Sinopsis Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan Lakonan Aeril Zafrel & Nad Zainal
Assalammualaikum...
Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan telah pun disiarkan di slot Skrin Di 9 (TV9) pada 22 Mei yang lalu. Telemovie arahan Sabri Yunus ini dilakonkan oleh Nam Ron, Aeril Zafriel, Nad Zainal, Fana Azizan dan ramai lagi. Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan ini diterbitan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nad Zainal nampa cute dan comel dalam telemovie ini sebab gaya rambutnya yang berubah jadi pendek tu hehe. Jalan cerita telemovie ini berkisarkan tentang dadah yang menghancurkan segala impian Syima. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye..
Sinopsis Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan
Mengisahkan Syima yang merupakan seorang anak yang baik, namun hidupnya sengsara kerana bapanya Talib merupakan seorang penagih dadah. Tanpa mengetahui siapa Amir yang sebenarnya, Syima berkahwin dengannya. Syima merasakan Amir seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Talib kemudiannya mengetahui yang menantunya itu merupakan seorang pengedar dadah. Amir menyuruh Talib untuk membantunya mengedar dadah dan Talib agak keberatan kerana dia hanya seorang penagih dan bukannya pengedar. Namun akhirnya Talib mengikut saja arahan Amir itu. Kawan Syima yang kecewa melihat Syima berkahwin memberitahunya yang Amir bukanlah seorang lelaki yang baik kerana dia merasakan Amir itu pengedar dadah. Namun Syima langsung tidak mempercayainya. Setelah Syima pulang ke rumah, Syima mengetahui kebenarannya, apabila suaminya Amir juga terlibat dengan dadah. Syima mengamuk dan memutuskan untuk keluar dari rumah itu, ketika tengah mengemas bajunya, dia terjumpa dadah dibawah katil lalu bertindak membuang semua dadah itu ke dalam sungai. Selepas itu Syima ke balai polis dan melaporkan kegiatan ayahnya dan suaminya itu.
Amir mula marah apabila dadahnya yang disimpan di rumah itu hilang dan akhirnya bergaduh besar dengan Talib. Ketika Amir ingin membunuh Talib itu, polis datang tepat pada masanya. Syima kemudiannya menziarahi kubur ibunya dan berjanji untuk setia menunggu ayah dan suaminya pulang di suatu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.