Sinopsis Telemovie Nota Silam Lakonan Aeril Zafril & Nadiya Nisaa
Assalammulaikum..
Telemovie Nota Silam telah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 27 Mei yang lalu. Telemovie arahan Nik Amir Mustapha ini dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Nadiya Nissa, Syakila Khoriri, Mustaqim Mohamed, Zaidi Omar, Kathy Azean, Redza Minhat, Ahmad Iswazir Ismail dan ramai lagi. Telemovie Nota Silam ini diterbitkan oleh Lumatic Films. Aku suka jalan cerita telefilem Nota Silam ini kerana ianya unik dan menunjukkan kisah cinta dua zaman iaitu zaman dulu dan zaman sekarang. Selain itu, scene flashback dalam telemovie ini juga best dan kelakar, especially part Munirah berangan - angan tu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..
Sinopsis Telemovie Nota Silam (Astro)
Mengisahkan tentang Munirah yang menjumpai sebuah nota cinta / surat cinta di dalam sebuah buku yang diperolehi secara rambang dari "Blind Date With a Book". Munirah mula berasa teruja dan memutuskan ingin menyiasat dan menemukan pasangan di dalam nota tersebut. Munirah akhirnya berjumpa dengan Azrul yang merupakan anak kepada Azhan yang mana Azhan ini adalah lelaki yang dimaksudkan di dalam nota cinta tersebut. Munirah cuba memujuk Azrul untuk membantunya dalam misi menemukan ayah Azrul dengan kekasih lamanya yang bernama Suraya. Awalnya Azrul berasa pelik dan sedikit rimas dengan perangai Munirah yang sangat berminat dengan kisah cinta ayahnya itu. Namun dia akhirnya setuju dan turut berasa ingin tahu tentang kisah cinta ayahnya dengan Suraya itu. Azrul dan Munirah mula mencari dan mengumpul semua surat - surat cinta antara Azhan dan Suraya itu dan cuba mengetahui apa sebenarnya yang berlaku antara Azhan dan Suraya itu. Tidak banyak maklumat yang mereka dapat berdasarkan nota - nota cinta itu lalu memaksa Azrul untuk bertanya sendiri pasal Suraya pada ayahnya. Ayah Azrul ada menceritakan sedikit tentang Suraya pada Azrul dan akhirnya Azrul dan Munirah mengetahui yang Suraya ada membuka warung di tepi jalan dan mereka selalu berkunjung ke situ dan turut membawa ayah Azrul bersama mereka.
Walaubagaimanapun penerimaan Suraya tidak seperti yang mereka jangkakan, Suraya kelihatan tidak begitu suka dengan niat Azrul dan Munirah untuk menyatukannya dengan Azhan kembali. Dia selesa hidup sendirian, kemudian Azhan dan Suraya menasihati Munirah dan Azrul agar melupakan semuanya kerana mereka bahagia dengan kehidupan masing - masing. Selepas itu, Azrul mula putus asa untuk menyatukan ayahnya dan Suraya dan memutuskan untuk move on. Berbeza pula dengan Munirah, kerana dia masih dengan misinya untuk menyatukan Azhan dan Suraya. Berlaku pergaduhan kecil antara Azrul dan Munirah kerana hal ini dan akhirnya Munirah pengsan. Azrul akhirnya mengetahui yang Munirah sebenarnya sakit dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Munirah mempunyai satu hajat, iaitu untuk menyatukan semua kisah cinta. Azrul akhirnya menyedari yang dirinya jatuh cinta pada Munirah dan meluahkan isi hatinya itu, namun Munirah menolak dan mula menjauhkan diri dari Azrul, Ayah Azrul mencadangkan pada Azrul supaya menulis surat cinta pada Munirah. Manakala Azhan juga mula menulis surat pada Suraya seperti waktu dulu - dulu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.