-->

17 Mei 2017

The King - Korean Movie Review

Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Review Movie Korea - The King

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Filem Korea pula yang bertajuk The King, Filem ini masih baru lagi, sebab ianya release pada 18 Januari 2017 yang lalu. Filem ini bergenre Jenayah dan Drama serta dilakonkan oleh ramai pelakon terkenal dan popular Korea seperti Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon dan ramai lagi. Selain dibarisi oleh ramai pelakon hebat, jalan cerita filem The King ini juga menarik dan sukar nak jangka endingnya. Memang berbaloi menonton movie ini, dulu aku selalu keliru antara Joo In Sung dan Jung Woo Sung ni, nama mereka berdua dahlah dekat - dekat, lepas itu, ketinggian dan wajah mereka adalah sikit - sikit persamaan tu hehehe sampai aku konfius nak bezakan, tapi sekarang aku dah tak keliru lagi sebab aku dah boleh beza nama dan senarai movie / drama yang diorang lakonkan. Bila mereka berdua digandingkan dalam movie yang sama memang makin menariklah jalan cerita filem ini. Filem The King ini berkisarkan tentang dunia peguam, pendakwaraya, kuasa politik, dunia jenayah, salah guna kuasa dan pengkhianatan. Gandingan 4 pelakon utama iaitu Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo dan Ryoo Joon Yeol sememangnya berjaya menghidupkan jalan cerita filem ini. Aku suka tengok hubungan persahabatan antara Park Tae Soo lakonan Jo In Sung dan Choi Do Il lakonan Ryoo Joon Yeol yang saling membantu dan setia antara satu sama lain.
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Paling sedih mestilah tentang Choi Do Il yang tetap setia dalam persahabatan mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawanya sendiri, Park Tae Soo memang nampak terkesan dengan ketiadaan dan pengorbanan Choi Do Il padanya dan akhirnya membawa perubahan pada dirinya secara drastik. Jung Woo Sung dan Bae Sung Woo membawakan watak jahat / negatif dalam filem The King ini. Part paling geram sekali bila diorang mengkhianati Park Tae Soo macam tu je, sedangkan sebelum ini diorang bertiga sangat rapat dan sering enjoy dan bekerja bersama - sama. Aku juga suka semangat Park Tae Soo untuk berjaya dan mencapai cita - citanya walaupun dirinya berasal dari keluarga miskin dan mempunyai pelbagai masalah sosial, namun siapa sangka remaja nakal tersebut mampu menjadi seorang peguam. Aku suka dengan sikap Park Tae Soo diawal cerita yang nampak berani untuk tegakkan kebenaran walaubagaimanapun sikap dan personalitinya mula berubah bila dia berjumpa dan bergaul dengan Han Kang Sik yang merupakan seorang pendakwaraya hebat dan orang kanan Han Kang Sik iaitu Yang Dong Chul. Park Tae Soo terpaksa melupakan prinsipnya dan juga segala kebenaran ketika bekerja dengan Han Kang Sik yang mementingkan duit dan kuasa tanpa mempedulikan apa yang betul dan apa yang salah.
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Aku memang suka jalan cerita filem ini walaupun ianya berlatarbelakangkan tahun 1980 an dan juga tahun 1990 an dan seterusnya, memang tak rugi menonton filem ini dan ada banyak pengajaran dalam movie The King ini. Ending Filem ini juga memang tak dapat dijangka dan happy ending juga bila semua yang jahat akhirnya mendapat pembalasan, manakala Park Tae Soo pula berjaya bangkit semula dan memulakan hidup baru, malah ending filem The King juga suspen dan open ending, di mana endingnya agak tergantung, kerana menyuruh penonton untuk memikirkan sendiri ending yang mereka suka mengenai Park Tae Soo itu. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini ini dibawah ye.
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Sinopsis The King ( Korean Movie)

Mengisahkan Park Tae Soo yang berjaya menjadi seorang pendakwaraya, namun dirinya kurang berpuas hati dengan gajinya yang kurang lumayan. Dirinya kemudian berkahwin dengan anak orang kaya yang bernama Lim Sang Hee, selepas berkahwin hidupnya mula berubah menjadi senang. Suatu hari Park Tae Soo mendapat tugasan untuk menyiasat satu kes rogol pelajar sekolah dan sekaligus mendakwa perogol tersebut yang bernama Song Baek Ho. Park Tae Soo bertegas untuk menghukum perogol itu walaupun S.Baek Ho mempunyai kuasa dan duit. Disebabkan kes ini, Park Tae Soo telah berpeluang untuk berjumpa dan bekerja dengan idolanya iaitu Han Kang Sik tapi dengan satu syarat, dimana syaratnya adalah dia perlu menarik diri dari kes berkenaan. Walaupun agak keberatan pada awalnya, Park Tae Soo akhirnya bersetuju dan mula bekerja dengan Han Kang Sik dan Yang Dong Chul. Ketika bekerja dengan Han Kang Sik, dia mula memperoleh banyak duit dan juga kuasa, segala kes yang mereka wakili akan berjaya. Park Tae Soo mula hanyut dengan dunianya lalu dirinya juga mula curang dengan isterinya sekaligus menjadi punca penceraiannya dengan isterinya. Kawan Park Tae Soo iaitu Choi Doo Il akan menjalankan kerja - kerja haram untuk kawannya itu serta untuk Han Kang Sik. Walaubagaimanapun Han Kang Sik menasihati Park Tae Soo agar tidak terlalu rapat dengan Choi Doo Il kerana Choi Doo Il hanyalah seorang ketua samseng.
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Hidup Park Tae Soo mula tidak tentu arah apabila Han Kang Sik dan Yang Dong Chul mengkhianatinya dan memberi amaran agar dirinya tidak lagi membabitkan diri dalam dunia pendakwaraya. Tidak cukup dengan itu, Han Kang Sik juga merancang untuk membunuh Park Tae Soo. Hal ini diketahui oleh Choi Doo Il dan dia cuba menyelamatkan Park Tae Soo dengan melanggar kereta yang dinaiki Park Tae Soo dan Han Kang Sik itu. Kemudian Choi Doo Il pula dibunuh oleh ketua kongsi gelap yang bersubahat dengan Han Kang Sik itu. Hal ini kemudiannya didedahkan oleh pembantu Choi Doo Il kepada Park Tae Soo. Akhirnya Park Tae Soo memutuskan untuk membalas dendam pada Han Kang Sik dan juga orang kanannya itu. Park Tae Soo bekerjasama dengan seorang lagi pendakwaraya yang bernama Ahn Hee Yeon yang sudah lama memburu Han Kang Sik. Park Tae Soo kemudiannya cuba berbaik - baik dengan bekas isterinya itu dan cuba meminta bantuan mertuanya untuk membantunya memasuki bidang politik. Park Tae Soo juga cuba mendedahkan kegiatan jahat Han Kang Sik dan konco - konconya itu, malah Park Tae Soo juga membuat keputusan drastik untuk bertanding dalam pilihanraya. Segala hal yang dilakukan Park Tae Soo memberi kesan pada Han Kang Sik dan orang kanannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya.? Aku memang enjoy menonton Korean Movie The King ini dan aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk filem ini.
My Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. Menarik.. menarik.. nak try tengok..

    BalasPadam
  2. Jemput join giveaway RM200 shopping credit dari SGshop :)
    AyueIdrisXSGshopMalaysia Giveaway

    BalasPadam
  3. Jemput join giveaway RM200 shopping credit dari SGshop :)
    AyueIdrisXSGshopMalaysia Giveaway

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum dan hi! Nisha tag awak ya untuk join satu segmen. Jemput join tauu ^_-

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/05/segmen-bloglist-jun-september-2017.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017