Resepi Biskut Raya - Semperit Susu
Assalammualaikum..
Sempena bulan puasa ini, mesti ramai yang tengah cari - cari resepi untuk buat kuih raya / biskut raya untuk dijual mahu pun untuk dimakan sendiri hehehe. Biskut Semperit ini antara biskut raya kegemaran aku, sedap betul, masih terbayang - bayang lagi rasa sedapnya itu hehe. Biskut semperit ini setakat 2 balang je memang tak cukup, harus berbalang - balang hahaha. Walaubagaimanapun Resepi Semperit Susu yang aku kongsikan dalam entry ini bukanlah resepi dari aku ye. Sebaliknya aku ambil resepi ini dari facebook. Credit untuk owner resepi ini beserta gambar resepinya sekali ye. Aku ambil resepi ini dari FB Jom Belajar Buat Biskut. Kebiasaannya, kuih raya ini semua aku beli saja, jarang buat sebab aku tak beli oven lagi, Nanti kalau ada ada oven bolehlah aku try resepi Semperit Susu ini nanti kan. Untuk bahan - bahan dan cara nak membuat Biskut Semperit Susu ini, bolehlah lihat di bawah ye. Selamat Mencuba.
Resepi Biskut Raya - Semperit Susu
Bahan - Bahan & Cara - Cara nak membuat Semperit Susu
3 cawan Butercup
1 cawan Susu Pekat Manis
(Satukan semua bahan ni dan kacau sebati guna senduk)
Masukkan 2 sdb Tepung Beras
Kacau lagi..
Masukkan 4sdb Tepung Kastard
Masukkan pula 4 1/ 4 cawan Tepung Jagung dan uli sebati.
Adunan mestilah agak lembut, kalau masih keras, tambah butter. .
Terap dan biarkan 20 minit dan bakar..
Suhu 160 selama 20 minit
Api atas dan bawah..
*Adunan saya buat ini dapat dalam 200pcs
Kalau nak buat sikit boleh bahagikan 2
ni biskut plg rare bg akak... sedap n x jemu dr dl sampai skang...
BalasPadambetul tu, sentiasa sedap dan popular dari dulu smpai sekarang...
PadamBiskut paling sedap.. Tambah kalau masuk mulut cair terus lagi best..
BalasPadamkannnn, setiap kali raya, wajib ada biskut semperit susu ni..
Padammacam senang ni sbb guna sukatan cawan..hehe
BalasPadam