-->

15 Mei 2017

Fattah Amin Menang Bintang Paling Popular ABPBH3.0

Fattah Amin & Janna Nick Di ABPBH30, Pelakon TV Lelaki & Wanita Popular,
Fattah Amin Menang Bintang Paling Popular ABPBH3.0

Assalammualaikum..
Nampaknya populariti Fattah Amin tidak dapat disangkal lagi apabila merangkul beberapa anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 ( #ABPBH30 ). Fattah Amin turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular edisi kali ini sekaligus menewaskan saingan terdekatnya Neelofa yang menang Bintang Paling Popular edisi tahun lalu. Selain itu Fattah Amin juga turut menang Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi Drama Bersama Neelofa dan juga Artis Sensasi (kategori Online). Tak lama lagi drama terbaru Fattah Amin dan Fazura akan disiarkan di Astro dan mampukah drama Hero Seorang Cinderella akan mengulangi kejayaan Suri Hati Mr Pilot?. Sama - sama kita tunggu ye. Berbalik pada ABPBH 3.0 kali ini untuk persembahan nyanyian para penyanyi tu semua aku tiada masalah. Dari segi hos pula, ramai penonton yang tidak puas hati dengan Ogy Ahmad Daud jadi pengacara bersama dengan Zulin dan Faizal Ismail. Apa pun dah rezeki masing - masing kan. Tahniah buat Fattah Amin dan semua pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 ini.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017