*Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
*Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
*Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
*Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
*SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
*"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)
*"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
*"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada.
*Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
*Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah
*Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
*“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”
*“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”
*“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila ditangan sendiri ia berubah warna.”
*“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.”
*“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.”
*“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.”
*“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti
kemerdekaan itu.”
*“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.”
*Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
*Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. (Peribahasa Arab)
byknyeeeee kate kate hikmah. rajin miss banu cari. :)
BalasPadam