-->

8 Ogo 2014

Hotel King - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Hotel King yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook dan Lee Da Hae. Setelah hampir 9 tahun akhirnya mereka kembali bergandingan semula selepas kali terakhir berlakon bersama dalam drama top My Girl (2005). Memang teruja gitu bila dengar Lee Dong Wook dan Lee Da Hae kembali berlakon sama dalam drama terbaru ni, ala2 My Girl Reunion gitu hehehe. 
Kalau nak tahu drama My Girl merupakan drama pertama yang aku sangat suka tonton dan buatkan aku start tgk drama2 korea yang lain. Apapun drama Hotel King ini mempunyai 32 episod dan telah pun habis ditayangkan di Korea. Sebenarnya aku memang kurang gemar tonton drama korea yang banyak sangat episodnyer tapi disebabkan drama ini ada Lee Dong Wook dan Lee Da Hae, pelakon favourite aku, maka dengan gembiranya aku menonton hehe.
                         
Keserasian watak utama drama ini memang terbaik, nampak real jer walaupun diorang dah lama tak berlakon bersama tapi keserasian diorang memang terbaik. Watak Lee Da Hae yang ceria, giler2 dan senang tersenyum buatkan aku teringat dekat watak die sbg Joo Yoo Rin dlm Drama My Girl dulu, cuma bezanya dlm drama Hotel King ini wataknya lebih nampak elegan gitu serta lebih cantik. Manakala Lee Dong Wook pula wataknya dlm drama ini lebih serius n susah benar nak tengok die tersenyum disebabkan dirinya mempunyai masa silam yang menyakitkan. Pendek katanya drama Hotel King ini adalah drama berat sarat dengan emosi, Ketamakkan, pengkhianatan, balas dendam, penipuan dan kesedihan. Namun terselit juga kisah percintaan dan kelucuan dlm bbrp babak. Manakala Drama My Girl dulu tu bergenre Romantik Komedi.
Latar tempat drama ni kebanyakkannya adalah di Hotel dan kawasan sekitar Hotel. Sepanjang 32 episod drama Hotel King ini, pastinya kita akan berasa kesian dengan watak Cha Jae Wan yg dilakonkan oleh Lee Dong Wook. Dimana walaupun dirinya seorang yang berjaya dlm hidup dan memegang jawatan sbg General Manager dlm Hotel Ciel, dirinya masih dibayangi oleh ayahnya yang sangat jahat iaitu Lee Jun Ku. Masa silam Lee Jun Ku turut memberi kesan pada kehidupan C.J.Wan. Mujurlah ada Ah Mo Ne (Lee Da Hae) yang membuatkan hidupnya gembira semula, namun kematian ayah Ah Mo Ne turut melibatkan dirinya dan L.J.Ku membuatkan semua jdi rumit. Sape sangka Manager Baek yg dianggap sbg musuh ketatnya dan mereka saling membenci adalah ibu kandung Cha Jae Wan. Memang tragis drama ni.
Episod pertama drama ni mungkin sedikit bosan, tapi episod demi episod jalan cerita drama ni akan jadi makin best dan best. Rahsia demi rahsia mula terbongkar. Antara babak yang aku suka masa watak Cha Jae Wan mengaku yang dirinya pun suka Ah Mo Ne sweet jer. Seterusnya babak Cha Jae Wan berjumpa dan mengetahui kebenaran ttg siapa sbenarnya Roman Lee, dimana Roman Lee adalah Juhan, iaitu adik angkatnya yg terpisah masa kecil. Babak masa Manager Baek diberitahu yg Cha Jae Wan adalah anak kandungnya tu memang terbaik. Part masa Manager Baek hilang ingatan dan berperangai macam budak umur 5 tahun tu pun sweet n kelakar sbb comel sgt. Seterusnya part Lee Jung Ku beritahu Cha Jae Wan yg dirinya sayang akan C.J.Wan dan berterima kasih padanya sebelum bunuh diri masa episod 31 mmg sedih scene ni, walaupun Lee Jun Ku sgt jahat tpi still sedih plak tgk scene tu.
Apapun memang layann lah drama ni, lakonan Lee Dong Wook dan Lee Da Hae serta pelakon lain mmg superb. Lagu2 OST drama ni juga best. Kira berbaloi lah tengok drama ni walaupun episodnya agak banyak tapi puas hati. Satu lagi Lee Dong Wook memang sentiasa handsome jer dlm drama ni sbb sentiasa berpenampilan kemas maklumlah kerja kat hotel kan berpangkat General Manager gitu. Lee Da Hae pun sentiasa cantik dlm drama ni sebab die adalah pewaris Hotel Ciel. Selain itu, aku suka tengok scene2 kelakar yang membabitkan L.D.Wook dan Lee Da Hae sweet jer sebab Ah Mo Ne suka mengacau Cha Jae Wan yg serius tu. Pasni rindulah dgn gandingan diorang ni, hope diorang berlakon lagi bersama dalam drama lain pula.

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017