-->

9 Okt 2009

JOM BeLajAR GEnDER-(BIAS GENDER)

Bias gender atau pandangan dan sikap yang lebih mengutamakan salah satu jantina, sering kita lihat berlaku daripada berpuluh tahun dahulu. Hal-hal yang menyebabkan bias gender adalah dari kepercayaan masyarakat, budaya, peranan yang dimainkan dan faktor-faktor lain. Keadaan ini semakin hari semakin berkurangan dimana kebangkitan golongan wanita untuk menuntut keadilan mereka semakin bertambah. Berikut adalah beberapa contoh-contoh dimana daripada keadaan bias gender telah menuju ke arah keadilan gender.

(a) Satu masa dahulu, keadaan bias gender berlaku di sekolah-sekolah di mana pelajar perempuan diberi kurikulum tambahan yang bersifat kewanitaan contohnya seperti ekonomi rumahtangga, menjahit atau memasak dan lelaki pula diberi kurikulum seperti bertukang atau silat. Perubahan sekarang lebih mengarah kepada keadilan gender apabila pelajar perempuan dibenarkan memilih kurikulum seperti silat atau bertukang. Manakala lelaki sudah perlu sama-sama belajar tentang ekonomi rumahtangga.
(b) Keadaan bias gender juga digambarkan pada buku matapelajaran di mana buku ilustrasi seorang yang menyapu atau mencuci pastinya seorang wanita, gambaran di pejabat pastinya seorang ayah. Perubahan sedikit sebanyak telah berlaku dimana jika gambar memasak atau menyapu seorang lelaki dan gambar seorang wanita yang berada di pejabat sudah tidak lagi menghairankan.


(c) Bias gender juga berlaku di rumah tanpa kita sedari dimana seorang ibu selalunya akan memberi tugas seperti memasak, mengemas, menyapu, atau membasuh kepada anak perempuan, manakala seorang ayah mengajar anak lelakinya berkebun, bertukang, menjala ikan dan sebagainya. Keadaan sekarang adalah lebih adil dimana ramai pasangan ibubapa telah sedar tentang keadilan gender dan menjadikan tindakan mereka menerapkan keadilan gender. Seorang ayah mula membenarkan anak perempuannya menyertai teakuando, atau belajar memancing. Seorang ibu pula mula memberi tugas menyapu halaman rumah atau membasuh pinggan kepda anak lelaki mereka.

(d) Pada dunia bias gender dahulu, masyarakat menyanjung tinggi wanita yang dapat menjalankan kerja-kerja rumahtangga dengan sepenuhnya dan memandang rendah jika lelaki atau suami yang membuat kerja-kerja rumahtangga tersebut dan begitu juga sebaliknya, masyarakat akan melihat kononnya wanita yang bekerjaya, keluarganya akan kucar-kacir. Pada waktu sekarang, keadilan gender tidak dapat mengubah mentaliti masyarakat sepenuhnya, tetapi keadaan semakin bertambah baik di mana wanita yang bekerjaya semakin di terima umum, tetapi fenomena lelaki yang membantu isteri membuat kerja rumah masih tidak dapat diterima.

Dunia Pada Masa Depan

Pada masa hadapan,keadilan gender haruslah bergantung kepada sifat-sifat dan nilai-nilai Androgyny. Androgyny merupakan sifat dimana setiap manusia haruslah mempunyai sifat-sifat kewanitaan dan sifat-sifat kelelakian dalam diri masing-masing. Sifat-sifat positif dalam diri lelaki perlulah dimiliki wanita. Manakala sifat-sifat atau nilai-nilai positif wanita perlu juga dimiliki lelaki. Sebagai contoh sifat “berani” iaitu sifat seorang lelaki, perlu ada dalam diri wanita apabila berhadapan dengan situasi yang genting contohnya seperti menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kebakaran. Contoh seterusnya, seseorang lelaki seharusnya memiliki sifat-sifat positif wanita iaitu belas kasihan, apabila mereka terjumpa kanak-kanak yang meminta sedekah, mereka seharusnya menghulurkan bantuan dan dan cuba membantu kanak-kanak tersebut sedaya yang mungkin.
Walaubagaimanapun, wanita dan lelaki banyak dibezakan daripada amalan-amalan sosialisasi. Perbezaan ini adalah akibat daripada faktor-faktor seperti faktor budaya, faktor biologikal dan juga akibat interaksi antara kedua-duanya. Hal ini menyebabkan sifat-sifat androgyny tidak digunakan dengan sepenuhnya dan kesannya lelaki dan wanita terus dilihat sebagai individu yang mempunyai sifat yang berasingan.


2 ulasan:

  1. Lebih seronok jika sama2 boleh buat perkara yg sama melainkan yg Islam larang kita buat. Aman je rasanya :)

    BalasPadam
  2. spttnye takde diskrimanasi jantina kan. sume bermula dari rumah. :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017