-->

19 Mei 2017

Review Filem Bollywood - Kaabil (2017)

Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Filem terbaru Hrithik Roshan yang bertajuk Kaabil yang release pada 27 Januari 2017 yang lalu. Kaabil bermaksud "Capable" dan filem Kaabil ini dilakonkan oleh Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Sanjay Gupta dan diterbitkan oleh Rakesh Roshan (FilmKraft Productions). Dalam filem Kaabil ini, Hritihik Roshan akan membawakan watak Rohan, bila dengar nama Rohan ni, terus aku teringat watak Rohan yang dilakonkan Hrithik Roshan dalam filem Kabhi Khushi Kabhi Ghum hehehe. Kalau dalam filem K3G, Hrithik membawakan watak Rohan Raichand tapi dalam filem Kaabil ini, dia membawakan watak Rohan Bhatnagar yang buta namun sangat berdikari dan bahagia dengan hidupnya. Heroin filem Kaabil ini adalah Yami Gautam, kalau korang tengok iklan Fair And Lovely kat TV, mesti ada muka Yami Gautam ini sebab dia model dan dutanya, cuma sekarang ini aku tak pasti sama ada dia masih jadi duta atau tidak untuk Fair and Lovely ini. Yami Gautam ini memegang watak sebagai Supriya Sharma / Su yang juga buta. Kiranya kedua - dua watak utama dalam movie ini adalah buta ye. 
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Watak jahat dalam filem Kaabil ini memang ramai okey, termasuklah polis, kesian betul pada watak Rohan dan Su ini yang kena aniaya dan menderita manakala pihak polis dalam filem ini pula jahat dan tidak menjalankan tugas mereka, sebaliknya makan rasuah dan bersubahat pula dengan penjahat. Hal ini seterusnya membuat Rohan bertindak sendiri untuk mencari keadilan dan membalas dendam dengan caranya sendiri untuk isterinya yang tercinta. Kelebihan Rohan yang dapat meniru suara orang membuatkan dirinya bekerja sebagai Voice Over Artist dan kelebihan ini digunakan sebaik mungkin dalam usahanya untuk membalas dendam. Aku paling suka scene ketika Rohan datang ke balai polis dan memberi satu cabaran pada Inspektor Chaubey dan pembantunya, dialog Rohan ketika ini memang best sampai polis pun terdiam, ini dialognya "You will know who did it, but will be able to do nothing about it, just like you do nothing about Supriya's rape". Di awal cerita filem ini memang happy dan sweet je sebab menunjukkan tentang kisah percintaan antara Supriya dan Rohan, walaubagaimanapun kisah cinta mereka berdua akan bertukar menjadi tragis dan sedih. Memang suspen filem ini terutamanya scene ketika Rohan mula menjalankan misi membalas dendamnya. Walaupun buta, dia masih mampu melaksanakan dendamnya dan membuat perancangannya dengan teliti.
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Ada ketikanya rancanganya tidak begitu menjadi dan hampir - hampir memakan dirinya sendiri, namun nasib menyebelahinya, apabila dia berjaya membalas dendam. Lagu tema / OST Filem Kaabil ini boleh tahan, tapi aku tidak begitu minat manakala ending filem ini memang happy ending bila semua yang jahat mendapat pembalasannya. Memang berbaloi menonton filem ini, tambah - tambah ada Hrithik Roshan pula memang harus tontonlah kan. Dekat bawah ini aku sertakan sekali sinopsis filem ini, selamat membaca ye hehe.
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Sinopsis Filem Kaabil (Bollywood Movie)

Atas desakan kawan dan orang - orang disekelilingnya Rohan bertemu dengan Supriya, mereka berdua awalnya tidak mahu berkahwin kerana selesa hidup berdikari sendiri. Rohan dan Supriya akhirnya menjadi kawan baik saja, namun begitu, semakin lama mereka kenal, semakin mereka jatuh cinta antara satu sama lain, lalu memutuskan untuk berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah, walaupun kedua - dua mereka buta, namun mereka hidup bahagia. Kebahagian Rohan dan Supriya mula dicemburui oleh Amit dan Wasim kerana Supriya merupakan seorang wanita yang cantik. Pada suatu hari ketika Rohan keluar pergi bekerja, Amit dan Wasim telah datang dan merogol Supriya. Rohan dan Supriya kemudiannya membuat laporan polis dan Supriya kemudiannya disuruh untuk membuat pemeriksaan perubatan. Ketika dalam perjalanan ke klinik, Rohan dan Supriya telah diculik dan dikurung selama 36 jam kemudian dilepaskan di dalam air di tepi pantai. Selepas itu, Rohan dan Supriya terus ke klinik dan balai Polis untuk membuat pemeriksaan dan laporan namun polis disitu memarahi mereka kerana lewat dan menghalau mereka berdua dari situ. Rohan sangat marah dan tidak dapat menerima kenyataan namun Supriya pula kelihatan lebih tenang.
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Suatu hari selepas Rohan pulang dari kerja, dia mendapati Supriya telah mati kerana membunuh diri, Rohan berasa bersalah atas kematian isterinya itu. Tak lama lepas itu, abang Amit iaitu Madhavrao Shellar yang juga merupakan seorang ketua parti politik yang kaya raya datang melawat Rohan dirumahnya, seterusnya mengugut Rohan supaya tidak mengambil apa2 tindakan pada adiknya itu. Sebelum pulang, Madhavrao sempat bertanyakan pada Rohan tentang sebab Supriya membunuh diri selepas dirogol kali keduanya bukan pada kali pertama. Selepas itu baru Rohan sedar yang Supriya membunuh diri kerana telah dirogol oleh Amit dan Wasim buat kali keduanya selepas membaca surat Supriya itu. Supriya tahu jika dia tidak membunuh diri, perkara yang sama akan terus berulang dan seterusnya mengambil keputusan drastik. Rohan yang berasa amat marah memutuskan untuk membalas dendam. Dia berjaya menimbulkan salah faham antara bapa Wasim dan Amit yang akhirnya menyebabkan Amit menikam bapa Wasim tanpa sengaja. Hal ini secara tidak langsung telah membuatkan bapa Wasim bermusuh dengan abang Amit. Kemudian dengan meniru suara Amit, Rohan dapat membuat Wasim datang ke suatu tempat lalu membunuh Wasim dan membuat kejadian itu seolah - olah dilakukan oleh Amit. Inspektor Chaubey seperti dapat mengagak ini semua dilakukan oleh Rohan tapi tidak tahu bagaimana Rohan melakukannya kerana Rohan buta.
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Kemudian Rohan cuba mengumpan Amit untuk datang ke suatu tempat lalu cuba mencederakan Amit namun rancangannya kurang berjaya kerana Amit berjaya melawannya. Walaubagaimanapun disebabkan satu hal, Rohan berjaya mencederakan Amit lalu membuatkan abang Amit yang berasa bersalah atas kematian Amit. Inspektor Chaubey datang ke rumah Rohan lalu mengetahui akan kelebihan Rohan yang boleh menyamar dengan meniru suara orang lain, lalu memberi amaran pada Rohan. Selepas itu Rohan dan seluruh kawasan perumahannya dikawal ketat oleh polis bagi menghalang Rohan dari melakukan sesuatu pada abang Amit pula. Walaubagaimanapun dengan bantuan kawan Rohan iaitu Zafar, Rohan berjaya keluar dari rumahnya tanpa dilihat oleh polis. Kemudian Rohan berjumpa dengan abang Amit iaitu Madhavrao Shellar di tapak pembinaan rumah Rohan yang baru dan berlaku aksi pergaduhan dan tembak - menembak antara mereka disitu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, dapatkah polis mencari bukti pembunuhan yang dilakukan oleh Rohan itu?. Kalau nak tahu kenalah tengok Movie Kaabil ini nanti ye. Aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk filem Bollywood Kaabil ini.  
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. Lama tak tgk filem Hindustan. Sesekali layan memang best.

    BalasPadam
  2. dh lama tak tgk cerita hindustan... liez pun minat hitrik roshan selain salman khan

    BalasPadam
  3. Same macam Ana.. Lama giler tak layan filem Hindustan.. Pelakon baru memang tak kenal dah skang.. Hritik kenal la.. Hehe..

    Eraz Fadli - http://www.erazfadli.com/2017/05/iftar-ramadan-nuansa-aspirasi-ramadan.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017