Anak General, Drama Adaptasi Novel, Drama Dia Anak General, Novel Dia Anak General, Novelis Hezzy Azra, Sinopsis Dia Anak Jeneral, OST, Pelakon Drama Dia Anak Jeneral, Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fazil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, 2018, RTM, TV2,

Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain. Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami. Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerja - kerja pembaikan di rumah Dato Hambali. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya. Masalah yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya. Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali. Beliau kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin. Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas. Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’ terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. 
Dia Anak General, Drama Adaptasi Novel, Drama Dia Anak General, Novel Dia Anak General, Novelis Hezzy Azra, Sinopsis Dia Anak Jeneral, OST, Pelakon Drama Dia Anak Jeneral, Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fazil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, 2018, RTM, TV2,
Nukman terserempak dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula membuka pintu hati pada Nukman. Syirin kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf. Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara. Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Dato Hambali mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu berkahwin dengan Zakhif. Dato Hambali mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja. Dato jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato Hambali mengakui yang beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan? Dapatkah Zakhif menjadi menantu kesayangan Dato Hambali?

Lagu Tema / OST Dia Anak Jeneral
➔ Setia Menunggumu Nyanyian Sabhi Saddi
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

14 Feb 2018

Ending Drama Kekasih Paksa Rela

Ending Drama Kekasih Paksa Rela, Episod Akhir Drama Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan A.Rahman, Dayang Areeda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemila,
Ending Drama Kekasih Paksa Rela

Akhirnya tamat sudah Drama Kekasih Paksa Rela yang bersiaran selama 28 episod di Slot Akasia TV3, drama ini juga meninggalkan impak yang besar pada penonton kerana ramai yang suka menonton drama ini. Walaupun dibarisi dengan ramai pelakon baru, drama ini tetap berjaya mendapat tempat di hati penonton. Aku sendiri pun boleh terlayan drama Kekasih Paksa Rela ini, sebab sebelum ini aku tak begitu layan kecualilah kalau drama tersebut best. Gabungan pelakon baru dan lama seperti Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan A.Rahman, Dayang Areeda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemila membuatkan drama ini makin best. Aku agak terkejut juga dengan ending drama Kekasih Paksa Rela ini bila Rosnaida akhirnya bercerai juga dengan Adham, walaupun Adham tak sanggup nak melepaskannya. Aku ingatkan Rosnaida sanggup bermadu dengan Hanan tu, tapi rupanya tidak, manakala Hanan pula awalnya sanggup nak undur diri demi kebahagiaan Ros dan Adham walaupun dirinya tengah berbadan dua.

Namun bila mak Hanan iaitu Suraya beritahu Adham mengenai perkara sebenar dan Rosnaida pun tahu pasal Hanan yang tengah mengandung tu, maka Rosnaida pun mengambil keputusan untuk undur diri dan bercerai dengan Adham. Jadi walaupun Adham sudah tidak beristeri dua, ending drama ini tetap happy ending gitu, bila Adham hanya milik Hanan Khaira saja hehe.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

13 Feb 2018

Review Manjhi : The Mountain Man - Bollywood Movie

Manjhi : The Mountain Man, 2015, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Filem Hindustan, Manjhi Review, Review By Miss Banu, Bollywood Movie Review, Based On True Story, Filem Berdasarkan Kisah Benar, Dashrath Manjhi, The Man Who Broke A Mountain For Love, Pelakon, Manjhi Cast, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi, Biopic, Biografi, Cinta, India, Poster Filem Manjhi,
Review Bollywood Movie - Manjhi : The Mountain Man (2015)

Hari ini aku nak buat Review Filem Hindustan pula hehehe, actually sebelum ini, aku tak pernah tahu pun pasal kewujudan filem Manjhi ini. Baru beberapa hari lepas, aku ada baca pasal kisah benar mengenai Dashrath Manjhi di Twitter dan baru aku tahu ada movie yang dibuat berdasarkan kisah hidup Dashrath Manjhi ini dengan taglines movie tersebut adalah The Man Who Broke A Mountain For Love. Jadi disebabkan aku memang suka menonton filem yang berdasarkan kisah benar, jadi mestilah aku akan tengok movie ini kan. Filem Manjhi ini diarahkan oleh Ketan Mehta serta release pada 21 Ogos 2015 dan bergenre Drama, Adventure & Biografi. Antara Pelakon Filem Manjhi : The Mountain Man ini adalah Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi dan ramai lagi. Filem ini seboleh mungkin cuba menunjukkan kisah hidup Dashrath Manjhi yang berasal dari kawasan kampung terpencil di India yang struggle untuk mencari duit dan juga makanan. Diorang memang miskin betul, plus ketua kampung pula jahat gila. Walaubagaimanapun memang sweet tengok kisah cinta D.Manjhi ini dengan isterinya Phaguniya, walaupun miskin diorang hidup bahagia.
Manjhi : The Mountain Man, 2015, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Filem Hindustan, Manjhi Review, Review By Miss Banu, Bollywood Movie Review, Based On True Story, Filem Berdasarkan Kisah Benar, Dashrath Manjhi, The Man Who Broke A Mountain For Love, Pelakon, Manjhi Cast, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi, Biopic, Biografi, Cinta, India,
Konflik dalam filem ini bermula selepas isterinya mati dan Dashrath Manjhi menyalahkan gunung besar yang berada di kampungnya itu menjadi penyebab kematian isterinya yang tercinta. Kampung mereka ini memang kawasan paling terpencil, tiada jalan raya, cuma ada gunung besar saja, jadi kalau nak ke bandar memang sangat susah sebab penduduk kampung perlu mendaki gunung tersebut terlebih dahulu untuk ke mana -mana. Malah kalau ada kecemasan seperti sakit dan sebagainya perlu mendaki gunung itu juga. Rata - rata penduduk kampung itu juga memang miskin gila dan kebanyakan mereka adalah hamba pada ketua kampung sebab berasal dari kasta yang paling rendah. Seluruh penduduk kampung tiada motor apatah lagi kereta, hanya ketua kampung saja yang kaya dan mempunyai kenderaan di kampung itu, tapi dia langsung tidak mempedulikan penduduk kampung yang lain, sebaliknya membiarkan saja penduduk kampung itu mati tanpa menolong mereka. Manakala menteri pun hanya akan datang ke kampung tersebut jika tiba musim pilihanraya saja. Apa pun aku suka dengan kepercayaan dan kegigihan Dashrath Manjhi yang luar biasa, dia melakukan sesuatu yang luar biasa walaupun ramai yang memperlekehkan usahanya itu dan menganggapnya sebagai orang gila dan hasil dari usahanya itu juga memang luar biasa serta memberi kebaikan dan manfaat pada orang lain.
Manjhi : The Mountain Man, 2015, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Filem Hindustan, Manjhi Review, Review By Miss Banu, Bollywood Movie Review, Based On True Story, Filem Berdasarkan Kisah Benar, Dashrath Manjhi, The Man Who Broke A Mountain For Love, Pelakon, Manjhi Cast, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi, Biopic, Biografi, Cinta, India,
Isterinya Phaguniya ketika mengandung anak kedua telah terjatuh dari gunung besar berkenaan, ketika mendakinya untuk membawakan makanan pada suaminya yang bekerja. Disebabkan agak lewat menghantar isterinya ke hospital kerana terpaksa mendaki gunung berkenaan terlebih dahulu, isterinya Phaguniya akhirnya mati ketika melahirkan anak perempuan mereka. Akibat marah dan kehilangan isteri tersayang, Dashrath Manjhi telah membakar gunung berkenaan dan mula menganggap gunung berkenaan adalah musuhnya. Dashrath Manjhi di bantu oleh ayahnya untuk menjaga 2 anak - anaknya itu, manakala D.Manjhi akan fokus untuk mengukir dan membuat jalan melalui gunung tersebut seorang diri dengan hanya menggunakan tukul dan pahat saja. Dia tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama dengannya sebab itu dia tekun membuat jalan, memecahkan segala batu - batu untuk membuat jalan seorang diri selama 22 tahun, tanpa mengenal erti penat, lelah dan tidak mudah putus asa, selain bekerja keras siang dan malam. Wow 22 tahun tu, bukan satu jangka masa yang singkat kan, tapi Dashrath Manjhi tetap tekun dan percaya dengan apa yang dilakukannya. Paling sedih ada juga yang nak mengambil kesempatan atas usaha ikhlas yang dilakukannya itu.
Manjhi : The Mountain Man, 2015, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Filem Hindustan, Manjhi Review, Review By Miss Banu, Bollywood Movie Review, Based On True Story, Filem Berdasarkan Kisah Benar, Dashrath Manjhi, The Man Who Broke A Mountain For Love, Pelakon, Manjhi Cast, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi, Biopic, Biografi, Cinta, India,
Ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba menipu Dashrath Manjhi mengenai bantuan kerajaan yang dia dapat untuk membuat jalan berkenaan. Duit tersebut disonglap disebabkan sikap Dashrant yang mudah percaya orang lain kerana dia tidak berpelajaran serta buta huruf. Kemudian bermula pula cabaran baru pada dirinya dan pelbagai halangan lain yang terpaksa ditempuhinya sampai ada ketikanya dia mula putus asa tapi cuba mengumpul semangatnya semula untuk terus berjuang dan tanpa menyangka ada kejutan yang dia terima di penghujung cerita. Aku tak naklah bagi spoiler kan, kalau nak tahu apa cabaran dan kejutan tersebut kenalah tengok filem ini nanti kan. Malah Rating IMDb untuk filem ini juga agak tinggi iaitu 8.1/10 gitu. Secara keseluruhannya bagi yang suka menonton filem biografi dan juga berdasarkan kisah benar haruslah layan movie ini nanti dan aku bagi 7.5 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

12 Feb 2018

Lagu Jampi Menang AJL32

Finalis AJL32, Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32), Senarai Pemenang AJL32, Lagu Best, Nyanyian, Penyanyi, Salma, Altimet, Ara, Khai Bahar, Wani Hasrita, Syamel, Ernie Zakri, Hael Husaini, Hazama, Azmi Caliph Buskers, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Hos AJL32, Alif Satar, Sherry Al - Hadad, TV3, Lagu Jampi Menang Besar,
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32)

Rasanya ramai yang menonton Anugerah Juara Lagu Ke -32 / AJL32 semalam kan?. Tahniah buat Hael Husaini kerana lagu nyanyiannya dan juga lagu ciptaannya menang besar semalam. Rasanya semua finalis AJL32 memberikan persembahan yang terbaik, vokal semua memang mantap - mantap. Apa pun agak kesian juga pada Ara Johari kerana tidak sihat pada hari pertandingan, jadi memang kelihatan jelas suaranya serak dan pecah tapi still maintain menyanyi. Aku juga susah nak ramal siapa yang akan menang Anugerah Vokal Terbaik itu sebab calon pemenang memang ramai hahaha. Aku rasa antara vokal yang paling memukau untuk AJL32 ini adalah Dayang Nurfaizah, Salma, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini dan ramai lagi. Tapi ternyata tuah memihak pada gandingan Syamel dan Ernie Zakri untuk lagu Aku Cinta. Aku juga dengan persembahan Stacy yang membuat persembahan pembukaan AJL32 dengan lagu - lagu popularnya seperti lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Bagi aku persembahan lagu - lagu Pop Yeh Yeh yang disampaikan oleh Dato A Rahman Hassan, Dato Awie, Siti Sarah dan Dato Jeffrydin memang best giler hahaha, memang penonton dekat stadium tu pun layan habis siap bergoyang sekali dan menari hahaha.
Finalis AJL32, Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32), Senarai Pemenang AJL32, Lagu Best, Nyanyian, Penyanyi, Salma, Altimet, Ara, Khai Bahar, Wani Hasrita, Syamel, Ernie Zakri, Hael Husaini, Hazama, Azmi Caliph Buskers, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Hos AJL32, Alif Satar, Sherry Al - Hadad, TV3, Lagu Jampi Menang Besar,
Memang sekali sekala dengar lagu Pop Yeh Yeh ni boleh buat rasa terhibur gitu, idea TV3 nak selitkan lagu Pop Yeh Yeh ini memang terbaik, malah pemilihan penyanyi pun best. Pujian juga buat Hos AJL32 ini iaitu Alif Satar dan Sherry Al -Hadad yang serasi, spontan, best dan lawak. Apa pun jom tengok Senarai Pemenang AJL32 di bawah ini okey. Tahniah buat semua pemenang.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (AJL32)

Juara Anugerah Juara Lagu Ke - 32 #AJL32
- Jampi (Hael Husaini)

Tempat Kedua AJL32
- Sejati (Azmi Caliph Buskers)

Tempat Ketiga AJL32
- Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

Vokal Terbaik AJL32
- Syamel dan Ernie Zakri (Aku Cinta)

Persembahan Terbaik AJL32 Pilihan Penonton
- Altimet (Amboi)

Penyanyi Pilihan Samsung
- Khai Bahar
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Feb 2018

Telemovie Adakah Aku Bersalah - Cerekarama TV3

Telemovie Adakah Aku Bersalah, Telefilem, Cerekarama, TV3, Berdasarkan Kisah Benar, Pelakon Telemovie Adakah Aku Bersalah, Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Wilma Muhammad, Oktovia Manrose, Shah Jazle, 2018, Sinopsis, Poligami,
Telemovie Adakah Aku Bersalah - Cerekarama TV3

Sempat juga aku menonton Telefilem Adakah Aku Bersalah yang disiarkan di Slot Cerekarama pada Sabtu lepas. Dikatakan telemovie ini berdasarkan kisah benar dan Pelakon Telemovie Adakah Aku Bersalah ini adalah Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Wilma Muhammad, Oktovia Manrose, Shah Jazle dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Selain itu, telemovie ini juga disiarkan bersempena DFKL2018. Rasanya ini kali pertama aku melihat Farah Nabilah membawa watak jahat iaitu sebagai isteri kedua dan menganiaya isteri pertama serta anak - anaknya. Memang berkesan lakonan Farah Nabilah itu, sampai berjaya buat aku marah dengan wataknya itu. 

Cuma yang tak leh blah tu, macam manalah isteri pertama tu boleh bersabar sampai macam tu sekali, sampai aku pun stress dengan perangai isteri pertama yang selalu mengalah, lembik dan terima je apa pun. Tak pasal - pasal jadi geram juga dengan isteri pertama yang terlampau baik tu. Ending Telemovie Adakah Aku Bersalah itu agak sad ending juga. Memang jawapan pada tajuk telemovie ini adalah ye, memang watak bapa dan suami dalam drama ini bersalah, disebabkan dia dan juga isteri keduanya itu, seluruh keluarganya musnah. Apa pun drama ini memang ada pengajarannya, tambahan lagi drama ini berdasarkan kisah benar kan. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017